Sunday, December 7, 2008

"korban" dekat2 Raya Korban

Hai..dah lama tak menjenguk blog. Balik kampung, susahla nak online selalu.. nasib baik tak bersawang lagi blog yang aku dah tinggalkan ni.haha

Terasa kekosongan dalam kepala ni, aduh teruk la aku ni T_T
Banyak nak tulis, banyak jugak nak membebel, tapi, tak pela simpan dulu. Tengah geram sebenarnya, pasal isu tanah runtuh tu.. Biasalah manusia, bila terhantuk baru terngadah. Hahahaha. Rasanya dalam isu ni, dah banyak kali terhantuk, tapi, entah kenapa baru kali ni terngadah. Bila wawancara Mr. Gurmit Singh (Chairman of Board, Centre for Environment, Technology and Development Malaysia) yang tak sampai 2 minit kat tv semalam, baru aku terfikir balik betapa teruknya keprihatinan isu2 Alam sekitar kat Malaysia ni. Nak sedih ke, nak gelak ke, aku pun tak tau.
No more permits for hillside projects: Najib

Aku harap ianya benar2 terlaksana, haha

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah kerjakan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
(30:41)
7 December 2008
11.39am
ikan-nemo.blogspot.com

Thursday, November 20, 2008

Ape ni??

Gelinya, uh.

Apa ke bendanye ni?
Terjumpa gambar ni di internet. Cari benda lain, terjumpa yang lain. Biasa la tu..

Kalau di lihat betul2, gambar tu fokus kepada 2 benda iaitu seekor ulat yang dikenali sebagai tomato hornworms (Manduca quinquemaculata) dan yang berwarna putih itu merupakan kepompong serangga iaitu sejenis spesies penyengat (Cotesia congregatus). Alang-alang jumpa, tercarila sedikit maklumat mengenainya untuk sama2 kita share. Huhu

Penyegat ni rupa2nya penting sebagai Biological control yang mencegah haiwan perosak daripada bermaharaja lela memusnahkan tanaman para petani. Jadi, daripada guna racun, kita pakai alternatif yang lebih menjimatkan dan selamat untuk alam sekitar. So, kat sini ulat hijau tu merupakan serangga perosak kepada pokok. Pada mulanya ibu penyengat tu akan mencari host yang kurang bernasib baik(Eg: ulat, kumbang etc) Kemudian, bila dah jumpa hostnya dia akan bertelur pada kulit host tersebut. Telur kemudiannya menetas, dan larva penyengat (baby penyengat) akan makan kulit hostnya sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, ia bertukar menjadi kepada pupa sebelum ke peringkat dewasa. Perlu diketahui, kitar penyengat ni, lebih kurang sama dengan rama-rama la jugak, mula2 telur, kemudian larva, pupa (kepompong) dan akhirnya kepada peringkat dewasa.


Akibat banyaknya larva2 ni, serangga perosak tersebut (host) akan menjadi lemah dan kemudiaannya mati. Pada gambar di atas ada ditunjukkan seekor penyengat baru keluar daripada kepompongnya.

eee...kejamnya cara pembunuhan itu di lakukan..
Hm, ye ke kejam? ulat tu makan pokok yang kita tanam elok2 ikut suka hati dia je, lagi kejam.hehe

Tapi ingatlah, segalanya terdapat hikmah2 yang tersembunyi yang memberi manfaat serta membuatkan manusia supaya sentiasa berfikir.
4.37pm
21 November 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Rumit...

Kini, saya sedang berusaha menjadi seorang yang setia. Hehe. SETIA menonton berita. Tepat jam 8 malam, jika tiada apa2 hal, saya akan berada di hadapan TV menanti berita dan kebiasaannya TV3 menjadi pilihan. Saya lebih suka mendengar daripada membaca selalunya. Kalau rajin, saya akan membelek2 pula utusan meloya, ops, utusan malaysia dll secara online kerana kebanyakkan masa saya sekarang dihabiskan di hadapan laptop ataupun PC.

Saya tertarik dengan rangkaian berita semalam yang memang menyerabutkan kepala saya. Ya, berita selalunya lebih sinonim dengan dengan khabaran masalah daripada khabaran gembira. Tak habis-habis masalah, macam2 ceritanya. Semuanya tentang manusia itu, dan ini. Saya melihat turutannya satu per satu. Daripada isu penternakan udang komersial yang diadakan di satu kawasan di Selangor yang telah memusnahkan sejumlah kawasan hutan bakau yang penting, kemudian ke isu tanah runtuh di satu kawasan di Kuala Lipis lalu kepada isu hakisan pantai di kawasan pantai di Pengkalan Chepa dan akhirnya kepada isu pembakaran hutan di California yang telah mengakibatkan kira2 1000 kediaman musnah.

Saya tidak pasti apa reaksi sebagai "orang" yang melihat, yang hanya mendengar dan tidak mengalami sebarang kesan langsung daripada kejadian2 di atas.

Lalu saya bertanya pada diri, apa perasaan saya apabila melihat perkara tersebut?

Soalan2 lain pula muncul..
Saya nak buat apa?
Ilmu saya ni untuk apa?
saya bertanggung jawab ke?

Semuanya membuatkan saya bingung. Segala2nya saya lihat rumit.

Allahuakbar!
Allah tidak melakukan sesuatu itu secara sia2.

Kadang2 saya terasa muak. Bosan. Saya terasa banyak perkara2 yang sama asyik berulang. Mungkin ramai yang tak concern, jarang orang yang ambil berat, tetapi bila kena pada diri sendiri baru peduli. Saya tak kata orang lain, saya sendiri. Memang manusia kebanyakkannya begitu dah terhantuk, baru terngadah.

Isu alam sekitar..
Siapa peduli? Siapa yang memperdulikan masalah2 ini?
Ada juga yang pelik, lalu bertanya apa Jabatan Alam Sekitar (JAS) buat? Mereka tak buat kerja ke? Nak tunggu wartawan TV buat liputan baru nak buat kerja ke? Cuba bersangka baik, namun apa kan daya, persoalan itu tetap timbul.

Saya agak terkejut tentang isu Hutan paya bakau yang dah bersih setelah dikerjakan oleh pihak tertentu kerana perusahaan penternakan udang. Ada beberapa sebab, antaranya mungkin akibat daripada kepentingan diri, mungkin juga kerana kurang peduli di tambah dengan kurang ilmu. Entah, saya pun tak faham la. Ramai orang jadi buta, bila duit depan mata.

Mangrove forest ataupun Hutan Paya Bakau memang sangat penting bagi ekosistem laut dan JUGA penting bagi manusia. Musnahnya kawasan Hutan Bakau, musnah jugalah sebahagian besar daripada ekosistem marin.



Gambar di atas adalah salah satu contoh rantai makanan yang terdapat di kawasan Hutan Bakau. Ni, sekolah rendah dah belajar rasanya tapi dengan contoh yang lebih simple dan saya ulang balik dengan contoh yang sedikit kompleks. Daripada gambar tu, kita semua dapat lihat terdapat 3 peringkat yang utama. Phytoplankton dan yang seangkatan dengannya biasanya hidup di kawasan Hutan Bakau ini menjadi punca makanan kepada hidupan marin yang lebih besar. Rantai makanan ini seterusnya akan bergerak kepada spesies ikan-ikan yang lebih besar dan seterusnya juga kepada hidupan yang lain seperti burung dan juga MANUSIA. Cuba bayangkan jika kawasan hutan Bakau ini musnah??

Bagi golongan pergantungan hidupnya hanya pada laut, apakah yang berlaku kepada mereka?? bagi kita yang hanya tahu ke pasar, apa pula yang dirasai kita? bagi orang bujang yang selalu beli nasi bungkus kat kedai, apa pula yang di rasakan? Semuanya terkesan.

Itu baru kesan kepada sistem rantai makanan, belum lagi dikira kepentingannya sebagai perlindungan kepada hakisan, bencana alam, sektor pelancongan (ecotourism) dan kepentingannya sebagai penempatan hidupan2 yang endemik kepada persekitaran tersebut sahaja.

Mungkin ada suara sinis akan mencadangkan solution yang mudah.. Apa susahnya, tanam je la pokok2 yang dah musnah, bina semula kawasan hutan tersebut. Boleh je nak tanam semula..kita suruh orang yang cadangkan tu buat. hehe. Suruh dia tunggu sampai 100 tahun lagi ke, sampai semuanya kembali kepada asal, itu pun kalau dapat kembali kepada yang asal la. Tapi, sementara nak tunggu tu, spesies hidupan yang nak pupus, akan terpupus dengan sendirinya malah hakisan akan bertambah parah dan menyebabkan masalah yang lebih besar.

Tangan-tangan manusialah yang melakukan kemusnahan yang kemudiannya berbalik semula kepada diri sendiri.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah kerjakan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
(30:41)

Hmm, nanti sambung bebelan semula..

"love the nature, save the future"

12.21pm
20 November 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, November 17, 2008

Tahniah buat UM!! Welcome Prof!

Terlebih dahulu saya ingin merakam setinggi tahniah kepada Prof Datuk Dr. Ghauth Jasmon di atas perlantikan ini dan tidak lupa juga kepada Datuk Rafiah Salim di atas khidmatnya di UM selama 2 tahun ini. Jasa bonda di sini, amat-amat kami hargai.

Saya sangat teruja apabila membaca beberapa cerita menarik mengenai Naib Canselor baru UM Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon di beberapa laman maya yang saya lawati. Namanya ternyata amat sinonim sekali kepada warga MMU di mana tempat beliau pernah berkhidmat. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan student, sangat2 supportive, sangat rajin dan antara yang paling penting, beliau merupakan pencinta pokok, hehe, selain dikenali sebagai seorang yang memang suka turun padang . Ia cukup mengujakan saya dan menyedihkan saya kerana tidak dapat bersama beliau pada kepimpinan kali ini kerana saya sudah tamat pengajian di UM, huhu.

Menurut bekas student MMU yang pernah terlibat secara langsung dengan beliau ini lagi, Prof Ghauth Jasmon merupakan seorang yang amat tegas dan pantas dalam melakukan gerak kerja bersama staff dan bersikap terbuka dan lemah lembut terhadap student. Dalam sekecil2 isu contohnya seperti kerosakkan tandas pun boleh di komen terus kepada beliau melalui emel dan tindakan yang pantas akan di ambil.

Antara yang menarik daripada cerita yang saya baca, MPP di sana pernah mengadakan appoinment dengan beliau untuk membincangkan mengenai keperluan untuk membuat shaded path bagi pejalan kaki bagi kemudahan student MMU. Last2 Prof tidak memberikan persetujuan untuk membinanya dengan alasan ia akan merosakkan pemandangan sekitar dan pokok2 yang sedia ada terpaksa ditebang. Kemudian Prof Ghauth membawa mereka melihat sejenis pokok "rain tree" yang rendang dan kemudiannya dijadikan alternatif kepada shaded path tadi. Dan paling menarik beliau menambah, kalau tanam pokok cacing2 dan burung dapat singgah dan kita dapat pahala dan memberi kebaikan kepada semua.

Sungguh kritikal.


Beliau juga dikenali sebagai orang yang pertama datang pejabat dan juga yang paling lambat balik ke rumah juga bersedia meluangkan masa untuk membincangkan masalah 'rakyatnya'. Sepanjang di MMU, perkhidmatan cemerlang beliau amat2lah disenangi dengan sikapnya yang low profile dan friendly jika bersama2 dengan student.

Inilah satu di dalam seribu. UM ternyata amat bertuah berada di bawah pimpinan beliau kali ini. Di harapkan semua warga UM terutamanya badan2 persatuan pelajar dapat memberi sokongan kepada beliau serta dapat bersama2 dalam menyumbang ke arah peningkatan kualiti Kampus yang tercinta ini.

Saya doakan kebaikan buat semua

4.44pm
17 November 2008
ikan-nemo.blogspot.com

APRWC 2008

Apa benda nih?

Ha, APRWC 2008 ialah singkatan bagi, Asia Pacific Regional Water Conference 2008, yang akan berlangsung esok 18-19 November bertempat di Sheraton Subang Hotel, Subang Jaya, Selangor. Ia di anjurkan dengan kerjasama Kementerian Air, Tenaga & Komunikasi (KTAK), Suruhan Jaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Malaysian Water Association (WMA), FOMCA dan SELANGOR and Wilayah Water Watch (S3W).

Sebagai orang environment, huhu, saya memang teringin sangat untuk menyertainya. Tapi, setelah ditambah, ditolak dan dibahagi saya mendapati yuran penyertaannya adalah kira2 dalam RM500 jika saya mendaftar atas tiket student. Hmm, memang tak dapat pegila..

Mesti ada dikalangan pembaca yang tertanya2 apa pentingnya benda ni. Ye la, water conference, tentang air la..Banyak je tengok air disekeliling. Sekejap2 hujan. Terlebih hujan, banjir.. Air melimpah ruah. Banyak gile. Ha, masa tu, baru la datang masalah. Saya pernah merasai kesengsaraan banjir di rumah.

“Tidak dapat dirasa kecuali yang mengalaminya,” Sayyid Qutb (di kopi pes dari saifulislam.com) haha, siapa yang pernah rasa macam mana keadaan banjir sampai kena berpindah randah akan tahulah macam mana. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

Saya tidak berniat untuk bercakap panjang mengenai Water Conference tersebut secara spesifik. Sebab saya dah cuba "google"kan tak jumpa sangat info mengenainya. Kalau ada peluang, nanti nak cuba "google"kan kat lecture pulak.haha. Tapi, secara umumnya saya cuma dapat mengetahui sedikit sebanyak bahawa ia bertujuan untuk membincangkan mengenai pengurusan air bersih terutamanya iaitu bagi kegunaan domestik serta industri dan juga mengenai sisa air kumbahan, yang mana ia merangkumi perbincangan mengenai teknologi2 terkini yang digunapakai dalam sistem pengurusan air semasa.

Krisis air yang dialami dunia agak kronik sebenarnya. Kalau barah, dah boleh di kira sebagai tahap 3. Tapi, berapa ramai yang sedar dan mengetahui tentangnya?? Statistik terkini, kira-kira 30, 000 kanak-kanak di dunia mati dalam tempoh setahun sebelum mencapai umur 5 tahun akibat daripada kekurangan sumber air bersih. Juga dilaporkan bahawa dalam 3 JUTA manusia mati dalam setahun akibat daripada penyakit bawaan air. ha, kenapa penyakit bawaan air? sebab air tak bersih la jawabnya.

Sumber air minuman (air bersih) di Malaysia kebiasaannya diperolehi daripada sumber air permukaan(Eg: sungai, tasik etc) kecuali di kawasan pantai timur yang menggunakan air bawah tanah. Air permukaan yang di ambil tu akan diproses dulu sebelum sampai kepada pengguna. Ia akan melibatkan beberapa proses (I'Allah akan diceritakan di dalam post yang lain) yang mana apabila sampai kepada pengguna ia terus boleh di gunakan. Penggunaan Klorin contohnya adalah untuk membunuh mikroorganisma yang terdapat di dalam air. Ada beberapa pilihan lain sebenarnya untuk membunuh binatang kecik yang terdapat di dalam air ni iaitu dengan menggunakan ozon dan sinar UV. Ia sangat efficient dan MAHAL. huhu. So, nak murah siket, kita guna klorin je la, dan air yang sampai kat kita ni pun ada klorin. Tapi, jangan bimbang sebab kuantitinya masih selamat untuk dimasukkan ke dalam badan. haha.

Teringat kata2 seorang pensyarah saya satu ketika dulu. Dia kata, kita pernah ketawakan singapura recycle air kumbahan mereka untuk dibuat air minuman, tapi kualiti air minuman yang diorang hasilkan adalah jauh lebih baik daripada kualiti air minuman kita. Hah? siapa yang kena gelakkan siapa sekarang? Memang singpura tiada sumber air mentah, sebab diorang hidup atas pulau kecil, tapi, Selangor yang bukan pulau ini juga akan menghadapi masalah yang sama. Ya, Selangor dijangka akan mengalami krisis air seperti yang di ramalkan pakar paling awal, pada tahun hadapan, jika tidak menerima bekalan air mentah daripada Pahang.

Ha? kenapa pulak? bukan ke Selangor banyak sungai?
Satu persoalan lain pulak timbul..

hehe, fikir dulu ye. Nanti saya sambung semula, I'Allah.

"Love the Nature, Save the Future"

11.47am
17 november 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Thursday, November 13, 2008

it is a new beginning!

Alhamdulillah.

Everything is over.. haha, I mean my exam. My finale exam.

Ish, nak buat apa untuk harini dan hari-hari seterusnya? Aku berfikir sendirian..
Ala, banyak je. Terlalu banyak benda nak buat sebenarnya, jangan sangka dapat duduk relax2, lepak2. huh?

Eh, x bosan ke orang yang suka melepak tak buat kerja?
La, melepak tu, bukan kerja ke??

melepak kat CC, kerjanya surf internet.
melepak kat rumah, kerjanya tengok tv. Tido pun boleh jadi.
melepak kat tepi jalan, kerjanya cuci mata.
hahaha..apa2 la

ish, sudah2 la merapu.

Exam saya baru selesai sekejap tadi. Ini adalah semester terakhir di bumi UM. Semua perasaan bercampur baur, sedih, gembira..

Semua kenangan tiba2 datang menjengah. sayu.

Hidup baru bermula. Inilah permulaan kepada cabaran yang sebenar.
Suara hati saya berkata.

Kamu akan memulakan hidup baru. Kamu kena mencari kapal sendiri memulakan perjalanan dan kamu akan menentukan arah kemana kamu nak pergi. Perjalanan kamu masih panjang, dan kali ini kamu perlu menempuhi lautan yang penuh dengan ombak badai, kedalamannya yang tidak terhingga serta penuh dengan pelbagai makhluk di luar jangkaan minda.


Perjalanan ini tidak mudah, dan tidak pula sesusah yang disangka.
Dan, kamu perlu pergi seorang diri.

Saya balas balik kat dia: Uish, macam menakutkan. Tak aci la macam ni. Orang lain macam mana?

Dia balas: Kamu yang memilih semua ini

12.20pm
13 November 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, November 10, 2008

Hanya untuk saya :)

Ha!!

Jangan tulis post baru..!!

Ada lagi 4 paper lagi.

Cepat. Pegi Study!

+_+

huhu. Ok la...


11.36am
10 November 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, November 3, 2008

nak bela ke nak seksa??

ish, tengah tension ni.

bagi sesiapa yang nak bela haiwan "as a pet", pleaaasseee follow this rule!

- Ruang yang cukup untuk bergerak
- Makan kena cukup
- Minum pun sama. Binatang ni, tak reti nak mintak kalau lapar. Kalau binatang tu dah besar, lagi banyak la dia makan. budak 10 tahun, tak kan nak makan sama banyak dengan baby 2 bulan kot..consider la
- ha, satu lagi, bagi la binatang tu pasangan. sian kat dia. Kalau tak mampu nak beli satu lagi, lebih baik, jangan la bela.

Huh, tension betul. Tak cukup benda2 tu, dah dikira kita menzalimi binatang la namanya.
Maaf, membebel siket, melepaskan geram

4.21pm
3 November 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Thursday, October 30, 2008

kejadian di malam DeEpavali (part 2)

Alhamdulillah!

Hanya itu yang mampu diungkapkan.

"Allahuakbar. Memang Allah nak tolong kita.." mesej pagi semalam yang saya terima dari senior yang rapat dengan saya. Dia yang membantu kami pada malam deepavali haritu.

..............................................................

Dalam pukul 6.00pm saya dan seorang sahabat memulakan perjalanan ke KUIS untuk melawat adik saya disana. Kami hanya berdua, menaiki kereta. Perjalanan dimulakan agak lambat disebabkan sahabat saya baru pulang dari labnya. huhu. Hari ahad pun pegi lab.

"Saya rasa tak sedap hati la.." saya meluahkan kegusaran.

"kenapa..?"

"Entahla..."

kami singgah di pasaraya UO, yang berdekatan dengan Pantai Hillpark untuk membeli sesuatu buat adik di KUIS. Setelah selesai membeli, kami pun ingin menyambung perjalanan.

" Akak nak pegi mana?" tiba-tiba ada orang menyapa dari belakang.
"Boleh tak kalau saya nak tumpang.."

"Er.. Adik ni nak ke mana?" kami bertanya.

"Nak ke rumah pakcik di Wangsa Maju"
"Tadi tunggu kawan tapi dia ada masalah, tak jadi ambil saya"
"boleh tak tumpangkan saya?" Mukanya kelihatan cemas.

"Adik dah bagi tau mak ayah ke ni?"
"Bukan ape kami selalu kena tipu, tengok2 tolong orang lari dari rumah" huhu. saya cuba trik dia.

" Saya kena halau dari rumah.."
" Ayah saya halau saya. Dia tak mengaku saya ni anak dia"
"Semuanya pasal kes malam semalam"

"Oh? malam semalam kenapa?" kami bertanya.

"Em, boleh tak saya tumpang?"
"Saya takut ayah saya nampak saya kat sini.. nanti dalam kereta saya cerita, boleh tak?"
"Akak nak kemana?"

" Kami nak ke bangsar dulu, isi minyak, lepas tu nak ke Bangi, ada hal sikit.."

"Tak pela, nanti turunkan saya di Bangsar je.."

Kami memang curiga betul dengan budak ni. Betul ke apa yang dia bagitau ni. Ntah dia tipu aku ke. Ish..

"Saya sebenarnya kena cabul malam semalam.." Dia memulakan cerita, apabila kami bertanya kembali semasa di dalam kereta.
"Mak ayah saya dah tahu. Diorang halau saya dari rumah.."
"Sebelum ni pun memang saya ada buat kes, saya balik rumah lambat.."
"Mak ayah saya marah.."

"Macam mana boleh kena?"

"Saya keluar dengan kawan..Dia ajak jalan-jalan.."
"Pastu diorang buat perkara yang tak elok kat saya"

"Dah lama ke kenal kawan tu?" sahabat saya bertanya

"Baru seminggu.."
"Em, saya nak tanya rogol tu macam mana?"

aik, tetiba terasa pelik dengan soalan budak ni.
"Dia buat apa kat adik?" saya cuba bertanya.

"Seganla nak cerita.."

"Tak apa..cerita la, jangan malu.." saya berkata.

Selepas dia bercerita, saya berkata,
"Adik, ini bukan kes cabul, ini kes rogol.."
"Kena buat report ni"

"So, macam mana?" saya berbincang dengan sahabat saya

"Em, kita bawak dia terus ke KUIS dulu la, macam mana? sahabat saya memberi cadangan.
"Ok" saya bersetuju, memandangkan hari sudah lewat petang. Budak itu juga menyatakan persetujuannya untuk ikut bersama. Kami berbincang untuk menyelesaikan masalah ini. Kemudian, membuat keputusan untuk menghubungi seorang senior untuk memohon bantuan.

Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu, kami bersembang2 dengan adik tersebut tentang jalan cerita mengenai apa yang berlaku dengan lebih lanjut. Saya juga sempat menyoal tentang latar belakangnya sedikit sebanyak.

"Ayah solat tak" saya bertanya
"Tak pernah pun, mak ade la kadang2.."

"Awak solat tak? tahu tak macam mana nak solat?" saya bertanya lagi
"Tahu.. kadang2 je saya solat..tengokla, tak tentu"

" Mak pakai tudung tak?"
"Tak.."

hmm. No wander, saya dah agak. Ia perkara biasa sekarang..

Kami maghrib di KUIS, berjumpa adik saya dan mendengar ceritanya sepanjang minggu pertama dia berada disana. Alhamdullah, dia dah mula boleh beradaptasi dengan dunia barunya disini. Saya sangat gembira.

Setelah selesai Isyak dan kemudian makan, kami bertolak pulang ke KL.
"Tadi bincang macam mana?" saya bertanya kepada sahabat saya setelah dia menelefon senior untuk mendapatkan bantuan.

"Diorang akan tetapkan tempat nanti kat mana kita nak jumpa untuk berbincang" sahabat saya menjawab.

"Kita jumpa di AMJAL" mesej dari senior saya.

Kami tiba di kedai makan AMJAL kira2 jam 11.40 malam. Senior saya telah sampai dahulu bersama seorang sahabatnya, kak umi. Kak umi orang yang berpengalaman handle kes2 macam ni. Pertama kali kami berjumpa dengannya.

"Nak minum apa?" kak Umi bertanya
"Oh, tak pe kak kami dah minum dan makan kat KUIS tadi" saya menjawab
Mereka berdua mengenalkan diri kepada adik tersebut.

"Ok, mulakan cerita adik, apa yang berlaku malam itu.." kak Umi
Budak itu bercerita buat kali yang kedua. Kami hanya mendengar kronologi ceritanya kembali.
kali ini lebih detail.

"Ok, kita kena buat report malam ni jugak ya dik."
" kemudian ke hospital untuk medical checkup" kak umi memberikan cadangan.
"Sebelum tu, kita kena jumpa dengan famili dulu untuk berbincang.."
"Ni, mak ayah adik tahu tak?"


"Saya takut nak balik la kak.." cepat dia menjawab
"Takut ayah saya pukul"

"Xpe, kami ada, kita kena berbincang dulu dengan mak ayah adik, macam mana.."

"Akak tak kenal ayah saya macam mana.. Saya takut la kak"
"Esok boleh tak?" Dia menambah.

"Tak boleh.
Adik kena malam semalam kan? Dah terlalu lambat ni. Takut bukti hilang"
"Tak pe jangan bimbang, kami ada.."
"Nanti bawak sekali pakaian yang adik pakai masa kejadian malam tu"

Rumahnya tidak jauh, tak sampai 10min perjalanan. Kami memberi salam dan kemudian kelihatan seorang wanita membuka pintu.
"Assalamualaikum kak.."
"Maaf, menganggu malam2 ni.."
"Em, kami datang nak berbincang sedikit mengenai anak akak..boleh tak kita berbincang sekejap? Kak umi memulakan bicara.

"Kenapa dengan dia?" wanita itu membalas.
"Kalau boleh izinkan kami masuk, kita bincang di dalam, boleh tak kak? kurang sesuai rasanya kita berbincang di luar ni..." Kak Umi cuba memaniskan kata.

Namun hampa, kami hanya bercakap di luar dalam keadaan gelap gelita. Hanya ada lampu dari pintu rumah. Kedengaran dentam demtum bunyi mercun sempena 'meraikan' malam sambutan deepavali. Ibunya hanya mendengar, kurang merespon. Tiada senyuman yang di hadiahkan kepada kami yang berniat membantu anaknya itu.. Kami menceritakan apa yang akan kami lakukan untuk membantu anaknya pada malam itu.. Puas memujuk, akhirnya ibunya itu memberi persetujuan. Kami memahami perasaanya wanita tersebut, yang mungkin terlalu marah akan anaknya itu.
Tetapi, mak mana yang tak sayang anak, akhirnya dia akur dengan perancangan kami. Perbincangan kira2 40 minit itu berjalan lancar.

"Nak ikut ke?"kak umi bertanya.
"kami dah biasa, tak apa.."
"4, 5 jam lagi ni pun tak tentu setel ni.." dia menyambung.

"Tak apa kak, kami nak ikut, hehe" kami berdua menambah

kami bergerak terus menuju ke Balai Polis Pantai untuk membuat laporan.

Lama juga kami di sana, kira-kira dalam 1 jam lebih untuk membuat laporan. Ketika itu, balai lengang. Hanya ada seorang pegawai wanita dan 2 orang pegawai lelaki. Kelihatan juga banduan sedang tidur di atas simen di dalam lokap tidak berbaju. Dah lama benar saya tidak ke Balai rasanya, ada beberapa kali, tapi dah lama. Ketika itu saya masih di bangku sekolah rendah lagi, tak pasti sebab apa. Tetapi, inilah pertama kali datang untuk membuat laporan. Saya hanya memerhati prosedurnya satu per satu.

Kemudian pegawai polis wanita tersebut menelefon seseorang lalu mengarahkan kami kemudiannya ke IPK Kuala Lumpur (Ibu Pejabat Kontijen) untuk berjumpa dengan seseorang yang berpangkat ASP untuk di soal siasat lebih lanjut.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Saya dah mula rasa mengantuk. Kami bergerak ke IPK KL, dan sampai kira-kira 40 minit kemudiannya, kerana sesat mencari jalan. Biasala, jalan di KL memang berbelit2, kalau tahu senang, kalau tak tahu, memang pening. Saya dan kawan saya selalu je sesat, dan cari jalan ikut signboard semata2. Alhamdulillah, stakat ni berjaya mencari jalan pulang :)

Apabila sampai, kami terus ke kaunter untuk mengambil pas pelawat dan terus ke bilik ASP berkenaan. Pengalaman, pertama kali saya masuk ke tempat begini. Macamni rupanya, saya bermonolog sendirian. Sampai di bilik, ASP tersebut telah sedia.

"Kamu sorang je, yang lain tunggu di sini" tegas kata2nya.
Kami terus duduk di sofa, dengan telinga masing-masing terpasang mendengar soal siasat yang dijalankan. Ya Allah, garangnya ASP tu. Kalau saya dah siap menangis kat situ. Huhu, tu baru kat dunia. Dalam kubur nanti bagaimana??

Memang menakutkan. Suaranya keras, dari mula tadi pun saya tak perasan dia senyum. Sesuai mungkin dengan bidang kerjanya. Ini yang paling lama. Adik tersebut disoal siasat kira-kira dari pukul 3 pagi sehingga pukul 5 lebih. 2 jam lebih dia di soal, non-stop. Terlalu mengantuk menyebabkan saya kemudiannya tertidur sebentar di situ, cuma kadang2 tersedar terdengar suara ASP tersebut.

Kak umi beredar dahulu meninggalkan kami, kerana dia terpaksa ke tempat kerjanya di PPUM seawal jam 7 pagi. Kami terus menunggu sehingga selesai.

"Kerja mereka ni dah selesai. Mereka menemankan dan membantu kamu dari malam tadi hingga sekarang. Sekarang kamu pula kena tolong diri kamu"
"Nasib baik kamu jumpa orang yang betul, kalau tak bagaimana?? Kata ASP tersebut kepada adik itu.
"Pegawai kami dah di arahkan tunggu di HKL, nanti jumpa dia di sana. Dia akan menemankan adik sepanjang pemeriksaan di hospital"

kami bersalaman dan memohon izin pulang. ASP berkenaan mengucapkan terima kasih kepada kami di atas bantuan yang dihulurkan. Saat itu, akhirnya baru kami melihat dia tersenyum.

Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Allah memudahkan kerja kami sepanjang malam itu. Perjalanan diteruskan, kami terus menuju ke HKL untuk menghantar adik tersebut menjalani pemeriksaan. Sampai di sana, kami menunggu sebentar sehingga Lans Kopral berkenaan sampai. Apabila sampai, dia kemudiannya terus melihat surat laporan yang di bawa dan terus membacanya. Mukanya serius sekali. Kami hanya mendiamkan diri, menunggu.

"Siapa ***?" Dia memanggil nama adik itu.

"Saya" adik itu menjawab.

"Yang lain2 ni siapa?" dia bertanya

"Ini kawan saya"

"Mak ayah kamu tak datang?"

"Tak.."

"Semua UM ke"? Dia melihat kepada kami bertiga yang semuanya memakai jaket dan sweater berlambang UM

"A'ah" serentak menjawab

"kamu ****?" Tanya dia kepada saya sambil melihat jaket yang tertulis nama sebenar saya.
"Saya macam pernah nampak kamu la.."
Tapi tak pasti di mana.." Dia menambah.

Saya mengangguk dan hanya tersenyum. Pelanduk 2 serupa agaknya. huhu, saya belum pernah buat apa2 kes lagi ya! Jaket PMI yang saya pakai ni, memang selalu jadi "kontroversi". Hehe. kami bersalaman dan memohon izin pulang, dan meninggalkan adik tersebut bersama lans kopral itu di hospital. Selesai subuh di HKL, kami mencari gerai untuk breakfast, dan pulang kerumah.

Kelmarin 2 orang lelaki yang terlibat telah pun berjaya ditahan polis di rumah masing-masing di sekitar KL. Yang mengejutkan saya, mereka juga memang telah lama di buru kerana terlibat dengan banyak kes jenayah seksual. Adik berkenaan pula, inshaAllah akan ke Baitul Ehsan untuk pemulihan dirinya.

Syukur, Alhamdulillah.
Allah pasti bantu jika kita ikhlas di jalanNya.

6.57am
31 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Tuesday, October 28, 2008

sound familiar?

"Akak terpaksa hadkan..sebab kalau jiwa akak kotor, macam mana nak didik adik2 usrah akak..? nak tuntut ilmu lagi..Nak dekat dengan Allah.. Macam mana nak buat benda2 tu kalau hati akak tak bersih?"

~kawal diri, demi syariat~

"Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja." (ust Hasrizal)

~hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan~

Hm, it is something for me actually. Sometimes i'm writing with a lot of reasons, but sometime not.huhu.

a)Maybe some of us will just take it for granted, maybe..
b)Maybe some will say, it is up to me la
c)Maybe some will say, i am not strong enough..
d)Maybe some will say, i agree!

e)and maybe some would say, hey, i cannot understand anything!

haha, i'm sorry for that ya! :)

question: which one is your answer? a, b ,c, d or e. hehe

12.22pm
29 October 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, October 27, 2008

malam DEepaVali yang panjang

Saya belum sempat tidur dengan nyenyak malam tadi. Hanya sekejap2 terlelap ketika di IPK KL awal pagi tadi. Huh, habis la assignment masih ada yang belum disiapkan.

Semuanya gara-gara kejadian di UO petang semalam. Ada beberapa tempat menarik yang terpaksa menjadi singgahan saya dan beberapa orang sahabat sepanjang malam semalam.

di UO: sekitar 6.15 pm
di KUIS: sekitar 7.30pm
di AMJAL: sekitar 11.40 pm
di Balai Polis Pantai, KL: sekitar 12.45am
di IPK Kuala Lumpur: Sekitar 2.45am
di HKL: Sekitar 5.35am

dan akhirnya di kedai mamak untuk breakfast sekitar 7.35am, hehe

Nak tahu kenapa? nantila saya cerita. tengah pening dan mengantuk.. +_+

8.18am
27 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Sunday, October 26, 2008

Terakhir, yang bermakna

Semalam, telah selesai fieldwork saya yang terakhir pada semester ini, dan juga yang terakhir di sepanjang musafir saya dalam pencarian redha Ilahi, di bumi Universiti Malaya yang tercinta ini.

Saya yang pada awalnya kurang berminat di dalam bidang 'environment' akhirnya akur bahawa setiap yang telah ditentukan buat diri ini adalah pasti yang terbaik, walaupun kita tidak suka.
Kata-kata Bro Yusri masih terngiang-ngiang di telinga ini. "Kita kekurangan aktivis, pejuang yang memperjuangkan alam sekitar.."

Ya, benar. Kita banyak aktivis dalam memperjuangkan agenda lain, terutamanya politik, da'wah..kerana mungkin ramai yang melihat kepentingannya. Tetapi, kita mungkin terlepas pandang isu alam sekitar.

Alam? apa? alam sekitar?
ya, alam sekitar. Alam yang kamu tinggal ni..!Alam yang membekalkan oksigen untuk kamu bernafas setiap hari ni

Saya tidak pasti apa sebabnya, mengapa "kita" kurang peduli. Kurang ilmu? mungkin itu sebab utamanya, mengapa kita pandang enteng isu ini. Sebab tak tahu, jadi kurang ambil tahu

Oh, apa isunya? mungkin ada yang bertanya..
Biasala, dunia dah tak stabil. mana2 ada bencana..Tuhan nak tunjuk la tu..
Hah, lupa? memang manusia mudah lupa... Setiap yang berlaku itu, hasil dari tangan-tangan manusia juga. Allah tak bagi tiba-tiba, free je tanpa sebab. Manusia tak ingat, lalu hanya mengandaikan ia hanya kebetulan. Dah nak jadi, nak buat macam mana..

Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan sebenarnya sehinggakan tak tercatat disini. saya tidak tahu nak memulakannya bagaimana. Senarai masalah yang terlalu banyak dengan setiap cerita yang tiada berkesudahan, hampir tiada penyelesaian. 1001 persoalan. Kadang-kadang hampir bingung saya memikirkannya. Pening. Siapa yang peduli??

Ini tanggungjawabku! akhirnya, saya memujuk diri.. Ya, inilah medan perjuanganku.

Saya telah berjanji, degree yang diperolehi ini bukan tiket kerja saya nanti. Saya ingin sekali belajar kerana saya mahu ilmu. Ya, ilmu untuk memberi manfaat dan berbakti, bukan semata-mata hanya untuk kepentingan diri, bukan cari kerja semata-mata untuk hidup dan asyik buat duit untuk hidup sorang diri. Malangnya...sedihnya bila ilmu tidak diguna, degree yang dijadikan tiket, kemudian jadi sampah.. Lalu, banyak manusia berubah jadi robot yang ada nyawa, tapi tak mampu guna minda. Ya Allah, jauhkan aku dari ujian itu

Di Paya Indah Wetlands semalam, saya telah melihat bebanan tanggungjawab..

"Prof, saya rasa sangat malu apabila melihat negara2 yang islam kurang peduli isu2 seperti ini. Kita amat jauh ketinggalan.."

8.40am
26 Oktober 2006
ikan-nemo.blogspot.com

Thursday, October 23, 2008

Hijau!

Hijau..

Hijau.

daun.

Saya tidak pernah jemu memandang daun, sungguh indah.

Subhanallah, ia amat indah. Tiada ungkapan lain yang selayaknya.

Warna itu, sudah cukup memberikan ketenangan, warna yang memberikan kedamaian.. tenang dengan melihat alam semuladi, ciptaan langsung Allah.

Saya memang "fanatik" dengan tumbuhan. huhu, lebih baik kot dari fanatik kepada mana2 penyanyi2 yang tak tentu hala.

Saya amat2 menyukai tumbuhan. Walau ia hanya rumput, tak akan dilepaskan peluang memerhatikannya, hehe. Mungkin nanti jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, saya tak sabar untuk memiliki taman sendiri di halaman rumah. Mendengar kata-kata itu, ada sahabat yang mengingatkan agar tak jadi hutan belantara sudah la. Hmm..kesitu pulak diorang.


Hehe, sabtu ni saya akan ber'fieldtrip' :) untuk kursus biologi konservasi. Kali ni, fokus kepada tumbuh-tumbuhan, berbanding sabtu lepas ke Kuala Gandah, Pahang untuk mengkaji konservasi gajah yang dijalankan.

Tapi, minat terhadap hijau saya terbatas, tidak kepada haiwan yang berwarna hijau ini.maafla
10.31 pm
23 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Tuesday, October 21, 2008

apa nak jadi...?

Harini rasa macam takde mood nak lunch. Tapi lapar. Jom la makan kat kafe fakulti je, ajak temanku, semasa lepak2 di Dataran Sains.

"Pening kepala la.." rungutnya. Dia meluahkan keserabutannya kepadaku.

"Saya pula, tengah hilang fokus di saat timbunan kerja yang banyak" tambahku. "huh..saya pun pening la.."

"Ish, kenapa ramai pulak 'budak2' kat sini. Diorang singgah sini ke?" tanyaku ketika tengah nak pilih2 nak makan apa semasa di kafe.

"Ada lawatan sambil belajar kot.. Ha, nak makan apa ni?
"Jom, nasik lemak je la" temanku menambah

Orang lain breakfast nasik lemak, kami pulak lunch dengan nasik lemak harini. Takde mood nak makan nasik biasa.

Hm, sekali pandang macam budak sekolah agama, dua kali pandang macam budak sekolah harian biasa. Bisikku.

"Sekolah mane ek tadi?" Tanyaku

"Sekolah agama ******". Sekolah kat Kelantan". Jawab sahabatku.
Dia sempat melihat nama sekolah semasa bas sekolah tersebut melalui jalan di hadapan fakulti sains tadi. Sengaja ku tanya nak mendapatkan kepastian.

Kami berdua asyik memerhatikan mereka sambil makan. Dalam 20~25 orang semuanya. Jumlah lelaki dan perempuan hampir sama banyaknya. Dari mereka beratur mengambil makanan sehingga mereka duduk. Kelihatan kumpulan lelaki dan perempuan dengan kelompok masing2, cuma ada satu group ni yang duduk sekali, lelaki dan perempuan.

"Tengok tu.." kataku.
"Aah.." balas temanku yang sememangnya sedang melihat mereka ketika itu.

"Diorang tak segan ke?" tanyaku
"Budak zaman sekarang.."balas temanku

"Siap ada henset lagi"
"kalah henset saya tu.." aku berdialog sendirian. temanku hanya tersenyum.

Tiba2 seorang teman melintas, dengan kawan2nya, geng2 ecology.

"Saya kagum dengan dia"
"Dulu free hair, sekarang dah berpakaian perfect muslimah!" kataku

"Akhlak dia dah memang "baik" dari dulu.."
"Dalaman dah baik, luaran akan senang ikut.." jelas sahabatku.

Aku memang mengenali budak itu dari 1st year, kalau tak silap. Tapi tak la rapat.. Tup2, tahun 3 dia pakai tudung. Terkejut jugak mula2 tu. Transformation dia 180 darjah sebenarnya. Tudung dan pakaiannya cukup sempurna, bukan sekerat2. Maha Kuasa Allah, yang berkuasa membalikkan hati hamba2Nya. Syukur.

"Yang takut tu, luar macam baik..tapi dalam lain" temanku menambah.
"Teringat haritu masa jumpe sorang budak ni dengan kak wafa.. tudung on-off, rambut blonde. Tapi, dia kata, saya nak jadi macam akak" ceritanya

Aku terfikir, berfikir dan memikir. Semuanya berkisar dan berpusing2 tentang persoalan AKHLAK. Tiba2 terasa pening, berpusing2. Aku tengok nasik lemakku yang tak habis2 dari tadi. Asyik minum air je, mana nasik nak habis.

Tiba2 teringat pulak kat KUIS semalam sewaktu mendaftarkan adik disana. ada sorang fasi ni pakai purdah, lengkap bersarung tangan dan berstokin hitam dan berjubah. Dalam hatiku, takutnya aku dengan budak ni.huhu.

Dia membantu adikku mengangkat barang2 naik ke bilik. Sampai di atas, dia berkata kepada adikku, "adik, nanti pukul 3 kita kena berkumpul di masjid. Bawa telekung sekali, sebab nak stay di sana sampai tengah malam. Em, baju adik dah ok. Cuma tudung tu, elok dilabuhkan sikit"

Aku terdiam sekejap. Entah. Adikku pakai tudung bidang 60, dia suruh labuh lagi? kalau orang pakai tudung bidang 45, bagaimana la agaknya..?

Em. kat sini stokin wajib pakai ke? aku cuba bertanya.
"Ya, mesti pakai" jawabnya

"Handsock..?"Aku tanya lagi
"Yang tu kita sangat2 galakkan, tapi kami tak paksa.." jelasnya.

Segalanya bercampur2. Da'wah, akhlak, bagaimana nak ajak orang kepada islam, siapa nak ajak, kenapa nak ajak, bila nak ajak..macam2 la. Cerita2 itu, ada kaitannya yang menyebabkan saya pening.

Assignment
tak siap2 lagi ni, ha, ni pun pening

3.55 pm
21 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Thursday, October 16, 2008

T_T

Dah lama rasanya tak meng'update' blog ni. Tapi selalu jugak datang untuk menjenguk. Sihat ke tak blog ni. Tuannya agak kurang sihat 'mental' kebelakangan ni. Agak sibuk dengan tugasan seharian yang tidak pernah selesai. Habis satu, datang yang lain, habis satu datang yang lain, dan begitulah seterusnya.

Otak "jam teruk" semalam, lalu memaksa saya meluahkan segalanya kepada ibu yang tercinta, meluahkan segala-gala yang tersimpan.

Ibu saya bukanlah seorang pakar, yang hebat menganalisa pesakit minda, malah bukan juga Professor yang hebat merungkai masalah jiwa, mahupun seorang doktor. Tapi ubatnya cukup berkesan buat saya. Hanya sepatah dua kata, ia sudah cukup memberi seribu makna yang merungkai kekusutan jiwa.

Saya agak jarang meluahkan masalah untuk dikongsi, lebih suka memendam dalam diri. Oleh kerana itu juga pernah saya terfikir untuk menjadikan blog sebagai diari harian, tapi itu idea gila rasanya. Habisla kalau orang tahu siapa aku sebenarnya.

Minggu ni, antara minggu yang paling tension.
"Setiap masalah, pasti akan berlalu.." pesan mak.
Moga Allah memudah segalanya.. Saya juga doakan kepada sesiapa yang sedang tension sekarang :)

Terima kasih atas komen sahabat-sahabat mengenai artikel saya sebelum ini (Obama muslim?) Akan ada sambungan ceritanya nanti inshaAllah. Saya sangat menghargai sebarang komen, pandangan atau cadangan yang dilontarkan. Terima kasih banyak-banyak.

12.26pm
16 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Friday, September 12, 2008

Obama Muslim?? (updated)

Kelmarin, tika asyik saya melayari internet semasa di makmal computer jabatan kimia di fakultiku, tiba-tiba ada orang menyapa..


"hi"
Sambil tersenyum aku membalas tegurannya, "hi.."
Oh, warga asing rupanya, nampak macam warga afrika. Master's student kot, lalu aku kembali mengadap monitor komputer..

"How are you?" dia bertanya.
"Oh, I'm fine. Thank you.."aku membalas. Ramah pulak dia ni. Tak pernah-pernah orang asing tanya khabar aku sebelum ni pun. Aku kenal dia ke? Hm, macam tak kenal je, tak kot.

Aku melihat dia membelek-belek komputer disebelahku yang tak hidup-hidup dari tadi.

"I think it's not work. I've tried before" aku cuba memberitahunya.

"Oh, I see.." sambil tu, dia terus sahaja memicit-micit CPU dan butang ON pada monitor komputer itu. Tak sampai seminit, komputer tu boleh je menyala. Adeh..tadi tak nak pulak dia hidup, tak tengok betul-betul kot. Jadi terpaksalah sahabat aku yang sorang lagi tu tadi cari tempat lain yang dah sememangnya penuh..

"Master's student?" aku cuba berkenalan dengannya sambil nak cuba-cuba memahirkan diri berbahasa inggeris. Dah la grammer tunggang-langgang, boleh ke aku ni. Ah, belasah je!

"Oh, yes.."
"On what course?" aku kembali bertanya.
"Biochemistry.." dia menjawab sambil memandang ke arahku sambil tersenyum, kemudian kembali menaip sesuatu.

"Muslim?" Aku bertanya lagi.
"Christian.."
dia membalas sambil menggelengkan kepala.

"Catholic? protestant..or.."
"oh, I am Catholic.." dia cepat menjawab, sedang aku tak sempat nak menghabiskan ayat pertanyaan.

"oo..I see."
"Where do you come from?"

"I am from South Africa.." dengan muka yang gembira dia menjawab.

Hm..aku berfikir sesuatu.. Bila lagi aku nak cuba da'wah orang ni. Dah join kelas Bro Shah pun, bukan dengan Bro shah je, siap dengan anak-anak buah dia yang senior pun aku dah berguru.. takkan nak tunggu berguru dengan Zakir Naik kot baru nak start..? bila aku nak buat praktikal ni..

Alamak..banyak dah lupa la. adeh.. ha, itula kesannya kalau tak amal. (dilarang meniru amalan ini dirumah)

Aku memberanikan diri untuk mula bertanya lagi
"Em..can you tell me about your religion?"

Dia memandang ke arah ku dengan muka yang terkejut
"Are you serious?" dia bertanya.

Eh, pelik ke aku tanya macam tu.
"Yes, i'm serious.. Why??" aku rasa pelik dengan soalan tu, tapi tak la tunjukkan mimik muka bahawa aku terasa pelik dengan soalan dia yang macam tu, tak sopan pulak rasanya.

"You are muslim and ask me about my bible?" matanya tepat memandang mukaku. Dia teruja dengan soalan itu agaknya. Haha. itu adalah antara teknik untuk mula berda'wah, iaitu dengan kita dahulu yang mula bertanya tentang agama mereka.

“You are the first muslim I ever met that asks me like this!”
"Oh, I am so surprise! I'm so surprise! " berulang kali dia menyebut perkataan itu. Semacam tak percaya katanya, bahawa aku bertanya mengenai agama yang dianutinya.

"I like to know about your religion" aku menambah.

"I have bible, New King James version and also have friends who are expert about bible too.." aku mula berkongsi cerita. kelihatan mukanya yang semakin teruja

"I also learn about other religion like buddhism and hinduism.."
"Do you have Quran?" aku mula bertanya kembali kepadanya

"Yes, Yes, I have Quran and I have read it!"

Aku menanti apakah perkara yang pertama skali akan dia kongsikan denganku mengenai agamanya. Akhirnya dia memulakan cerita. Ya, seperti yang aku agak dia mulakan ceritanya mengenai Jesus. Aku biarkan sahaja dia asyik bercakap, bercerita mengenai agamanya. Bro Yusri ada pesan, selalunya kita ajak dia sembang2 dulu mengenai agamanya..biarkan dia cerita semua yang dia nak cerita. Dia pesan jugak supaya nanti bawa dia jumpa dengan Bro Shah atau pun Bro Lim, itu lebih baik katanya.

Aku agak suka melihat dan mengkaji manusia iaitu mengenai sifat-sifat mereka. Hmm, orang yang aku jumpa ini agak unik padaku.

"I will replace Obama soon" dia berkata kepadaku dengan bersungguh-sungguh. Caranya kelihatan sungguh yakin dengan apa yang diungkapkan.

Eh, betul ke budak ni? aku berfikir sendirian.
Ala, ketika Obama menyatakan cita-cita dia nak ganti presiden Amerika suatu hari nanti pun orang tak percaya. Masa tu pun dia student lagi. Tapi, cuba tengok kat mana dia sekarang? Segala-galanya tak mustahil! Banyak cerita yang dia ceritakan kepadaku menunjukkan bahawa dia seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Dia juga banyak memberi nasihat kepadaku supaya mesti sentiasa berada atas dari orang lain dalam segala sudut. Katanya kalau orang sekarang di kaki bukit, kita dah mesti kena ada di atas bukit. Kalau orang lain dah kat atas, kita mesti lagi atas. Biarkan, jangan hiraukan apa orang cakap, katanya. Pernah beberapa bulan yang lalu dia dipanggil oleh menteri atau perdana menteri negaranya (aku pun dah lupa yang mana) untuk bertemu dengan perdana menteri Malaysia. Ketika adalah kunjungan lawatan wakil dari Afrika Selatan ke Malaysia. Dia menyatakan bahawa dia berkesempatan berdialog dengan dengan pemimpin Malaysia itu.


”I’ll wait for that” jawapan ku ringkas kepada kenyataannya untuk berada di tempat Barrack Obama sekarang, sambil memikirkan, kalaulah dia ni islam, mesti lagi hebat.


”I want to tell you something”

“You know, I see all muslims don’t care about politics..”


Ish, macam tak betul je.

Tanpa membuang masa terus aku balas,

“Ok, let me rephrase your statement first..”

“I think what you mean is about malays right? I don’t think that is true, because I care about politics”


“I see all muslims in my country like that..” dia menyambung dan terus membebel dan bercerita tentang pentingnya politik. Dia ni memang banyak cakap orangnya. Aku pula terus mendengar.


”Hope you are open minded..” dia menyoal untuk mendapatkan kepastian

”Yes, sure.. I am open minded” jawabku.


“I see, malays are lazy and don’t have knowledge” .

“They don’t know how to speak in english” terus terang dia berkata.

“Indians and Chinese can speak well” dia menambah..


Dalam diam aku macam setuju dengan katanya. Aku pasti apa yang dikatakannya adalah sekadar pemerhatiannya kepada golongan mojoriti, kerana itulah kebanyakannya yang dia jumpa.


”I think Indians will rule this world 1 day” dia menambah.

Aku masih diam, tidak bertanya apakah sebabnya dia menyatakan demikian. Membiarkan dia terus bercerita.


“Chinese cannot rule Malaysia

“Yes you can see they monopoly the economy, but their mind are closed!” sambil berkata demikian dia menujukkan aksi tangan yang menutup telinga, kemudian menambah’

“They cannot accept new things..!”


Sambil ketawa aku katakan,

“Haha.. I am in the middle..!”


Aku bukan la pure melayu, bukan juga pure India dan semestinya bukan cina. Masa awal-awal tu dia tanya kat aku

“Are you Indian?”


“That’s my father. My mother is malay.”

“I am mix..” jawabku ringkas.


“So you?” dia tanya kembali, sambil cuba menggabungkan perkataan melayu dan India. Perkara ni, orang pun selalu tanya. Aku selalu jawab, entahla..letak la apa-apa pun..


Ada satu soalan cepu emas telah ditanya kepadaku.

”Ok, can I ask you something..”

“Yes, sure..” aku menjawab.


“If I tell you about my religion, and proof to you about the right thing, will you follow me?


Killer question!

Aku diam sebentar. Aku terfikir 2 benda, antara soal pembatalan iman atau trik da’wah.


”Yes”

Dengan bersahaja je aku jawab, sambil berfikir aku tipu dia je ni.huhu. Saja je nak tengok apa reaksi dia. Kalau tengah ramai-ramai orang aku kena soal dan bagi jawapan macam ni, memang mati la aku dibuatnya. Aku memang agak suka buat cubaan eksperiment yang pelik2 kadang2 tu (jangan tiru aksi ini dirumah)


Dia memang sangat terkejut! Haha, trik menjadi!


Tak pernah lagi katanya berjumpa orang yang open minded macam ni, katanya. Aku rasa banyak je, cuma dia mungkin selalu terjumpa orang yang salah.


Tapi, aku masih menunggu sesuatu untuk dia sebut. Tak pe sekejap lagi kot.hehe


Sedang dia asyik bercerita, tiba-tiba aku dapat tangkap sesuatu dari bicaranya,

”I don’t follow religion, I follow what God said” sambil jarinya menunding ke atas.


Wah, biar benar dia ni. Jalan Islam sudah terbuka baginya!


Dia kata lagi,

”I am open minded. If you can proof me anything that is more better, I will follow that”


Ya Allah, inilah perkataan yang aku tunggu tu!


Terus aku jawab,

“Good! that is scientific mind, you have scientific minded..!”

“Scientific mind always with proved, faith is not blind!” sangat gembiranya aku mendengar statementnya.


Teringat aku kepada ayat ini ketika melayari alam maya,

"Dalam tarbiyah kampus, tiba masanya kamu memburu orang-orang cerdik dan genius.".


Aku amat bersetuju dengan kata-kata ini, dan impianku ingin sekali membawa orang-orang yang hebat yang tidak tahu islam, kenal kepada keindahan islam. Aku membayangkan Prof Aga, pensyarah kelasku yang aku kira antara yang berharga di bumi UM itu islam, Prof Khoo Kay Kim islam.. Ha, Barrack Obama juga islam, Vladimir Putin juga Islam! Semestinya orang islam akan nampak hebat, kerana islam itu telah hebat.

Jadi apa tanggungjawab kita?


Ya, kita cari orang muda.

Siapa bakal ganti tempat Obama, aku fikir dia akan jauh lebih hebat jika kita dapat bawa dia kenal islam. Siapa bakal ganti tempat Putin, kita kenalkan dia dengan islam! Siapa bakal ganti pemimpin Malaysia? Kita juga mesti berusaha supaya dia jadi muslim yang sebenar-benar muslim.


Aku pesan kepada diriku, kamu mesti tingkatkan diri dengan ilmu kalau mahu sebarkan islam. Mesti berdisiplin, pesan ustaz Hasrizal, supaya kita suka untuk buat apa yang kita tak suka demi masa depan. Variasi ilmu itu penting, kerana contoh terbukti pada ilmuan islam silam yang ternyata hebat kerana menguasai pelbagai cabang ilmu.


Jadi apa tanggungjawabku?


Da’wah.. kerana aku masih ingat soalan-soalan yang diajukan Bro Shah kirit semasa di dalam kelasnya.. Aku masih ingat segalanya ketika kami diperkenalkan tentang tanggungjawab kepada non-muslim yang masih belum selesai.. iaitu yang mana, telah Rasulullah jalankan dalam sepanjang hidup baginda. Itulah antara sunnah yang paling besar, yang kebanyakkan kita tinggalkan, kata Bro Shah.

Aku bertanya pada diri ini, sejauh mana aku menyebarkan islam semenjak aku mula diberikan perkhidmatan bekalan oksigen tanpa bil ini...?


Tambahan:

takut tak dapat jawab soalan non-muslim? sila baca di sini

penulis ini merupakan salah seorang dari sifu saya yang telah memperkenalkan saya kepada "dunia da'wah" buat non-muslim.


10.30 am

12 September 2008

Ikan-nemo.blogspot.com

Monday, September 8, 2008

Siang Ramadhan, Malam September

”siang ramadhan, malam september”

Saya pinjam ayat tu dari perasmi program ramadhan PMAPIUM . Tersenyum kami semasa mendengar beliau menyebutnya Kerana, ia macam ”kena” dengan realiti semasa.


Hehe..kepada pembaca, saya berikan anda peluang untuk menafsir sendiri maksudnya yang boleh anda fikir-fikirkan. Sudi-sudikanlah mencoret sesuatu di ruang komen yang telah tersedia. (maaf, ruangan komen di blog ini pemalu, saya x tahu bagaimana untuk mengeluarkannya. kalau nak komen, kena klik pada tajuk artikel dahulu)


------------------------------------------------


Ya Rahman..

Hadiah dariMu telah tiba..

Berikanlah peluang ini untuk kami memanfaatkan ia dengan sebaiknya

Dengan harapan, kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Wahai Maha Penyayang

Ku mohon juga supaya ditenangkan hati-hati ini dengan kedatangannya..

Supaya, segala nikmat itu dapat kami hayati dengan penuh gembira

Buatkanlah jiwa-jiwa ini sentiasa merinduiMu..

Rindu pada kekasihMu..

Tidak sekali-kali jemu berjihad kerana agamaMu!

Kami mohon padaMu ya Allah.

Supaya kami sentiasa konsisten pada jalanMu


Kami mohon padaMu ya Allah

Jauhkanlah kami dari siksa nerakaMu serta segala perkara yang mendekatkan kami kepadanya..serta dekatkanlah kami dengan syurgaMu serta segala amalan2 yang mendekatkan kami kepadanya..

Hidup jihad,

Syahid matlamat

Permudahkanlah jalan bagi kami,

kerana, hanya padaMu kami memohon dan bergantung harap..

1.42 am

6 September 2008/ 6 Ramadhan 1429H

Ikan-nemo.blogspot.com


Thursday, August 28, 2008

='( jangan berkecil hati

Adik saya mengatakan, saya ni terlalu sensitif. sikit-sikit pun terasa. sikit-sikit pun nak sedih..
~huhu.klau sedih orang tak perasan pun~

benarkah begitu?

Saya tidak meminta apa-apa balasan dan tidak meminta bagaimanakah sepatutnya saya dilayan.
biarlah. saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat setiap orang, namun maafkan saya,kerana saya hanya insan biasa.. saya berusaha untuk tidak sesekali mengutamakan diri sendiri dan sentiasa membantu serta menggembirakan orang lain.. tapi maafkanlah saya jika saya sering kali tidak mampu.. jika salah, tegurlah..dengan jalan yang baik, supaya dapat dibetulkan kesilapan ini.

maafkanlah saya, kerana saya hanya insan biasa..

ya Allah.. ampunilah diri yang sentiasa tidak lekang dari dosa ini

27 ogos 2008
3.06pm
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, August 25, 2008

apa itu MERDEKA?

Otak saya macam kurang berfungsi seminggu dua ni. Lebih selesa menjadi pemerhati kepada "kekeruhan semasa". Mencari sesuatu supaya dapat menilai segala yang ada dengan minda, jiwa dan diri yang MERDEKA.

Merdeka? oh, dah nak dekat rupanya. Hampir terlupa dek beriringan kedatangannya dengan bulan puasa. Mungkin ramai juga dari kita yang tidak ambil kisah tentangnya. Hmm, mungkin tidak penting bagi mereka. Ia hanyalah annual event. biasalah..tiap2 tahun mesti sambut punya

kenapa best bila merdeka?
haha..dapat cuti la!
ha! malam ambang merdeka ada konsert live! tak dapat pegi, kat TV pun ada!
dapat tengok pesta bunga api kat KLCC!
ada lagi, dapat join perarakkan. pagi tu, kat dataran merdeka pun ada event. Best jugak

Ok, jom tune 180 darjah pulak:
malam tu, kita boleh jalankan agenda da'wah. Ini salah satu peluang yang tidak boleh disia-siakan. Buat praktikal, bukan hanya teori yang dicanang2!

Teringat masa kecil, saya seronok betul bila dapat cuti. dapat join perarakkan.. tengok jugak konsert live kat TV tu dan saya memang exited dapat tengok bunga api!

itu dulu..

sekarang? membosankan...

Pesta "pembakaran duit" secara besar-basaran itu saya lihat tiada makna.. Apa kaitannya dengan MERDEKA??

Konsert itu, saya lihat khusus buat orang yang tidak merdeka jiwanya. Tidak berjaya menyuntik "semangat" MERDEKA buat lautan manusia yang menghadirinya..
Perarakan pula dilihat hanya untuk seronok-seronok

Malah, malam yang dilihat sebagai pesta da'wah besar-besaran tidak berkesan agendanya akibat perancangan yang kurang baik. Akhirnya saya hanya rasa bosan kerana tak banyak benda yang dapat dilakukan..


Entahlah.. Mungkin ramai antara kita yang melahirkan kegembiraan pada HARI ITU kerana ia ulang tahun HARI MERDEKA bukan kerana KITA MERDEKA..!

Apa yang penting? Penghayatan atau sekadar sambutan "ingatan"? hmm..mungkin benar jika ada yang mengatakan sambutan merdeka kini hanya pada kibaran bendera semata..

2.51pm
25 ogos 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, August 11, 2008

bersyukurlah

Me, Myself and I. Ini ialah blog biasa, daripada insan yang biasa yang tidak mahu menjadi biasa-biasa. Saya hanyalah insan biasa dari sekolah harian biasa, dengan persekitaran yang "biasa" lalu meneruskan pengajian seperti orang biasa tetapi sentiasa mencari peluang untuk menjadi insan yang luar biasa.

Dari saya kecil hingga remaja, saya seorang yang sangat pasif, tidak mempunyai ramai kawan, tak ramai kenalan, pendiam dan hanya akan bercakap dengan orang yang rapat sahaja. Saya tidak suka ke sekolah. Sekolah adalah tempat yang menakutkan, membosankan. Saya rasakan cikgu semuanya garang-garang. Selalunya, kalau terlampau takut saya tidak tahu apa2 pun yang saya belajar waktu itu dan hanya memikirkan nak cepat habis dan seterusnya balik rumah. Walaupun begitu, tak berani pulak nak ponteng sekolah, sebab takde alasan nak bagitau abah. Lagipun, nanti akan banyak kerja sekolah yang tertunggak dan akan dimarahi cikgu pulak. Saya paling takut kena marah kerana selalunya ia akan memalukan diri dan meninggalkan luka yang dalam buat diri ini.

Kenangan sekolah selalunya tidak suka untuk saya ingati dan jika diberi peluang kedua untuk saya kembali lalu mengubah jalan ceritanya, tidak mahu lagi saya tempuhi. Saya tidak mahu mengulanginya kerana ia kelam dan suram serta bimbang saya tidak menjadi seperti diri saya hari ini.

Tapi hari ini, tidaklah terlalu indah sehinggakan saya mahu ia kekal selama-lamanya. Kekal indah itu, adalah syurga selayaknya, kerana realiti hidup dunia yang hanya "indah sementara". Syukur padaMu ya Allah, atas kurniaanMu.. Biar apapun, segalanya telah ditetapkan sebagai yang terbaik buat diriku. Pengajaran, sebagai anugerah pelajaran. Tekanan dan kesempitan sebagai "latihan" kehidupan.

Ampunilah diriku yang sentiasa lalai ini ya Allah

3.08am
11 ogos 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Wednesday, August 6, 2008

Adakah anda benar2 sudah 'turun padang'?

Idea yang baik dan menarik!

Itu komen saya, setelah membaca cadangan tersebut. Tahniah kepada kepada yang mengutarakan idea.

"tabung seringgit mahasiswa untuk rakyat" dicadangkan oleh seorang blogger aktivis mahasiswa ini patut dilihat salah satu cara untuk mahasiswa "turun padang" dalam menyumbang.

Mahasisiwa, tugasnya bukan hanya untuk dirinya semata2. jika ia fikir begitu, maka ia hidup dalam sia2, asyik dan tenggelam dalam dunianya. Rugilah kerana tidak menyumbang kerana ia adalah sebahagian dari hidup.

Tolonglah kepada yang memerlukan. Orang yang susah tidak senang untuk meminta. Kadang-kadang mereka perlu dicari. Itulah pentingnya mahasiswa untuk dekat dengan masyarakat. Bantuan yang tidak sia-sia ini secara langsung akan memberikan "kredit" kepada "mahasiswa" itu sendiri.

Ingin saya kongsikan satu cerita dimana satu keluarga yang kesesakan sumber kewangan. Tak cukup untuk membeli keperluan asas harian, iaitulah diantaranya barang makanan untuk hari-hari yang seterusnya dalam beberapa minggu pada bulan tersebut. Dicari dan diminta sesiapa yang yang terdekat untuk sedikit bantuan pinjaman kewangan pada waktu itu. Tanya kepada jiran tetangga kerana mereka adalah lebih dekat dan rapat untu membantu, namun masing-masing juga mempunyai masalah yang sama. Tanya kepada sanak saudara, juga hampa.

Kemudian, datang salah seorang dari anaknya memberi cadangan supaya memohon bantuan kewangan dari pusat zakat (kalau tak silap)dari sebuah kawasan di negeri tersebut. Ayahnya menolak.Namun tiada sebab yang jelas diberikan. Anaknya yang memahami perasaan"malu" ayahnya untuk meminta itu memujuk lagi supaya pergi juga untuk memohon bantuan kewangan. "Cuba sahaja, kalau-kalau dapat sebab sekarang ni memang dah tersesak sangat, kita dah tiada sumber lain". Bila dah tiada pilihan ayahnya akur sahaja kepada cadangan itu.

Esoknya, mereka pergi ketempat tersebut untuk memohon bantuan. Pada masa yang sama ada seorang lelaki bersama anaknya datang ke tempat yang sama. Lagaknya macam orang senang, juga memohon bantuan, untuk anaknya yang akan memasuki IPTA.

keluarga yang terdesak ini menunggu giliran untuk ke kaunter. setelah tiba dikaunter dan selesai mengisi borang, pegawai yang bertugas tersebut pun berkata, "kami akan datang rumah encik, kalau pegawai kami lalu di kawasan tu"

lebih kurang begitulah bunyinya, yang membawa maksud mereka hanya akan datang "jika dan hanya jika" pegawainya lalu dikawasan tersebut. Bila pegawai tu nak lalu? Allah sahaja yang mengetahui..

statement yang pelik. Saya yang mendengar hanya menggelangkan kepala.

kisah ini berlaku pada tahun lepas, dan anda nak tahu bila pegawai itu datang ke rumah pemohon tersebut?? Hanya beberapa minggu yang lepas. Dekat setahun dah. saya mendapat info, pegawai yang datang tu pun bersikap nak tak nak je buat kerja. Siap perli-perli lagi. Aduh, ada jugak orang macamni. Tunggulah nanti soalan-soalan Allah tentang amanah dan tanggugjawab anda! Dimanakah silapnya?

Lalu saya berfikir, kalaulah saya ada duit..dan mula menanamkan cita-cita untuk menjadi orang kaya yang diharapkan dapat membantu bagi yang memerlukan. Realiti manusia, jika tidak tahu, mereka tidak faham. Orang yang senang tidak memahami orang yang susah. Semua orang akan mengatakan mereka tak cukup duit. Tak cukup duit nak beli kereta?tak cukup duit nak melancong? nak jalan2? tak cukup duit nak beli barang baru? itu "tak cukup" duit orang senang, kalau orang susah?? mereka bertarung untuk cari duit demi sesuap nasi.Fikirlah.

cadangan seperti ini sangat baik yang secara langsung dapat menyuntik rasa bertanggungjawab kepada "dunia kita" yang sebenar iaitu tidak hanya mencakupi "dunia mahasiswa" semata-mata yang selalunya tidak difahami oleh kebanyakkan mereka yang berada dunia diluar. Serta tidak mustahil dengan kepekaan front2 mahasiswa ini dapat mengusik hati2 mahasiwa yang selama ini bersikap "xpedulisme" untuk menyokong dan seterusnya menyertai mereka. Biarlah sedikit, tetapi "sedikit yang bermakna". jadilah bijak dengan melakukan kerja yang tak berat tapi membawa 1000 manfaat.
Ayuh!

ikan-nemo.blogspot.com