Friday, June 22, 2012

Perubahan.

Bismillah..

Hari ini, saya akan membuat satu keputusan yang penting di dalam hidup. Saya sudah mempunyai jawapan terhadap masalah yang di alami. Akan tetapi, saya perlu melakukan istikharah dahulu untuk keputusan ini..

Pagi ini..guru kehidupan saya benar-benar membuatkan saya berfikir... dan terus berfikir jauh.

Saya perlu membuat keputusan yang drastik. Jika tidak, saya, mak dan adik-adik akan terus kekal dalam keadaan keadaan ketika ini atau menjadi lebih teruk.

Ya. Saya harus berani.

Saya harus berani membuat keputusan itu.

Mak saya selalu katakan bahawa saya kuat, kami adik-beradik kuat. Saya tidak percaya saya mempunyai kekuatan itu, dan disebabkan kepercayaannya kepada saya, saya percaya bahawa saya kuat, saya hebat..

Terima kasih mak.. :'( Saya tahu mak saya amat sayangkan saya.. Dia amat yakin pada setiap keputusan yang saya lakukan walaupun pada ketikan tiada seorang pun yang menyokong saya pada ketika itu.. Terima kasih mak kerana menjadi ibu yang luarbiasa bagi saya.

Dan,

Mentor kehidupan saya berpesan..

"Sumber kekuatan saya ialah ibu saya. Dia tidak pernah sekali mengeluh walaupun ditimpa dengan apa jua kesusahan. Walaupun dia tidak pada membaca hingga kini, saya yakin, jika dia diletakkan di mana-mana tempat di dalam dunia ini, dia mampu hidup. Saya belum tentu lagi.."

Wahai guru kehidupanku yang bijaksana dan memiliki kebaikan yang luarbiasa..

Aku sentiasa mendoakan kebaikan dan kemudahan yang luarbiasa bagi urusanmu dalam apa jua keadaan. Allah telah menemukanku dengan insan luarbiasa yang mengubah diriku hampir secara keseluruhan. Dan kali ini, aku akan menggunakan segala ilmu yang telah dan akan aku perolehi untuk membentuk manusia disekelilingku..

Wahai mentorku yang pemurah..

Aku panjatkan kesyukuranku kepada Allah yang Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maya bijaksana serata Maha Mengetahui.. Aku sentiasa mendoakan agar kamu dan seluruh keluargamu ditempatkan di Syurga yang tertinggi di atas segala kebaikan  yang telah engkau lakukan kepada kami.. Allah memberikan peluang untuk kami bertemu dengan orang yang begitu mulia (bagiku). Mohon izin diriku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu selepas aku mendoakan buat kedua ibubapaku kerana engkau terlalu beerti di dalam hidupku.

Ya Tuhanku yang Maha Penyayang dan Maha Kaya lagi Maha Pemurah..

Aku mohon kekuatan, kesabaran, serta segala kehebatan yang luarbiasa sebagai persediaan diriku menjadi insan yang luarbiasa pada ketika ini.. Aku mohon izin padaMu untuk diriku memperolehi pasangan yang luarbiasa hebat pada padangan mataku yang mana manusia lain hanya memandangnya sebagai insan yang tidak memiliki kelebihan. Dia baik untuk agamaku...perjuanganku..masa depanku dan juga segala-gala yang membawa manfaat kepada agamaMu dan untuk kehidupan yang kekal abadi nanti.

Ya Allah Yang Maha Memberi..Yang Maha Kaya..Yang Maha Penyayang..

Aku hamba yang serba kekurangan ini, sentiasa memerlukan perlindungan dan pemberikan dariMu..

Perkenankanlah permohonanku Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

nEmo
6.24pm
22 Jun 2012

Saturday, June 16, 2012

I just don't know what to put here..

Setelah 5 bulan tidak pulang ke kampung. Saya akan pulang hari ini.. Akhirnya.

Fikiran saya sedikit celaru. Tidak tahu apa yang berlaku. 

Kini, masih di pejabat. Jam sudah menunjukkan waktu 5 petang. Dan saya masih berfikir adakah mahu diteruskan juga perjalanan ke puduraya yang hiruk pikuk dan kemudiannya meninggalkan Kuala Lumpur buat sementara waktu.

Saya tidak tahu mengapa saya amat bingung...

Saya menaip tulisan ini dengan genangan air mata.

Saya tidak pasti apa yang mahu saya luahkan di sini.

Hati ini terlalu merindukan banyak perkara.. 

Saya ke bilik air..melihat cermin. Air mata berguguran lagi ketika membayangkan senyuman setiap adik-adik yang menanti di rumah... Ketujuh-tujuh mereka akan saya temui esok jika masih berkesempatan.

Air mata berguguran lagi membayangkan saya tidak lagi dijemput abah apabila pulang nanti.... 

Dan air mata berlinangan lagi apabila saya teringatkan mentor kehidupan saya yang terlalu banyak memberi kebaikan buat saya, akan tetapi saya tidak mungkin dapat membalasnya..

Dan hati ini bertambah pilu mengingatkan pesanan pesanan Sang Murabbi Ustaz Yahya Othman.. Insan mulia yang tidak pernah ku bersua..namun dirinya terlalu mulia untuk dipandang oleh mataku yang hina.

Allah.. Ya Tuhanku.

Aku tidak tahu mengapa jiwa ini begitu perit saat ini.

Aku ingin seseorang memegang tanganku dan melihat jauh ke dalam mataku lalu membisikkan.. semuanya akan berakhir dengan baik.. semuanya akan berakhir..semuanya akan selesai..

Aku tidak sabar bertemu dengan Mu wahai Tuhanku Yang Maha Penyayang.

Monday, June 11, 2012

Pesan Mentor.

Seorang sifu yang saya kagumi sentiasa berpesan pada saya,

Jangan tinggal menyebut doa ini setiap hari..

"Ya Allah ya Tuhan kami.. Kurniakanlah kami kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul dan ilham para malaikat yang hampir denganMu.."

Beliau selalu memulakan apa-apa majlis atau sesi latihan (training) dengan doa ini walaupun meeting ringkas dengan staf. 

Saya kira rahsia kegilaan beliau antaranya ialah dengan mengamalkan doa ini.

.................................................................................................

"Sesungguhnya doa itu itu dapat mengawal apa yang kita tidak boleh kawal."



Catatan: Doa-doa yang hebat banyak terdapat di dalam Al-Mathurat. Selamat mengamalkannya! ^^

Saja-saja



One of the best form Jason Mraz

Dedicated special for me, Huda and Ija =)


..........................................................................