Fikiran saya sedikit celaru. Tidak tahu apa yang berlaku.
Kini, masih di pejabat. Jam sudah menunjukkan waktu 5 petang. Dan saya masih berfikir adakah mahu diteruskan juga perjalanan ke puduraya yang hiruk pikuk dan kemudiannya meninggalkan Kuala Lumpur buat sementara waktu.
Saya tidak tahu mengapa saya amat bingung...
Saya menaip tulisan ini dengan genangan air mata.
Saya tidak pasti apa yang mahu saya luahkan di sini.
Hati ini terlalu merindukan banyak perkara..
Saya ke bilik air..melihat cermin. Air mata berguguran lagi ketika membayangkan senyuman setiap adik-adik yang menanti di rumah... Ketujuh-tujuh mereka akan saya temui esok jika masih berkesempatan.
Air mata berguguran lagi membayangkan saya tidak lagi dijemput abah apabila pulang nanti....
Dan air mata berlinangan lagi apabila saya teringatkan mentor kehidupan saya yang terlalu banyak memberi kebaikan buat saya, akan tetapi saya tidak mungkin dapat membalasnya..
Dan hati ini bertambah pilu mengingatkan pesanan pesanan Sang Murabbi Ustaz Yahya Othman.. Insan mulia yang tidak pernah ku bersua..namun dirinya terlalu mulia untuk dipandang oleh mataku yang hina.
Allah.. Ya Tuhanku.
Aku tidak tahu mengapa jiwa ini begitu perit saat ini.
Aku ingin seseorang memegang tanganku dan melihat jauh ke dalam mataku lalu membisikkan.. semuanya akan berakhir dengan baik.. semuanya akan berakhir..semuanya akan selesai..
Aku tidak sabar bertemu dengan Mu wahai Tuhanku Yang Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment