Hari ini, saya akan membuat satu keputusan yang penting di dalam hidup. Saya sudah mempunyai jawapan terhadap masalah yang di alami. Akan tetapi, saya perlu melakukan istikharah dahulu untuk keputusan ini..
Pagi ini..guru kehidupan saya benar-benar membuatkan saya berfikir... dan terus berfikir jauh.
Saya perlu membuat keputusan yang drastik. Jika tidak, saya, mak dan adik-adik akan terus kekal dalam keadaan keadaan ketika ini atau menjadi lebih teruk.
Ya. Saya harus berani.
Saya harus berani membuat keputusan itu.
Mak saya selalu katakan bahawa saya kuat, kami adik-beradik kuat. Saya tidak percaya saya mempunyai kekuatan itu, dan disebabkan kepercayaannya kepada saya, saya percaya bahawa saya kuat, saya hebat..
Terima kasih mak.. :'( Saya tahu mak saya amat sayangkan saya.. Dia amat yakin pada setiap keputusan yang saya lakukan walaupun pada ketikan tiada seorang pun yang menyokong saya pada ketika itu.. Terima kasih mak kerana menjadi ibu yang luarbiasa bagi saya.
Dan,
Mentor kehidupan saya berpesan..
"Sumber kekuatan saya ialah ibu saya. Dia tidak pernah sekali mengeluh walaupun ditimpa dengan apa jua kesusahan. Walaupun dia tidak pada membaca hingga kini, saya yakin, jika dia diletakkan di mana-mana tempat di dalam dunia ini, dia mampu hidup. Saya belum tentu lagi.."
Wahai guru kehidupanku yang bijaksana dan memiliki kebaikan yang luarbiasa..
Aku sentiasa mendoakan kebaikan dan kemudahan yang luarbiasa bagi urusanmu dalam apa jua keadaan. Allah telah menemukanku dengan insan luarbiasa yang mengubah diriku hampir secara keseluruhan. Dan kali ini, aku akan menggunakan segala ilmu yang telah dan akan aku perolehi untuk membentuk manusia disekelilingku..
Wahai mentorku yang pemurah..
Aku panjatkan kesyukuranku kepada Allah yang Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maya bijaksana serata Maha Mengetahui.. Aku sentiasa mendoakan agar kamu dan seluruh keluargamu ditempatkan di Syurga yang tertinggi di atas segala kebaikan yang telah engkau lakukan kepada kami.. Allah memberikan peluang untuk kami bertemu dengan orang yang begitu mulia (bagiku). Mohon izin diriku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu selepas aku mendoakan buat kedua ibubapaku kerana engkau terlalu beerti di dalam hidupku.
Ya Tuhanku yang Maha Penyayang dan Maha Kaya lagi Maha Pemurah..
Aku mohon kekuatan, kesabaran, serta segala kehebatan yang luarbiasa sebagai persediaan diriku menjadi insan yang luarbiasa pada ketika ini.. Aku mohon izin padaMu untuk diriku memperolehi pasangan yang luarbiasa hebat pada padangan mataku yang mana manusia lain hanya memandangnya sebagai insan yang tidak memiliki kelebihan. Dia baik untuk agamaku...perjuanganku..masa depanku dan juga segala-gala yang membawa manfaat kepada agamaMu dan untuk kehidupan yang kekal abadi nanti.
Ya Allah Yang Maha Memberi..Yang Maha Kaya..Yang Maha Penyayang..
Aku hamba yang serba kekurangan ini, sentiasa memerlukan perlindungan dan pemberikan dariMu..
Perkenankanlah permohonanku Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
nEmo
6.24pm
22 Jun 2012
No comments:
Post a Comment