Thursday, July 31, 2008

Konvo'08

Next week minggu konvo di UM.

Sedih pulak rasanya bila kebanyakan yang 'seangkatan' akan turut berkonvo nanti. Saya pulak tahun depan la nampaknya jika dipanjangkan umur, InshaAllah, sekali dengan gang2 yang senasib :)

Di kesempatan ni, nak wish selamat bergraduasi buat semua warga UM, khususnya kepada semua sahabat-sahabat saya kenali, sorang yang di rumah baru Hillpark dan sorang lagi yang payah nak jumpa sebab sibuk sangat kat Cheras tu :) serta tidak lupa juga buat semua ahli keluarga PMIUM yang telah menamatkan pengajian di bumi UM ni. Ha, bagi yang menyambung Master pulak, selamat kembali ke sini, hehe

Selamat menempuh alam baru, mungkin juga dunia baru dengan kerja-kerja harian yang baru :)

Student fakulti Sains akan bergraduasi pada khamis ini, sesi petang. Sebelah pagi, student APIUM kalau tak silap yang semuanya bertempat di DTC. Yang lain-lain tak tahu pulak bila, huhu

Ok, jika berpeluang kita jumpa disana nanti, ye.. Gud luck to all of you

Monday, July 28, 2008

Bioteknologi vs GMF??

Sesuatu yang wujud itu ada baik buruknya. Cumanya, adakah "baik" lebih banyak dari “buruknya” ataupun sebaliknya. Saya amat bersetuju dengan kenyataan bahawa bioteknologi ini banyak baiknya, dan JUGA banyak buruknya. Baiknya, sudah tentu dapat dilihat daripada faedahnya yang dapat membantu dalam pengubahsuaian kualiti produk makanan yang membawa manfaat kepada manusia. Sebagai contoh, penghasilan golden rice yang membantu rakyat afrika dan penciptaan tomato yang terubah ciri genetiknya, yang membantu sayuran itu lebih tahan lama supaya tidak cepat busuk bagi mengelakkan kerugian. Ia bermanfaat dalam urusan import export yang memerlukan masa yang panjang dalam operasi penghantaran.

Seperti yang diketahui, Genetically Modified Food (GMF) ini dicipta khas dengan tujuan untuk menghasilkan makanan yang bermutu dan berkualiti tinggi, dengan ciri buah yang lambat masak disamping rintang kepada kepada seranga serangga dan penyakit. Selain itu, ada juga yang dihasilkan bagi melawan serangan serangga perosak dan virus perosak tanpa perlu menggunakan racun serangga dan tahan kepada semburan racun rumpai. Dan sudah tentu, dari sudut yang lain, GMF akan memberikan kelebihan ekonomi kepada negara yang menjadi pioneer kepada kepada industri ini dan sekutunya.

Sebagai seorang environmentalist, saya lihat kelebihan yang dibawa oleh GMF telah membuka ruang kepada masalah jangka panjang alam sekitar. Mungkin ramai yang tidak mengetahui ataupun menjangka bahawa ia turut memberi kesan kepada alam ini? Sekarang, kita leka menjana ekonomi serta asyik dalam mengaut keuntungan tetapi dalam sedikit masa lagi, segala-galanya berubah. Anda ingin tahu mengapa?

Implikasi terhadap perkembangan GMF ini secara langsung akan mengembangkan pengembangan terhadap tanaman GM, iaitu tanaman yang telah termodifikasi kandungan bahan genetiknya. Ini adalah akibat daripada manipulasi genetik hidupan melalui proses kejuruteraan genetik terhadap stuktur DNAnya. Kesan daripada semua ini lahirlah ”pencemaran bio” .

Pencemaran bio tidak zahir kelihatan. Kesannya tidak cepat muncul. Lalu, ia merupakan satu virus yang amat berbahaya pada masa akan datang. Virus ini akan dilihat seolah-olah mustahil untuk dihapuskan dalam jangka masa yang singkat, dan yang pastinya ia akan mewujudkan penyakit yang sukar diubat.

Kesan daripada struktur genetik yang telah terubah akan melahirkan banyak implikasinya terutamanya kepada spesies (jenis) hidupan yang telah diubahnya. Mudahnya, seperti ini, kita ambil betik GM sebagai contoh. Pokok ini boleh mengalami proses pendebungaan dengan pokok betik semulajadi. Pendebungaan diantara keduanya akan menghasilkan buah betik GM. Generasi daripada biji-biji betik ini akan merebak secara berterusan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Lama kelamaan kita akan kehilangan spesies semulajadi pokok betik ini atau dalam erti kata lain ciptaan asal Allah telah terubah akibat daripada proses pendebungaan ini. Semestinya usaha untuk mengembalikan yang asli amat sukar dilakukan walaupun dengan memusnahkan kesemua tanaman GM ini.

Kenapa kita perlu risau jika sudah tiada spesies semulajadi?

Pendebungaan secara rambang yang terjadi secara semulajadi akan mengakibatkan perubahan kepada struktur genetik kepada generasi berikutnya. Kualiti buah yang terhasil tidak dapat dikenalpasti kedudukannya. Adakah ia lebih baik ataupun sebaliknya? Pendebungaan secara rambang, kualiti hasilnya juga akan jadi ’pelbagai ragam’. Setuju?
Jadi, lama-kelamaan spesies asal yang tentunya yang paling baik diciptakan Tuhan akan hilang. Kemungkinan untuk selama-lamanya.

Jika kita mengambil contoh jagung pula bagaimana? Saintist telah melaporkan pada November 2001, telah berlaku pencemaran gen asing terhadap jagung jenis asli akibat daripada penanaman jagung GM di Mexico. Kesan daripada kejadian ini, menyumbang kepada masalah potensi kepada kepupusan dan memberi ancaman kepada keselamatan makanan. Jagung ialah tanaman utama serta lambang kepada budaya kepada masyarakat asli Mexico. Dapatkah anda membayangkan kesan seterusnya?

I ni belum dibincangkan lagi kesan-kesan lain yang wujud, seperti risiko terhadap rantaian ekologi contohnya, yang mana satu spesies kupu-kupu yang mati sebelum sempat terbang ke tempat lain setelah menghisap madu daripada tanaman GM serta kerugian yang berlipat kali ganda yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha pertanian tanaman GM akibat daripada tanaman mereka yang bermasalah. Salah satunya adalah akibat peningkatan terhadap penggunaan racun serangga akibat daripada penanaman GM yang didakwa mampu mengurangkan penggunaan racun.

Pernah juga saya dengar semasa perbincangan di dalam kelas saya yang mencadangkan kewujudan spesies ikan yang mampu hidup dikawasan sungai yang kotor lalu ia juga dapat membantu secara langsung untuk pemulihan semulajadi kualiti air sungai tersebut. Ia adalah cadangan yang amat baik dan pada saya ia juga tinggi risikonya. Pertama, bagaimana kita dapat memastikan spesies yang ’dicipta’ ini berjaya dan benar-benar mampu membantu? Seterusnya, adakah kita dapat memastikan exotic species ini untuk tidak bercampur dengan spesies hidupan akuatik lain yang seterusnya akan memusnahkan ekosistem sungai semulajadi akhirnya? Tiada jawapan yang pasti..

Inilah penyakitnya..

Prevention, always better than cure.

Friday, July 25, 2008

Sara Humaira

Sara Humaira?

sape ni?

Ini bukan gambar anak saya, tapi gambar adik bongsu saya.hehe..Jangan tak percaya :)

Kadang-kadang janggal pulak rasanya bila dah berumur 22 tahun pun masih dapat adik lagi. Orang lain dapat anak, saya dapat adik. Rezeki, rezeki.. syukur, alhamdulillah. Dah lama takde baby kat rumah. Kalau balik penat2, letih hilang bila tengok budak kecik ni.

Abang dia ni pulak memang suka menyakat, maklumlah 1st time dapat adik, hehe, exited la dia! memang tak keluar mana2 dah. Hm, bagus jugak, kalau tak, asyik hilang je

Nikmat adik ramai, memang best. Walaupun berdepan dengan 1001 kerenah, ia memberikan sejuta pengalaman berharga buat saya. Pengalaman yang mengajar erti sabar, pengalaman yang mengajar nilai kasih sayang, pengalaman yang mengajar kenal erti tanggungjawab. Ia selalu mengingatkan saya kepada sesuatu yang saya sering lupa, bahawa susah itu yang mengajar saya, payah itulah sebenarnya yang telah mendidik saya!

Cita-cita saya tinggi. Ingin memastikan semua adik-adik saya berjaya. Berjaya dalam mengenali erti hidup yang sebenar. Berjaya menjadi manusia yang sebenar-benar manusia. Bukan hanya berjaya masuk universiti semata-mata. Saya tak kisah, jika ada adik saya yang tidak cemerlang sangat dalam akademik. Pada saya, masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sistem ciptaan manusia yang sedia wujud kini memang belum terbukti 100% mampu menjadikan manusia itu cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia bergantung kepada kualiti diri. Sejauh mana kita mampu untuk mengeluarkan dan mengasah kualiti diri yang telah tersedia diberikan Allah kepada kita.

Saya pula bukanlah contoh yang terbaik untuk menjadi ikutan adik-adik, namun, saya akur akan tanggungjawab ini untuk membimbing mereka, membantu mereka sedaya mungkin. Harapan ini tinggi, agar semuanya menjadi pejuang di medan perjuangan. Perjuangan yang sebenar-benar perjuangan..

Saya tetap akan mengotakan janji. Dengarlah, aku pasti kembali, InshaAllah

Thursday, July 24, 2008

Durian, oh durian

Satu hari saya tidak ke kelas harini. Demam, akibat durian. Rasanya tak la makan banyak sangat pun semalam, tapi, telahan saya akan demam harini memang benar-benar berlaku. Aduh, dah la kelas full dari pukul 9pagi sampai 6petang, cuma gap untuk zohor dan lunch je.

Lab terlepas takpela sangat, tapi lecture memang rugi..huhu.. Diorang bincang apela dalam lab harini..

Seperti biasa seperti semester2 lepas, saya juga ada beberapa projek untuk sem ni. antaranya adalah melakukan audit alam sekitar di serata kawasan di bumi UM ni. Kawasan yang telah ditetapkan bagi group saya ialah APM, 2nd college, Asia-europe Institute dan DTC.

Part saya adalah di DTC. menarik??hehe. Nanti, jika berpeluang saya akan ceritakan apa sebenarnya benda2 yang saya buat ni. Nampaknya malam sabtu ni ada kerja lain yang perlu saya lakukan selain dari hanya mendengar ceramah :p

Environment, UM cares..
hmm..sejauh mana kesungguhan dalam merealisasikannya??



Tuesday, July 22, 2008

pmium yang disayangi :)

sebelum saya terlupa :

Minggu ni, minggu promo. jom ramai-ramai daftar sebagai ahli PMIUM ! huhu, dah jadi warga emas kat UM ni sebenarnya. Tinggal lagi 1 sem je.. sedihnya :(

PMIUM, kenangan di alam kampus..banyak mengajar erti kehidupan yang membawa perubahan diri ini. tahniah saya ucapkan kepada semua pendokong. Selamat bekerja buat semua penggerak. Yang pasti, setiap detik-detik berharga bersama-sama keluarga ini pasti akan saya kenang selama-lamanya..

Gud luck to all of u

Jom ke Taman Syurga!!

Masa jalan-jalan lalu tepi kafe semalam terjumpa satu poster yang sangat menarik! Aduh, bestnya!
Tak sabar nak pegi nih!!
Ah,tak kira, macam mana pun mesti gak ada kat DTC malam sabtu ni!
Dah lama dah pegi program-program macam ni. UM pun jarang buat sebelum ni ....~eh, btul ke?ke, aku yang tak alert?uhu..entahla~

Ha!!? nak tau program apa???
ok, kite buat iklan siket :



Ekspo Perubatan Islam Malaysia (EPISMA)


Malam Perasmian & Pelancaran Tabung Dapur Untuk Darfur



TEMPAT : Dewan Tunku Canselor (DTC)
TARIKH : 24 Julai 2008
MASA : 8.00 malam

PERASMI:
Datuk Ir Hj Idris bin Hj Haron
(Timb. Menteri Pengajian Tinggi)

Jemputan Khas:
IN-TEAM


Dan yang paling best :

Ceramah Perdana EPISMA

:: TAMADUN ISLAM PERINTIS EVOLUSI DUNIA PERUBATAN ::

oleh:
DR DANIAL ZAINAL ABIDIN

TEMPAT: DTC
TARIKH: 25 Julai 2008
MASA: 8.00 malam

Anjuran:
  • Persatuan Siswa Siswi Islam Perubatan UM
  • Universiti Malaya
Dengan kerjasama:
  • PMIUM
  • Dewan Pemuda Masjid Malaysia
  • Persatuan Perubatan Islam Malaysia
  • Persatuan Perubatan Islam UM
  • Persatuan Jururawat Pelatih PPUM

P/S: pasti rugi punye klau sape2 yang sengaja tak nak datang.hehe




Sunday, July 13, 2008

daun yang hijau itu

"kadang-kadang, macam tak percaya kan kita akan mati suatu hari nanti.. betul tak?"
Tiba-tiba soalan spontan itu saya tanya kepada adik. Kebiasaannya di waktu petang saya memang suka berjalan-jalan di kawasan luar rumah, menghayati suasana petang sambil ditemani adik. Saya sangat sukakan kehijauan yang ada pada pokok. Mengecapi ketenangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sungguh mengasyikkan. Subhanallah. Sungguh indah ciptaan Allah.

"kenapa pulak? memang semua orang akan mati kan..?"
responnya, terhadap kenyataan saya.

"hmm.betul..tapi, entahla..

cuba hang tengok ni..."
saya memetik sehelai daun hijau dari pokok rambutan, lalu kemudian dijatuhkannya ke tanah.

"tadi, daun tu hidup, tapi sekarang dia dah 'mati'.."

"daun tu hijau lagi, tapi sekarang dia dah mati.."

kami termenung, melihat daun itu di atas tanah, sambil menginsafi pengakhiran hidup ini..
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami

Friday, July 11, 2008

Minggu pertama ke kuliah

Leganya bila beberapa masalah dah setel. Otak jadi ringan sikit selepas ”tali yang berbelit-belit” sedikit terungkai. Alhamdulillah..

Manusia, memang tak akan terlepas dari masalah. Ia adalah lumrah. Lumrah kehidupan itu memang penuh ujian.

”Tiap-tiap diri itu akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”

~21:35~

Seringkali saya termenung, memikirkan kehidupan ini... Ujian, bagi manusia kini, hanyalah ”kesusahan”. Bila ditimpa kesusahan, kita seringkali diingatkan bahawa ia adalah ”ujian”.

Sabar..
banyakkan berdoa..
mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Itu adalah antara pesanan, ingatan kepada kita agar kembali kepada Allah bahawa semua itu adalah kehendakNya.

Hati jadi tenang. Jiwa tenteram, kerana fitrah manusia yang memerlukan ”pergantungan” telah terisi. Diri ini kembali kepada Allah s.w.t sambil memikirkan segalanya adalah sementara..

”ujian itu” (baca: kesusahan) hanya sementara.
”ujian” hanya sementara.

Namun, manusia itu sering lupa. Kesenangan serta kemudahan itu juga adalah sebuah ”ujian”.
Manusia lupa, alpa, leka.
Manusia sibuk dengan hal dunia. Macam-macam halnya.

Hati tenang? Jiwa tenteram dengan nafsu manusia mudah kabur dengan keindahan dunia yang sementara? Diri makin dekat dengan Allah sambil bersyukur dan menginsafi bahawa segala-galanya hanya sementara?

Adakah manusia itu memikirkan bahawa ”ujian itu” (baca: kesenangan) hanya sementara? Walaupun mereka mengakui ”ujian” hanya sementara...

Tuesday, July 8, 2008

1st post?? hehe

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berjaya akhirnya saya mencipta blog sendiri..hehe

huhu. tak la senang sangat nak buat blog ni..tapi, tak la pulak susah sampai tak boleh nak buat

Buat semua sahabat2 di alam maya, khususnya yang mengenali saya di alam realiti, terima kasih saya ucapkan di atas kunjungan kalian ke sini. Jemput la datang selalu ;)

Saya amat menghargai dan mengalukan-alukan apa2 pandangan & nasihat yang membina

Ha, kalau nak kritik pun boleh..hehe
~saya memang suka bab2 kritik nih~

Hmm.. saya bukanlah seorang yang pandai dalam bidang penulisan malah bukan juga bijak dalam ilmu2 tertentu.
merapu2 boleh la

Cuma, di kesempatan ruangan di "blog" ini diharapkan dapat saya berkongsi sesuatu dengan sahabat2 supaya kita semua sama2 sentiasa berubah ke arah kebaikan, berniatkan semata-mata mengejar redha Allah.

Salam perjuangan buat semua bloggers.
Berjuanglah mengikut posisi dan komposisi anda.


"Begin with the end in mind"