Friday, January 30, 2009

sakit kepala



Ah, pening.

Jari ini bagai tidak mampu menaip, di kala lambakan isu sedang bermaharaja lela!

Tolong saya.

10.15pm
30 januari 2009
ikan-nemo.blogspot.com


Wednesday, January 21, 2009

Hope & Change! Yes WE Can!!

"Allahuakbar!! Kita menang besar!" mesej saya kepada beberapa orang sahabat kira2 jam 4 pagi 20 Januari 2009.

"Slm. Mak dah bangun ke? " mesej saya kepada ibu yang jauh di mata kira2 jam 4.30pagi itu. Saja nak kacau mak, sebab saya tak boleh tidur lagi setelah tiba di rumah, hehe. Lagipun saya sengaja mengejutkannya kerana tahu mak selalu bangun awal, kerana itu adalah rutin hariannya.

Saya masih tidak boleh melelapkan mata. Kemenangan Pro Mahasiswa yang sememangnya mengejutkan. Ia memang tidak disangka. Akhirnya Pro Mahasiswa berjaya merampas kembali takhta untuk meneraju semula kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya semenjak dipimpin oleh pihak aspirasi ataupun GERAK yang kelihatan tidak bergerak2 pada malam itu, sejak tahun 2004.

Akhirnya mak membalas mesej dan saya terus menelefonnya. Kegembiraan yang tidak terhingga saya luahkan kepadanya. Saya sangat terharu dengan kemenangan di luar jangkaan ini. Memang puas hati. Syukur kepada Allah di atas kemenangan ini.

Dari 1st year hingga dah jadi "veteran" ni, saya dan kawan2 memang tidak melepaskan peluang untuk turut sama menanti keputusan pengiraan undi. Ia memang menyeronokkan. Setibanya di hadapan DTC malam itu kira2 jam 10.30malam, sudah ramai yang telah menanti. Banyak muka2 baru yang tidak saya kenali. Saya hanya memerhati, rupa2nya ramai jugak senior2 yang turun padang malam itu. Kebanyakan mereka merupakan bekas aktivis UM suatu ketika dahulu. Pelajar2 dari kampus lain yang saya kenali juga hadir. Saya sempat bersama2 adik2 dari UTMKL. Berbual2 dengan mereka, mengingatkan saya ketika saya masih setahun jagung di UM. Mereka kelihatan teruja dengan keadaan di sini dan berharap agar dapat melanjutkan pelajaran di UM suatu hari nanti.

Takhta hadirnya dengan tanggungjawab. Tanggungjawab itu merupakan bebanan yang harus dipikul. Terlalu banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Tegakkan kebenaran, lumpuhkan kezaliman. Saya kira mungkin antara cabaran terbesar adalah untuk membuat satu gelombang perubahan pemikiran mahasiswa supaya lebih condong kepada tanggungjawab mereka yang utama sebagai golongan yang BERILMU untuk BERBAKTI lantas berjuang dalam menentang barah hedonisme yang kian mencengkam.

Ya, akhirnya tanggal 20 Januari 2009 orang kulit hitam kembali menduduki White House yang dibina hasil dari titik peluh mereka, Pro-M juga kembali merampas Universiti Malaya!!

Hope & change! Yes we can!!

Allahuakbar!

12.18pm
21 Januari 2009
ikan-nemo.blogspot.com


Monday, January 19, 2009

"kembali"

Alhamdulillah. baru dapat nak mengupdate blog. Dah lama saya tinggalkan blog ini disebabkan terdapat masalah2 tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Hari ini merupakan hari mengundi di UM. Saya berkesempatan merayau2 dan melihat2 kehangatan PRK kali ni. Kali ini saya kurang terlibat, hanya menjadi pemerhati. Macam2 isunya, biasala bila tiba PRK macam2 isu panas muncul. Ada yang peduli, ada yang buat tak tau je, ada jugak yang buat2 tak tau. Saya dengar2 je. Namun, suasana PRK kali ni rasanya tidak sehangat tahun2 sebelumnya.

Entahla.. itu pendapat saya je.

Ramai yang masih buat hal sendiri2, tak peduli pun apa yang berlaku di sekeliling. "Ah, lantakla korang, aku datang sini belajar. Apa politik2 ni.." Tak concern pasal pilihan raya.

Mahasiswa, siapakah anda? Carilah SIAPA diri anda yang sebenar dan APA tanggungjawab kehidupan SEBENAR anda.

11.44 am
19 Januari 2009
ikan-nemo.blogspot.com