Sunday, March 29, 2009

Apabila suhu berubah


Pemanasan dunia, ataupun “global warming” merupakan suatu masalah kini yang amat serius dan membimbangkan. Satu kenyataan yang benar yang mahu saya ungkapkan ialah, tidak ramai yang menyedarinya. Isu ini amatlah TIDAK popular jika dibandingkan dengan isu-isu HANGAT semasa. Kebimbangan terhadap perubahan suhu dunia ini kelihatan seperti tidak penting oleh kerana itu ia seperti tidak dipedulikan.

Ia tidak seperti jerebu, yang jelas telah menjejaskan kualiti udara dan kesihatan pernafasan yang memaksa pemakaian topeng pernafasan di mana-mana. Ia juga tidak seperti tsunami yang melenyapkan segala benda saujana pemandangan hanya dalam beberapa saat, dan ia juga tidak seperti gempa bumi yang sangat dahsyat sehingga merubah fizikal geografi sesuatu kawasan.

Tahukah anda, hanya dengan meningkatnya suhu bumi dalam beberapa darjah Celsius bakal mengundang krisis makanan yang dahsyat suatu hari nanti? Makanan ialah asas kehidupan. Percayakah anda jika saya nyatakan demikian? Ia telah bermula di beberapa kawasan dan jangan bimbang, KITA juga mungkin akan menghadapinya suatu hari nanti. Akan tetapi , buat masa ini saya masih belum berminat untuk mengulas tentang masalah ini di sini.

Apa yang ingin saya sentuh ialah berkenaan tentang betapa rakyat negara ini yang amat tidak peduli mengenai alam sekelilingnya, iaitu isu alam sekitar. Realitinya, rata-rata rakyat Malaysia masih daif kesedarannya tentang isu-isu alam sekitar serta masalah yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi. Sebabnya? Tanyalah pada diri sendiri. Lihat sahaja pada masalah sampah (sisa pepejal), masalah pencemaran air yang semakin parah, kualiti udara yang semakin menurun serta yang agak kontroversi saya kira merupakan masalah ketidak terbukaan “negara ini” terhadap maklumat alam sekitar serta isu-isu mengenainya. Saya akan sentuh isu-isu ini di lain waktu, insha-Allah.

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) yang mengakibatkan peningkatan suhu di bumi asalnya merupakan satu proses semulajadi yang penting kerana melalui proses ini, suhu bumi dapat ditingkatkan seperti kini. Tanpa kesan ini, suhu bumi yang sebenar adalah terlalu sejuk iaitu sekitar -17 darjah celcius dan ini semestinya tidak sesuai untuk kehidupan yang ada sekarang untuk wujud.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesan rumah hijau? Secara ringkasnya, “kesan rumah hijau” ini berlaku dengan pemerangkapan haba dari pancaran cahaya matahari oleh gas-gas tertentu yang terdapat di dalam atmosfera. Gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), metana (CH4), Choroflorocarbon (CFC) dan ozon (O3) ini akan menyerap haba lalu memerangkapnya supaya ianya tidak terbebas ke ruang angkasa. Walaupun gas-gas rumah hijau tersebut hanyalah kira-kira 3% daripada jumlah keseluruhan gas yang terdapat di atmosfera, ia mampu meningkatkan suhu bumi.

Dan kini, masalahnya ialah kuantiti gas rumah hijau ini bertambah dan semakin bertambah dengan pesatnya akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia terutamanya sejak 50 tahun yang lalu. Kini, seperti yang dilaporkan secara puratanya suhu permukaan bumi telah bertambah sebanyak 0.76 darjah celcius semenjak tahun 1850 an. Saintist juga telah meramalkan jika tiada tindakan dijalankan bagi mengurangkan pembebasan gas-gas ini, suhu bumi akan bertambah sebanyak 1.8 sehingga 4 darjah celcisus. Malah jika keadaan semakin tidak terkawal, suhu boleh mencecah peningkatan setinggi 6.4 darjah celcius pada abad ini!

Kempen tahunan yang akan dijalankan pada 28 mac ini anjuran WWF (World Wildlife Fund) iaitu “earth Hour” akan berlangsung dengan penglibatan kira-kira 80 buah negara yang terdiri daripada 930 buah bandar serata dunia. Ia adalah kempen besar besaran yang dijalankan bagi menunjukkan kebimbangan terhadap peningkatan gas rumah hijau dan suhu bumi kini. Suara sokongan dari penglibatan ratusan juta manusia terhadap kempen ini dari setiap 25 zon waktu serata dunia diharapkan akan memberikan tekanan kepada AS dan negara-negara Eropah supaya mengurangkan pembebasan karbon dioksida mereka yang kini merupakan 50% daripada pembebasan karbon dioksida dunia.

Dunia kini sudah terlalu tua dan uzur. Umur , entah bila akan berakhir. Sakit pula, hanya boleh dirawat supaya dengan harapan umur mampu dipanjangkan sedikit masa lagi bagi menampung kehidupan. Jika “amukan” semulajadi sering ditunding kepada takdir alam semata, maka ternyatalah bahawa manusia itu yang JAHIL dan ALPA. Kerana, mereka lupa akan akan firman Tuhannya bahawa segalanya tidak datang begitu sahaja melainkan daripada tindakan tangan-tangan manusia itu sendiri.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang nereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” ~ 30:41~

“... dan (ingatlah) sesungguhnya apabila kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, Kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya” ~42:48~


ikan-nemo.blogspot.com

Monday, March 9, 2009

cari ubat sakit

Setelah beberapa lama, baru saya sedar saya sedang sakit rupanya. Hahahaha.

Sejak kebelakangan ni, ia makin kerap terjadi dan kali ini, ia memakan masa yang agak panjang, malah hampir tidak saya sedari kehadirannya. Cis.. Nak buat preparation pun payah jadinya.

Pencarian ubat yang mujarab serta dos yang sesuai masih dalam perangkaan. Saya amat berharap saya akan ketemuinya tak lama lagi.

Tau apa penyakit saya sekarang?

- Otak selalu jam. Nasib baek tak jadi jem, klau tak, blh jugak makan dengan roti ke, ape ke.

- Saya dah tak boleh membaca sesuatu dengan penuh tumpuan dan kritis. Semuanya masuk dan keluar begitu sahaja. Nothing left!

- Motivasi diri yang lemah, sampai kena cari orang untuk nasihatkan diri sendiri even dalam benda2 remeh. Huh..

- Makan minum tak tentu, ikut suka perut. Tapi, percayalah, semua yang ditelan rasa macam sama..Nasib baek still boleh beza halal haram, hahaha.

- Kurang kepedulian terhadap kebanyakan orang-orang disekeliling. Terutamanya kepada insan-insan yang telah lama dikenali dan penting dalam hidup ini.oh, Maafkan aku.

- Hampir tidak menghiraukan segala benda yang berlaku disekeliling. Walaupun ianya penting.

- Susah nak tido. Kalau dipejamkan mata, banyak benda akan menyerang minda. Peperangan senyap psikologi bermula.

- Kegemaran saya terhadap kuliah-kuliah ilmu semakin malap..dan ini adalah antara perkara yang paling2 menyedihkan saya. Feel dah lari entah ke mana. Hahaha, nak kejar, dia lari laju sangat. Nanti nak try pasang perangkap pulak.

- Dan ada barang penting dalam diri saya telah hilang. Tapi, tak dapat di pastikan samada ia dicuri atau dia sendiri yang melarikan diri.

Menanti asar

9 March 2009

ikan-nemo.blogspot.com



benarkah cinta itu hanya pada nama



Ya Rasulullah, aku berjanji dengan sepenuh hati ini untuk meneruskan da'wahmu, dengan kunci Al-Quran dan sunnahmu.

Ya Allah, diri ini hanyalah milikMu..
Walau diri ini sering jatuh, Engkau kuatkanlah diriku agar aku dapat bangun semula, mengejar,
supaya sentiasa seiring dengan pejuang2mu yang bersemangat waja!

Aku tidak punya apa-apa, melainkan pergantungan padaMu serta kasih dan sayangMu.

Ampunilah diri ini. Janji itu akan ku penuhi.

Cinta itu hanya pada nama, andai ia kekal hanya dengan kata-kata.

di ambang zuhur
9 March 2009
ikan-nemo.blogspot.com