Wednesday, November 11, 2009

update

Aduh..rasa macam lama gile diri ini meninggalkan blog.huhu..

Setelah beberapa bulan menyepi,aku akan kembali.[harap2la] =D

Sampai sini dulu. i'Allah blog ini akan diupdate secepat mungkin!

2.17pm
11/11/2009

Sunday, June 21, 2009

Aku budak kampung

Aku budak kampung.haha

Itulah sebenarnya asal diri ini.

Lahir di rumah bersambut bidan, membesar..kemudiannya hingga ke zaman sekolah menengah, semuanya di kampung. Teringat zaman dulu2, rasa rindu sangat. Main congkak atas tanah guna biji kelapa sawit sebab biji getah takde, main jengket2 [haha, tu bahasa tempat saya, nama teng2 lebih femes :p], main "polis santri" [xpasti ejaan dia macam mana :p], main 'tuju kasut", 'tuju tin", main sorok2 tengahari rembang =D, tangkap menangkap "ikan lawan" [lebih femes dgn panggilan ikan gapi]..macam2.. Kenangan di waktu zaman kanak2 memang best. Cuma satu benda, orang semua panjat pokok, saya sorang tinggal kat bawah, sebab gayat :p

Rindunya zaman tu..

Antara hobi masa zaman kanak2 dulu yang paling best ialah memancing ikan!! Masa yang paling sesuai untuk pancing ikan waktu pagi dan petang. Kalau petang tu dalam pukul 5 camtu pegi la cari cacing. Mula2 sekali operasi cangkul menyangkul di belakang rumah dilakukan. Pancing x beli. Semua buat sendiri. Beli mata kail yang kecil [yang biasanya untuk ikan puyu], tali tangsi dalam semeter, pastu batang pancing cari je kat mana2 rumpun buluh. Tak sampai 10minit siap satu batang pancing yang sedia untuk digunakan! =D Biasanya saya ni reti memancing je, umpan suruh orang lain yang letakkan, sebab geli nak letak cacing tu kat mata kail. Cara untuk meletakkan cacing di mata kail agak mengerikan, jadi malas nak cite kat sini. Hmm, saya pun x pasti berapa banyak cacing yang telah dikorbankan sepanjang kami menjalankan aktiviti ini. Takziah kepada mereka L

Kalau musim banjir lagi best. Hehe. Musim pasang " taut". Orang2 bandar mesti xpenah dengan perkataan ni :p meh nak eksplen. " Taut" ni macam memancing la jugak, Cuma tali pancing tu pendek je, dalam 30cm pun dah cukup. Pastu, nak ikat tali tangsi kat mata kail pun ada teknik tau [dah lupa cara2 dia :p], kalau x nanti tinggal pancing je, mata kail tu hilang entah kemana, ikan tu bawak lari (-.-). "taut" ni biasanya kita pacakkan je pancing tu kat tepi air, biarkan mata kail yang siap berumpan kira2 10cm dalam air. Then selesai! Letak petang esok pagi, cek =D biasanya dalam 6 hingga 7 batang taut sekali letak dalam satu-satu masa di tempat yang berbeza2. Oh ye, umpan dia ialah perut ayam. So, tidak berlaku pembaziran disini, kita recycle apa yang boleh, hehe. Biasanya pagi2 sesudah subuh dah pegi tengok "taut2" tu, hehe, sebab exited punya pasal. Keli adalah ikan yang biasanya akan kena taut2 ni, ada jugak ikan haruan, dan sesekali kura2..adeh. kadang labi2 pun ada. Ha, ni satu lagi "makhluk" yang jarang2 didengari oleh2 orang2 bandar. Barangkali ada yang xpenah dengar ada benda ni, selain dari cerita P.Ramlee dulu2 :p opps, terbebel lebih pulak, hehe basically beza yang utamanyanya satu je, pancing kena pegang dan tunggu sampai dapat ikan, tapi taut ni tinggalkan je.. jadi, jimat masa, jimat tenaga :p

Tadi masa ke pasar pagi [mengumpulkan bekalan dapur untuk seminggu], saya seolah2 terkejut tengok ada sorang pak cik ni dia jual cendawan kukur. Harini baru tau dia ada nama alternative iaitu cendawan kukur sebenarnya, haha, sebab saya kenal benda tu sebagai kulat kayu je sebelum ni. Kat rumah dulu2 selalu la mengutip cendawan ni terutama masa musim hujan. Rumah saya memang dekat dengan Bukit Larut, yang sememangnya kawasan yang paling lembap di semenanjung, jadi cendawan ni xde musim, ada je sepanjang masa :p Cuma sejak kebelakangan ni dah kurang sebab dia xde medium nak tumbuh [xde kayu2 reput]. Kat rumah biasanya sayur2 xpayah beli pun, kangkung kutip je kat belakang rumah. Pucuk paku, pucuk ubi, pucuk mengkudu semua boleh makan. Cili, daun kari, daun pandan, semua tanam je.. sampai saya pernah sebut kat kawan, dulu tak pernah teringin nak "beli rambutan", tapi sekarang kalau nampak kat mana2 tempat yang jual rambutan, terasa terliur pulak..huhu.

Mungkinkah aku sudah menjadi orang Bandar? Haha, soalan yang lawak sekali. "Apa habaq orang KL? Bila balik.." sorang pakcik bertanyakan khabar saya setelah lama tak bersua. "Baik, Alhamdulillah..sampai malam tadi" menjawab sambil berfikir..aku ni dah bukan orang sini ke?haha =D

Sememangnya ada perbezaan kehidupan dulu2 dan sekarang, semestinya ada perbezaan kehidupan di Bandar dan di kampung, dan semestinya sangat berbeza kehidupan sewaktu berada di zaman kanak-kanak dan alam dewasa. Zaman berbeza dan berubah. Sedar atau tidak pengalaman menjadikan kenangan yang indah [walaupun ada ketikanya pahit] yang dirakamkan sebagai nikmat yang sangat perlu disyukuri kerana segalanya diberi TANPA diminta.

Alhamdulillah =)

Wednesday, June 3, 2009

xde ISI


Dah lama x update blog...


Tak tau nak update apa.. [yang sebenarnya banyak benda nak cerita]
Pikir sekali, banyak gila nak tulis, bila pikir 2 kali, hampeh.... nak tulis benda mengarut boleh la. So, gerakan meng'update' blog terus dilupakan dengan sengaja atas alasan "aku sibuk la" ~~ [sememangnya alasan lapuk yang tak boleh nak diguna pakai]


Semenjak dua menjak ni, otak ni memang bermasalah. Malas nak pikir benda berat2.
Huh "use it OR loose it"...



Erk..dah2, ni bukan tempat nak luahkan perasaan~ [dengan tujuan memohon simpati dan yang sewaktu dengannya] Kepala dah beku. Macam nak tuang air panas untuk mencairkan semula otak dan buang semua sel-sel yang sememangnya dah mati [macam mustahil? jadi silalah cadangkan cara yang sewajarnya]


Macamni la rupanya bila sel-sel otak mengamuk, hahah [menunjukkan sinapse tidak berlaku dengan baik dan neuron2 tidak bekerjasama dengan baik]

Akibat dari hilangnya kerjasama sel-sel di bahagian otak, virus yang mulanya menghantar perisik untuk memantau keadaan semasa telah memulakan gerakan menawan kubu kuat yang bertindak sebagai pusat kawalan kehidupan.


Huh, lebih baik bergembira dari bersedih memikirkan masalah2 kehidupan.hahahah


Setakat ni jela dulu saya mengarut. Babai~

11.18pm
3 june 2009

Monday, May 11, 2009

Kembali ke sekolah

Hahaha. Saya tergelak seorang diri ketika teringat janji saya dulu, janji dalam diri sendiri. Aku tak akan jadi cikgu. Jadi cikgu susah. Aku bukan mengajar dengan bercakap sesuka hati, tetapi mendidik dengan teliti, sepenuh hati.. Memang la bukan masalah utamanya tak cukup ilmu, kalau berada dalam bidang yang sesuai. Tapi, masalahnya aku adalah antara orang yang pertama setelah ibu bapa mereka yang akan meletakkan titik-titik warna ke atas setiap lembaran kain-kain putih itu. Amanah itu dirasakan amat berat sekali. Huhuh

Tapi..

Apa yang tak mau, itu yang dapat.haha ~dah hampir terbiasa dengan kebarangkalian nih~

Welcome2! [mengucapkan selamat datang kepada diri sendiri, hahah] Selamat datang ke dunia baru. Dunia pekerjaan =p

Setelah puas melepak dan menjadi penganggur tetap, kini saya telah bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar Ampang. Job scope, adalah berkaitan dengan education. Habesla aku~ saya berfikir sendirian. Mana taknya, 1st day kerja, baru tau (-.-) Setiap orang yang kerja kat situ, tak kira apa position dia, silalah mengajar! Adoi~

Ala..bukan susah sangat pon...jadi cikgu susah ke?? ajar je la.. (T_T)

Ye la, ye la..[memujuk diri sendiri]

Kelas tak banyak pun..Sehari, sejam je. Tapi, ye la..sejam yang menyeksakan! Jika diberi pilihan, memang nak duduk di ofis je~ hohoho, bos pun xduk ofis je. Aku memang dah naik kepala la kalau buat camtu.huh

1st week, 3 kali rasanya kepala ni terkena bola yang dibaling2 di dalam kelas! owh, cikgu kene bersabar (-,-) Sabarkan diri.. budak2 nih, bernaseb baik sebab aku ni memang jenis penyabar.hahah. Kalau tak siaplah korang. Anak datuk ke, anak nenek ke, anak Dr ke, ape ke.. yang muda mesti hormat yang tua, murid mesti kena hormat pada guru!

Sekolah swasta, memang songeh dia lain siket. Ramai yang bijak2, ramai jugak yang kurang disiplin. Sekolah biasa kebanyakkannya disiplin dalam kelas agak baik, jika dibandingkan dengan sekolah yang saya mengajar ni. Nak bina foundation yang sempurna bukan kerja mudah. Sebab itulah di barat memang kebiasaannya yang ada "phd" tu yang kena ajar kanak2..bukannya cikgu2 yang hanya tau ilmu level tadika~

Lihatlah dibarat, mereka sangat meraikan kanak2. Tiada soalan yang dikatakan soalan bodoh, tiada persoalan yang dibiarkan tanpa jawapan yang meyakinkan. Kanak2 tidak dimarah dan dibebel sesuka hati, kerana lumrah mereka memang melakukan kesilapan.

Sekarang, saya perlu menelan realiti. Berhadapan dengan satu kelas kanak2 setiap hari. Walaupun, saya sendiri ada 7 adik, tapi rasanya ia belum cukup untuk membantu dalam mengawal kelas yang macam saya alami kini (-,-) patutla, manusia tak mengandung macam hamster..sekali beranak sampai 6-7 ekor, kalau tak, mati la si ibu sebab ketensyenan.hahahah.

Nanti la sambung cerita pulak.. (-.-)
Ni, saya tinggalkan satu soalan dari student saya. Saya sebenarnya cari nahas, nak test budak2 tu la konon, akhirnya diri sendiri yang terkena.hahaha. Pada muka, sampai sekarang saya belum jumpa macam mana nak explain jawapan kepada soalan budak ni. Ni soalan yang saya kopi pes kan kat sini :" Why earth has a EMF, electromagnetic field, and why magnet has a magnetic field"

Ok, ni soalan budak darjah 2 ye, bukan tingkatan 2. Walaupun, grammar dia ada masalah (mcm cikgu dia ni, hahah) tapi, the point is there. Jawapan kepada soalan tu perlu diterangkan esok kepadanya..(T_T) ade sesape yang nak tolong saya? huhuh

4.05pm
10 Mei 2009/ mother's day =p
ikan-nemo.blogspot.com

Komen?? sila tekan tarikh post dibawah ini, krn terdapat masalah pada layout yg digunakan. Harap maaf (-.-)

Sunday, April 26, 2009

saya dah update blog

Lama tidak menulis sesuatu di sini. Banyak benda nak tulis, tapi semuanya hanya berlegar di otak, jari kaku menaip. Bukan ape, malas pun satu hal, selain idea banyak yang tersangkut. Betapa teruknya diri ini.huhu

Hari ini merupakan hari terakhir pesta buku di PWTC berlangsung. Sedih, kerana tak dapat nak pergi meronda-ronda buat kali yang ke-2, selepas gagal mengawal diri untuk tidak ke pesta buku pada hari ke3 ia berlangsung. Pada hari itu, saya sudah TERbeli 8 buah buku. Nasib baik la semua hanya sekitar seratus lebih je. Rasanya kalau bawa RM 1000 pun, boleh langsai dalam satu hari.

Ini ada senarai buku2 yang dah TERbeli;
  1. Travelog tarbiah, Rindu Bau Pohon Tin: Hasrizal Abdul Jamil
  2. Muhammad SAW, Putera Lembah Bakkah: Zuraimi Ismail.
  3. Novel Sejarah Islam, Salahudin Ayubi: Abdul Latip Talib.
  4. Novel Sejarah Islam, Tariq: Abdul Latip Talib.
  5. Terapi Solat Tahajud: Mohammad Salleh
  6. Bidadari Dari Timur: Tuan Sabariah Tuan Ishak
  7. Religion of the world, Judaism: Sue Penny
  8. The Wanted killer: Ann Rule

Jumlah buku ini, sangatlah sedikit jika dibandingkan orang2 lain yang jauh lebih banyak. Dengki jugak bila tengok or
ang lain membeli buku dengan rakus sekali, haha. Mana taknya, satu booth pun dia dah beli banyak gila, tak tau lagi di booth2 yang lain. Takpe, lain kali duit akan disimpan awal2 untuk aktiviti membeli belah di pesta buku tahun depan.

Sekarang, saya sedang "memaksa" diri mencuri sebanyak mungkin masa supaya buku2 tersebut dapat dihabiskan secepat mungkin. Habis yang ni, yang baru akan di beli, haha. Penderaan diri ini dilakukan adalah antara gara2 tercabar oleh adik sendiri yang berusia 14tahun yang hanya mengambil masa 2 hari membaca 1 buku yang saya habiskan dalam masa 2 minggu! Fuh, tercabar..lalu mula la diri ini mempertahan diri, dengan memberi alasan dia tak banyak kerja lain nak dibuat. haha. Alasan.. Cuba untuk membiasakan diri dengan buku2 yang agak ringan dahulu, sebelum kepada buku2 yang lebih berat pengisiannya. Jeles tengok orang baca buku yang best2 yang stakat ni saya masih belum mampu menghadamnya.

Setelah menelusuri beberapa buku, akhirnya saya dapat mengesan penyakit yang menyinggah diri ini. Ya, akhir-akhir ini seolah2 saya telah tenggelam lemas dengan masalah. Masalah, sifatnya selesai satu, yang lain pasti datang. Kehidupan saya jadi kucar kacir kerananya lalu menyebabkan iman menurun dengan mendadak. Saya benar2 lemas. Akhirnya penambahan ilmu pada diri mencerahkan saya kepada jalan-jalan sebab mengapa saya hidup. Sekarang, makin jelas tujuan itu walaupun musafir pencarian diri yang sebenar masih belum berhenti.

Kali ini, saya benar2 mahu tenggelam dengan dunia ilmu. Menyelam sehingga puas merentasi lautan kehidupan yang sebenar.

Saya cabar diri sendiri.

"sifu2" sekalian, terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar anda. Harap jangan jemu nak nasihat trainee2 anda yang selalu degil dan malas ini. Hehe




Menanti Zuhur
27 April 2009
ikan-nemo.blogspot.com


Monday, April 6, 2009

panas

huih. Panas..memang panas.

Tengah geram dan sakit hati. Mana tak nya, silap orang lain, habis rumah saya di tenggelami air sebentar tadi. Kali ni yang paling teruk. Huh, sabo2.. tengah bersabar ni. Menurut reporters, (adik2 di rumah) yang sibuk je mengupdate info, ia adalah akibat daripada peng"alter"an tebing sungai untuk di buat jalan ke kawasan Aulong. Jadi, bila hujan lebat di Bukit larut..memang habes la.huh. tak sampai sejam satu rumah air tu masuk. Tak ajak masuk pun, dah sampai lutut dia penuh. Banyak benda tak sempat nak angkat. Aduh, harap buku2 aku sempat diselamatkan kat rumah tu.huhu

Kali ni semua turun padang. Amek kesempatan ESOK nak mengundi. Hahahaha. Nah, amek.. Banjir tu pun pandai nak datang time bila.

Bukit gantang merupakan tempat kelahiran saya dan tempat di mana saya bermastautin. Esok, merupakan hari penentuan, siapa yang akan terpilih untuk berbakti dalam menjadi WAKIL kepada rakyat2 di parlimen kawasan tempat tinggal saya. Baca baik-baik, WAKIL kepada rakyat, bukan wakil orang lain ke, diri sendiri ke..

Di sebabkan air yang tiba-tiba naik ni, semua jentera2 kempen pilihanraya pon datang..haha. Sila-sila.. selamat datang saya ucapkan. Tengok la kesusahan rakyat2 yang bakal anda wakili ini. Tapi jangan tengok saja, bebanan tanggungjawab akan anda pikul nanti tu amek skali, jangan dok letak tepi.

Dah lama janji-janji, sampai lani, tetap tinggal janji.. Takpa2, boleh sabaq lagi lani. Kita tunggu lagi janji kali ni, tengok macam mana. Sapa naik, kami tetap sokong, tapi, sila tunaikan janji-janji anda serta prihatinlah apa yang kami nak, prihatin dengan suara kami, apa yang kami perlu. Anda tidak tahu apa yang kami semua perlu 100%. So, berilah ruang supaya suara2 kami didengari.

Hai banjir.. Nak buat macam mana dah hang nak mai. Ini adalah ketentuan yang terbaik dari yang Maha Bijaksana. Ada la tu, hikmah di mana2..

Sapa yang mengundi, baik2 la esok..jangan gaduh2. Tak kemana pun. Alih2, orang lain yang dok syok tengok kita sesama kita asyik berbalah.

Moga segalanya lebih baik dari sebelumnya.

9.00pm
6 April 2009
ikan-nemo.blogspot.com

Sunday, March 29, 2009

Apabila suhu berubah


Pemanasan dunia, ataupun “global warming” merupakan suatu masalah kini yang amat serius dan membimbangkan. Satu kenyataan yang benar yang mahu saya ungkapkan ialah, tidak ramai yang menyedarinya. Isu ini amatlah TIDAK popular jika dibandingkan dengan isu-isu HANGAT semasa. Kebimbangan terhadap perubahan suhu dunia ini kelihatan seperti tidak penting oleh kerana itu ia seperti tidak dipedulikan.

Ia tidak seperti jerebu, yang jelas telah menjejaskan kualiti udara dan kesihatan pernafasan yang memaksa pemakaian topeng pernafasan di mana-mana. Ia juga tidak seperti tsunami yang melenyapkan segala benda saujana pemandangan hanya dalam beberapa saat, dan ia juga tidak seperti gempa bumi yang sangat dahsyat sehingga merubah fizikal geografi sesuatu kawasan.

Tahukah anda, hanya dengan meningkatnya suhu bumi dalam beberapa darjah Celsius bakal mengundang krisis makanan yang dahsyat suatu hari nanti? Makanan ialah asas kehidupan. Percayakah anda jika saya nyatakan demikian? Ia telah bermula di beberapa kawasan dan jangan bimbang, KITA juga mungkin akan menghadapinya suatu hari nanti. Akan tetapi , buat masa ini saya masih belum berminat untuk mengulas tentang masalah ini di sini.

Apa yang ingin saya sentuh ialah berkenaan tentang betapa rakyat negara ini yang amat tidak peduli mengenai alam sekelilingnya, iaitu isu alam sekitar. Realitinya, rata-rata rakyat Malaysia masih daif kesedarannya tentang isu-isu alam sekitar serta masalah yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi. Sebabnya? Tanyalah pada diri sendiri. Lihat sahaja pada masalah sampah (sisa pepejal), masalah pencemaran air yang semakin parah, kualiti udara yang semakin menurun serta yang agak kontroversi saya kira merupakan masalah ketidak terbukaan “negara ini” terhadap maklumat alam sekitar serta isu-isu mengenainya. Saya akan sentuh isu-isu ini di lain waktu, insha-Allah.

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) yang mengakibatkan peningkatan suhu di bumi asalnya merupakan satu proses semulajadi yang penting kerana melalui proses ini, suhu bumi dapat ditingkatkan seperti kini. Tanpa kesan ini, suhu bumi yang sebenar adalah terlalu sejuk iaitu sekitar -17 darjah celcius dan ini semestinya tidak sesuai untuk kehidupan yang ada sekarang untuk wujud.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesan rumah hijau? Secara ringkasnya, “kesan rumah hijau” ini berlaku dengan pemerangkapan haba dari pancaran cahaya matahari oleh gas-gas tertentu yang terdapat di dalam atmosfera. Gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), metana (CH4), Choroflorocarbon (CFC) dan ozon (O3) ini akan menyerap haba lalu memerangkapnya supaya ianya tidak terbebas ke ruang angkasa. Walaupun gas-gas rumah hijau tersebut hanyalah kira-kira 3% daripada jumlah keseluruhan gas yang terdapat di atmosfera, ia mampu meningkatkan suhu bumi.

Dan kini, masalahnya ialah kuantiti gas rumah hijau ini bertambah dan semakin bertambah dengan pesatnya akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia terutamanya sejak 50 tahun yang lalu. Kini, seperti yang dilaporkan secara puratanya suhu permukaan bumi telah bertambah sebanyak 0.76 darjah celcius semenjak tahun 1850 an. Saintist juga telah meramalkan jika tiada tindakan dijalankan bagi mengurangkan pembebasan gas-gas ini, suhu bumi akan bertambah sebanyak 1.8 sehingga 4 darjah celcisus. Malah jika keadaan semakin tidak terkawal, suhu boleh mencecah peningkatan setinggi 6.4 darjah celcius pada abad ini!

Kempen tahunan yang akan dijalankan pada 28 mac ini anjuran WWF (World Wildlife Fund) iaitu “earth Hour” akan berlangsung dengan penglibatan kira-kira 80 buah negara yang terdiri daripada 930 buah bandar serata dunia. Ia adalah kempen besar besaran yang dijalankan bagi menunjukkan kebimbangan terhadap peningkatan gas rumah hijau dan suhu bumi kini. Suara sokongan dari penglibatan ratusan juta manusia terhadap kempen ini dari setiap 25 zon waktu serata dunia diharapkan akan memberikan tekanan kepada AS dan negara-negara Eropah supaya mengurangkan pembebasan karbon dioksida mereka yang kini merupakan 50% daripada pembebasan karbon dioksida dunia.

Dunia kini sudah terlalu tua dan uzur. Umur , entah bila akan berakhir. Sakit pula, hanya boleh dirawat supaya dengan harapan umur mampu dipanjangkan sedikit masa lagi bagi menampung kehidupan. Jika “amukan” semulajadi sering ditunding kepada takdir alam semata, maka ternyatalah bahawa manusia itu yang JAHIL dan ALPA. Kerana, mereka lupa akan akan firman Tuhannya bahawa segalanya tidak datang begitu sahaja melainkan daripada tindakan tangan-tangan manusia itu sendiri.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang nereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” ~ 30:41~

“... dan (ingatlah) sesungguhnya apabila kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, Kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya” ~42:48~


ikan-nemo.blogspot.com

Monday, March 9, 2009

cari ubat sakit

Setelah beberapa lama, baru saya sedar saya sedang sakit rupanya. Hahahaha.

Sejak kebelakangan ni, ia makin kerap terjadi dan kali ini, ia memakan masa yang agak panjang, malah hampir tidak saya sedari kehadirannya. Cis.. Nak buat preparation pun payah jadinya.

Pencarian ubat yang mujarab serta dos yang sesuai masih dalam perangkaan. Saya amat berharap saya akan ketemuinya tak lama lagi.

Tau apa penyakit saya sekarang?

- Otak selalu jam. Nasib baek tak jadi jem, klau tak, blh jugak makan dengan roti ke, ape ke.

- Saya dah tak boleh membaca sesuatu dengan penuh tumpuan dan kritis. Semuanya masuk dan keluar begitu sahaja. Nothing left!

- Motivasi diri yang lemah, sampai kena cari orang untuk nasihatkan diri sendiri even dalam benda2 remeh. Huh..

- Makan minum tak tentu, ikut suka perut. Tapi, percayalah, semua yang ditelan rasa macam sama..Nasib baek still boleh beza halal haram, hahaha.

- Kurang kepedulian terhadap kebanyakan orang-orang disekeliling. Terutamanya kepada insan-insan yang telah lama dikenali dan penting dalam hidup ini.oh, Maafkan aku.

- Hampir tidak menghiraukan segala benda yang berlaku disekeliling. Walaupun ianya penting.

- Susah nak tido. Kalau dipejamkan mata, banyak benda akan menyerang minda. Peperangan senyap psikologi bermula.

- Kegemaran saya terhadap kuliah-kuliah ilmu semakin malap..dan ini adalah antara perkara yang paling2 menyedihkan saya. Feel dah lari entah ke mana. Hahaha, nak kejar, dia lari laju sangat. Nanti nak try pasang perangkap pulak.

- Dan ada barang penting dalam diri saya telah hilang. Tapi, tak dapat di pastikan samada ia dicuri atau dia sendiri yang melarikan diri.

Menanti asar

9 March 2009

ikan-nemo.blogspot.com



benarkah cinta itu hanya pada nama



Ya Rasulullah, aku berjanji dengan sepenuh hati ini untuk meneruskan da'wahmu, dengan kunci Al-Quran dan sunnahmu.

Ya Allah, diri ini hanyalah milikMu..
Walau diri ini sering jatuh, Engkau kuatkanlah diriku agar aku dapat bangun semula, mengejar,
supaya sentiasa seiring dengan pejuang2mu yang bersemangat waja!

Aku tidak punya apa-apa, melainkan pergantungan padaMu serta kasih dan sayangMu.

Ampunilah diri ini. Janji itu akan ku penuhi.

Cinta itu hanya pada nama, andai ia kekal hanya dengan kata-kata.

di ambang zuhur
9 March 2009
ikan-nemo.blogspot.com


Wednesday, February 25, 2009

sumpah-sumpah yang berjalan

Dah puas kebosanan,
akhirnya saya mencoretkan sesuatu juga disini.

Bosan...
Bosan..
Bosan.
..
.

Ramai yang bertanya, kenapa saya tidak mengisi masa dan ruang kelapangan yang saya nikmati ini dengan mencari kerja dan bekerja? (baca:kerja yg dapat duit bulan2)

Entahla..
Itu jawapan ringkas yang saya berikan.

Tapi, realitinya, mana mungkin seseorang manusia itu melakukan sesuatu tanpa sebab? Segala keputusan, gerak geri, percakapan dan apa sahaja yang dilakukan mesti bertujuan. Malah, gerakan refleks yang tidak dikawal otak itupun "bersebab" pergerakannya.

Jika jari terkena api, kemudian menanti otak menghantar isyarat supaya tangan ditarik dari kepanasan itu kerana ia "api", habisla..

"Refleks" pun bersebab, apatah lagi perkara yang dikawal minda yang fitrahnya supaya akal digunakan.

"Tak kerja, xpe la.. Anak orang kaya"

Saya ketawa mendengarnya. Ada seseorang berkata begitu pada saya. Haha, dia tak tahu salah satu sikap buruk saya ialah sangat tak peduli tentang duit. Saya tak kisah pun tak de duit. Dari kecil, saya terlatih secara tidak langsung begini dengan kehidupan yang sederhana. Makan apa pun takpe, asal makan. Yang tahu saya ni macam mana, cuma sesiapa yang rapat sahaja, haha. Itu pun dengan pendedahan sebanyak 50% je.. kerana, sifat saya yang seperti "sumpah-sumpah", mengikut teori yang diperkenalkan adik saya tak lama dahulu.

Eh, tercerita tentang diri sendiri pulak..huh, biarla, dah namanya "Me, Myself and I", suka hatila.

Jom sambung,

Oh ye, sape2 yang malas baca, baik stop kat sini je, nanti bosan sebab tak menarik pun.

Dari kecil, saya mempunyai sifat yang "tidak boleh dipaksa". Tidak boleh buat kerja dengan "terpaksa". Kalau saya tak suka, tak suka la jawabnya.. dan saya memerlukan jawapan yang "relevan" dengan persoalan mengapa saya perlu buat itu dan ini. Kenapa ia begitu dan tidak begini, mengapa saya tak boleh buat itu dan ini, mengapa saya tak boleh tahu itu dan ini dan sebagainya. Dan semestinya saya rasa pelik dan kagum dengan orang2 yang mampu melakukan sesuatu yang saya nampak seperti dia memaksa diri melakukannya.

Seringkali, dan amat kerap sekali keinginan dan kehendak saya terpaksa saya tanam dalam2, walaupun ia bakal memberikan kebaikan buat orang lain. Takpela, mungkin belum tiba masanya. Saya akur.

Malah, saya bersyukur kerana kekuatan masih kekal disebabkan cita-cita besar diri ini adalah untuk berpegang kepada "sebaik-baik kamu adalah orang yang paling memberi manfaat buat manusia". Inilah kegembiraan saya. Walaupun dengan tindakan yang sekecil-kecil benda, malah kadang-kadang tidak kelihatan seperti membawa kebaikan secara langsung pada diri, namun itu yang lebih saya suka. Kerana, itulah kegembiraan saya.

Sebagai anak pertama dari 8 adik beradik, saya telah terbiasa untuk menyenangkan yang lain dan mengetepikan diri. Namun, ada juga masa2 "yang lain" itu perlu disusahkan. Sengaja menyusahkan mereka, selalunya baik. Baik untuk saya semestinya, haha, dan baik juga untuk mereka.

Hm, saya masih mencari diri saya yang dahulu. Saya mencari semangat saya yang dulu. Yang dah lama saya tinggalkan, dan rasanya ia telah hilang..

Teori sumpah-sumpah tu mungkin ada kebenarannya. Mungkin ia boleh diaplikasi dengan pengembalian saya ke "envir
onment" asal, saya akan kembali seperti dulu2 dan memiliki kembali apa yang hilang..

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) Bahawa setiap kesukaran itu disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh2lah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja engkau memohon(apa yang engkau gemar dan ingini)

(al-Insyirah:5-8)

Nota: Maafkan saya, kerana tajuk tidak berkaitan dgn post, hehe. But, it is specifically refer to me(sumpah-sumpah)

Zuhur
25 february 2009
ikan-nemo.blogspot.com

Friday, January 30, 2009

sakit kepala



Ah, pening.

Jari ini bagai tidak mampu menaip, di kala lambakan isu sedang bermaharaja lela!

Tolong saya.

10.15pm
30 januari 2009
ikan-nemo.blogspot.com


Wednesday, January 21, 2009

Hope & Change! Yes WE Can!!

"Allahuakbar!! Kita menang besar!" mesej saya kepada beberapa orang sahabat kira2 jam 4 pagi 20 Januari 2009.

"Slm. Mak dah bangun ke? " mesej saya kepada ibu yang jauh di mata kira2 jam 4.30pagi itu. Saja nak kacau mak, sebab saya tak boleh tidur lagi setelah tiba di rumah, hehe. Lagipun saya sengaja mengejutkannya kerana tahu mak selalu bangun awal, kerana itu adalah rutin hariannya.

Saya masih tidak boleh melelapkan mata. Kemenangan Pro Mahasiswa yang sememangnya mengejutkan. Ia memang tidak disangka. Akhirnya Pro Mahasiswa berjaya merampas kembali takhta untuk meneraju semula kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya semenjak dipimpin oleh pihak aspirasi ataupun GERAK yang kelihatan tidak bergerak2 pada malam itu, sejak tahun 2004.

Akhirnya mak membalas mesej dan saya terus menelefonnya. Kegembiraan yang tidak terhingga saya luahkan kepadanya. Saya sangat terharu dengan kemenangan di luar jangkaan ini. Memang puas hati. Syukur kepada Allah di atas kemenangan ini.

Dari 1st year hingga dah jadi "veteran" ni, saya dan kawan2 memang tidak melepaskan peluang untuk turut sama menanti keputusan pengiraan undi. Ia memang menyeronokkan. Setibanya di hadapan DTC malam itu kira2 jam 10.30malam, sudah ramai yang telah menanti. Banyak muka2 baru yang tidak saya kenali. Saya hanya memerhati, rupa2nya ramai jugak senior2 yang turun padang malam itu. Kebanyakan mereka merupakan bekas aktivis UM suatu ketika dahulu. Pelajar2 dari kampus lain yang saya kenali juga hadir. Saya sempat bersama2 adik2 dari UTMKL. Berbual2 dengan mereka, mengingatkan saya ketika saya masih setahun jagung di UM. Mereka kelihatan teruja dengan keadaan di sini dan berharap agar dapat melanjutkan pelajaran di UM suatu hari nanti.

Takhta hadirnya dengan tanggungjawab. Tanggungjawab itu merupakan bebanan yang harus dipikul. Terlalu banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Tegakkan kebenaran, lumpuhkan kezaliman. Saya kira mungkin antara cabaran terbesar adalah untuk membuat satu gelombang perubahan pemikiran mahasiswa supaya lebih condong kepada tanggungjawab mereka yang utama sebagai golongan yang BERILMU untuk BERBAKTI lantas berjuang dalam menentang barah hedonisme yang kian mencengkam.

Ya, akhirnya tanggal 20 Januari 2009 orang kulit hitam kembali menduduki White House yang dibina hasil dari titik peluh mereka, Pro-M juga kembali merampas Universiti Malaya!!

Hope & change! Yes we can!!

Allahuakbar!

12.18pm
21 Januari 2009
ikan-nemo.blogspot.com


Monday, January 19, 2009

"kembali"

Alhamdulillah. baru dapat nak mengupdate blog. Dah lama saya tinggalkan blog ini disebabkan terdapat masalah2 tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Hari ini merupakan hari mengundi di UM. Saya berkesempatan merayau2 dan melihat2 kehangatan PRK kali ni. Kali ini saya kurang terlibat, hanya menjadi pemerhati. Macam2 isunya, biasala bila tiba PRK macam2 isu panas muncul. Ada yang peduli, ada yang buat tak tau je, ada jugak yang buat2 tak tau. Saya dengar2 je. Namun, suasana PRK kali ni rasanya tidak sehangat tahun2 sebelumnya.

Entahla.. itu pendapat saya je.

Ramai yang masih buat hal sendiri2, tak peduli pun apa yang berlaku di sekeliling. "Ah, lantakla korang, aku datang sini belajar. Apa politik2 ni.." Tak concern pasal pilihan raya.

Mahasiswa, siapakah anda? Carilah SIAPA diri anda yang sebenar dan APA tanggungjawab kehidupan SEBENAR anda.

11.44 am
19 Januari 2009
ikan-nemo.blogspot.com