Monday, May 11, 2009

Kembali ke sekolah

Hahaha. Saya tergelak seorang diri ketika teringat janji saya dulu, janji dalam diri sendiri. Aku tak akan jadi cikgu. Jadi cikgu susah. Aku bukan mengajar dengan bercakap sesuka hati, tetapi mendidik dengan teliti, sepenuh hati.. Memang la bukan masalah utamanya tak cukup ilmu, kalau berada dalam bidang yang sesuai. Tapi, masalahnya aku adalah antara orang yang pertama setelah ibu bapa mereka yang akan meletakkan titik-titik warna ke atas setiap lembaran kain-kain putih itu. Amanah itu dirasakan amat berat sekali. Huhuh

Tapi..

Apa yang tak mau, itu yang dapat.haha ~dah hampir terbiasa dengan kebarangkalian nih~

Welcome2! [mengucapkan selamat datang kepada diri sendiri, hahah] Selamat datang ke dunia baru. Dunia pekerjaan =p

Setelah puas melepak dan menjadi penganggur tetap, kini saya telah bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar Ampang. Job scope, adalah berkaitan dengan education. Habesla aku~ saya berfikir sendirian. Mana taknya, 1st day kerja, baru tau (-.-) Setiap orang yang kerja kat situ, tak kira apa position dia, silalah mengajar! Adoi~

Ala..bukan susah sangat pon...jadi cikgu susah ke?? ajar je la.. (T_T)

Ye la, ye la..[memujuk diri sendiri]

Kelas tak banyak pun..Sehari, sejam je. Tapi, ye la..sejam yang menyeksakan! Jika diberi pilihan, memang nak duduk di ofis je~ hohoho, bos pun xduk ofis je. Aku memang dah naik kepala la kalau buat camtu.huh

1st week, 3 kali rasanya kepala ni terkena bola yang dibaling2 di dalam kelas! owh, cikgu kene bersabar (-,-) Sabarkan diri.. budak2 nih, bernaseb baik sebab aku ni memang jenis penyabar.hahah. Kalau tak siaplah korang. Anak datuk ke, anak nenek ke, anak Dr ke, ape ke.. yang muda mesti hormat yang tua, murid mesti kena hormat pada guru!

Sekolah swasta, memang songeh dia lain siket. Ramai yang bijak2, ramai jugak yang kurang disiplin. Sekolah biasa kebanyakkannya disiplin dalam kelas agak baik, jika dibandingkan dengan sekolah yang saya mengajar ni. Nak bina foundation yang sempurna bukan kerja mudah. Sebab itulah di barat memang kebiasaannya yang ada "phd" tu yang kena ajar kanak2..bukannya cikgu2 yang hanya tau ilmu level tadika~

Lihatlah dibarat, mereka sangat meraikan kanak2. Tiada soalan yang dikatakan soalan bodoh, tiada persoalan yang dibiarkan tanpa jawapan yang meyakinkan. Kanak2 tidak dimarah dan dibebel sesuka hati, kerana lumrah mereka memang melakukan kesilapan.

Sekarang, saya perlu menelan realiti. Berhadapan dengan satu kelas kanak2 setiap hari. Walaupun, saya sendiri ada 7 adik, tapi rasanya ia belum cukup untuk membantu dalam mengawal kelas yang macam saya alami kini (-,-) patutla, manusia tak mengandung macam hamster..sekali beranak sampai 6-7 ekor, kalau tak, mati la si ibu sebab ketensyenan.hahahah.

Nanti la sambung cerita pulak.. (-.-)
Ni, saya tinggalkan satu soalan dari student saya. Saya sebenarnya cari nahas, nak test budak2 tu la konon, akhirnya diri sendiri yang terkena.hahaha. Pada muka, sampai sekarang saya belum jumpa macam mana nak explain jawapan kepada soalan budak ni. Ni soalan yang saya kopi pes kan kat sini :" Why earth has a EMF, electromagnetic field, and why magnet has a magnetic field"

Ok, ni soalan budak darjah 2 ye, bukan tingkatan 2. Walaupun, grammar dia ada masalah (mcm cikgu dia ni, hahah) tapi, the point is there. Jawapan kepada soalan tu perlu diterangkan esok kepadanya..(T_T) ade sesape yang nak tolong saya? huhuh

4.05pm
10 Mei 2009/ mother's day =p
ikan-nemo.blogspot.com

Komen?? sila tekan tarikh post dibawah ini, krn terdapat masalah pada layout yg digunakan. Harap maaf (-.-)

9 comments:

irhafiz said...

" Why earth has a EMF, electromagnetic field, and why magnet has a magnetic field"

Jawab macam ni la cikgu, "Kalau nak tahu jawapannya, kene la selalu datang belajar, nanti lama-kelamaan awak semua akan paham"

~nEmo~ said...

hahahaha. jawapan lain??

aaLiL BelajarSEO said...

komen dulu baru baca ah.. hheheh, biar serius gt.. gud luck

The Signs Lab said...

tu la like our trainer said (K.Mida)..even kite ajar murid2 level rendah (mksdnye primary or kindy level)teknik nak explain nk bg student phm tu la yg susah sbnrnye..that`s our challenge.if soklan tu ditanya oleh student U senang la nk explain..but yg tnye ni umur 8 tahun..HAHA.gudluk to u =)

~nEmo~ said...

hohoh. the signs lab datang akhirnya. ni mesti yati nih (-.-)

tercabar dan mencabar~ huhuhu.especially HISYAM.
aDEH~

megatkanzaki said...

owh ni mesti satu tempat kerja ngan yati ni

~nEmo~ said...

haha, btol tu~ [-.-]

Amermeftah said...

(aku tak baca penuh pun)

tak payah pergi ke barat sangat, di mesir ni pun budak-budak diraikan, kata-kata budak-budak di ambil kira walaupun dalam hal igama, kalau konkrit lah

~nEmo~ said...

owh kat mesir pun ada. patutla..area situ kan dah namanya "asia barat".hehe.

sengaja mengambil contoh di barat sbb majoriti diorang bukan muslim, tapi mengamalkan islam =D