Wednesday, February 25, 2009

sumpah-sumpah yang berjalan

Dah puas kebosanan,
akhirnya saya mencoretkan sesuatu juga disini.

Bosan...
Bosan..
Bosan.
..
.

Ramai yang bertanya, kenapa saya tidak mengisi masa dan ruang kelapangan yang saya nikmati ini dengan mencari kerja dan bekerja? (baca:kerja yg dapat duit bulan2)

Entahla..
Itu jawapan ringkas yang saya berikan.

Tapi, realitinya, mana mungkin seseorang manusia itu melakukan sesuatu tanpa sebab? Segala keputusan, gerak geri, percakapan dan apa sahaja yang dilakukan mesti bertujuan. Malah, gerakan refleks yang tidak dikawal otak itupun "bersebab" pergerakannya.

Jika jari terkena api, kemudian menanti otak menghantar isyarat supaya tangan ditarik dari kepanasan itu kerana ia "api", habisla..

"Refleks" pun bersebab, apatah lagi perkara yang dikawal minda yang fitrahnya supaya akal digunakan.

"Tak kerja, xpe la.. Anak orang kaya"

Saya ketawa mendengarnya. Ada seseorang berkata begitu pada saya. Haha, dia tak tahu salah satu sikap buruk saya ialah sangat tak peduli tentang duit. Saya tak kisah pun tak de duit. Dari kecil, saya terlatih secara tidak langsung begini dengan kehidupan yang sederhana. Makan apa pun takpe, asal makan. Yang tahu saya ni macam mana, cuma sesiapa yang rapat sahaja, haha. Itu pun dengan pendedahan sebanyak 50% je.. kerana, sifat saya yang seperti "sumpah-sumpah", mengikut teori yang diperkenalkan adik saya tak lama dahulu.

Eh, tercerita tentang diri sendiri pulak..huh, biarla, dah namanya "Me, Myself and I", suka hatila.

Jom sambung,

Oh ye, sape2 yang malas baca, baik stop kat sini je, nanti bosan sebab tak menarik pun.

Dari kecil, saya mempunyai sifat yang "tidak boleh dipaksa". Tidak boleh buat kerja dengan "terpaksa". Kalau saya tak suka, tak suka la jawabnya.. dan saya memerlukan jawapan yang "relevan" dengan persoalan mengapa saya perlu buat itu dan ini. Kenapa ia begitu dan tidak begini, mengapa saya tak boleh buat itu dan ini, mengapa saya tak boleh tahu itu dan ini dan sebagainya. Dan semestinya saya rasa pelik dan kagum dengan orang2 yang mampu melakukan sesuatu yang saya nampak seperti dia memaksa diri melakukannya.

Seringkali, dan amat kerap sekali keinginan dan kehendak saya terpaksa saya tanam dalam2, walaupun ia bakal memberikan kebaikan buat orang lain. Takpela, mungkin belum tiba masanya. Saya akur.

Malah, saya bersyukur kerana kekuatan masih kekal disebabkan cita-cita besar diri ini adalah untuk berpegang kepada "sebaik-baik kamu adalah orang yang paling memberi manfaat buat manusia". Inilah kegembiraan saya. Walaupun dengan tindakan yang sekecil-kecil benda, malah kadang-kadang tidak kelihatan seperti membawa kebaikan secara langsung pada diri, namun itu yang lebih saya suka. Kerana, itulah kegembiraan saya.

Sebagai anak pertama dari 8 adik beradik, saya telah terbiasa untuk menyenangkan yang lain dan mengetepikan diri. Namun, ada juga masa2 "yang lain" itu perlu disusahkan. Sengaja menyusahkan mereka, selalunya baik. Baik untuk saya semestinya, haha, dan baik juga untuk mereka.

Hm, saya masih mencari diri saya yang dahulu. Saya mencari semangat saya yang dulu. Yang dah lama saya tinggalkan, dan rasanya ia telah hilang..

Teori sumpah-sumpah tu mungkin ada kebenarannya. Mungkin ia boleh diaplikasi dengan pengembalian saya ke "envir
onment" asal, saya akan kembali seperti dulu2 dan memiliki kembali apa yang hilang..

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) Bahawa setiap kesukaran itu disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh2lah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja engkau memohon(apa yang engkau gemar dan ingini)

(al-Insyirah:5-8)

Nota: Maafkan saya, kerana tajuk tidak berkaitan dgn post, hehe. But, it is specifically refer to me(sumpah-sumpah)

Zuhur
25 february 2009
ikan-nemo.blogspot.com