Monday, April 6, 2009

panas

huih. Panas..memang panas.

Tengah geram dan sakit hati. Mana tak nya, silap orang lain, habis rumah saya di tenggelami air sebentar tadi. Kali ni yang paling teruk. Huh, sabo2.. tengah bersabar ni. Menurut reporters, (adik2 di rumah) yang sibuk je mengupdate info, ia adalah akibat daripada peng"alter"an tebing sungai untuk di buat jalan ke kawasan Aulong. Jadi, bila hujan lebat di Bukit larut..memang habes la.huh. tak sampai sejam satu rumah air tu masuk. Tak ajak masuk pun, dah sampai lutut dia penuh. Banyak benda tak sempat nak angkat. Aduh, harap buku2 aku sempat diselamatkan kat rumah tu.huhu

Kali ni semua turun padang. Amek kesempatan ESOK nak mengundi. Hahahaha. Nah, amek.. Banjir tu pun pandai nak datang time bila.

Bukit gantang merupakan tempat kelahiran saya dan tempat di mana saya bermastautin. Esok, merupakan hari penentuan, siapa yang akan terpilih untuk berbakti dalam menjadi WAKIL kepada rakyat2 di parlimen kawasan tempat tinggal saya. Baca baik-baik, WAKIL kepada rakyat, bukan wakil orang lain ke, diri sendiri ke..

Di sebabkan air yang tiba-tiba naik ni, semua jentera2 kempen pilihanraya pon datang..haha. Sila-sila.. selamat datang saya ucapkan. Tengok la kesusahan rakyat2 yang bakal anda wakili ini. Tapi jangan tengok saja, bebanan tanggungjawab akan anda pikul nanti tu amek skali, jangan dok letak tepi.

Dah lama janji-janji, sampai lani, tetap tinggal janji.. Takpa2, boleh sabaq lagi lani. Kita tunggu lagi janji kali ni, tengok macam mana. Sapa naik, kami tetap sokong, tapi, sila tunaikan janji-janji anda serta prihatinlah apa yang kami nak, prihatin dengan suara kami, apa yang kami perlu. Anda tidak tahu apa yang kami semua perlu 100%. So, berilah ruang supaya suara2 kami didengari.

Hai banjir.. Nak buat macam mana dah hang nak mai. Ini adalah ketentuan yang terbaik dari yang Maha Bijaksana. Ada la tu, hikmah di mana2..

Sapa yang mengundi, baik2 la esok..jangan gaduh2. Tak kemana pun. Alih2, orang lain yang dok syok tengok kita sesama kita asyik berbalah.

Moga segalanya lebih baik dari sebelumnya.

9.00pm
6 April 2009
ikan-nemo.blogspot.com

No comments: