Me, Myself and I. Ini ialah blog biasa, daripada insan yang biasa yang tidak mahu menjadi biasa-biasa. Saya hanyalah insan biasa dari sekolah harian biasa, dengan persekitaran yang "biasa" lalu meneruskan pengajian seperti orang biasa tetapi sentiasa mencari peluang untuk menjadi insan yang luar biasa.
Dari saya kecil hingga remaja, saya seorang yang sangat pasif, tidak mempunyai ramai kawan, tak ramai kenalan, pendiam dan hanya akan bercakap dengan orang yang rapat sahaja. Saya tidak suka ke sekolah. Sekolah adalah tempat yang menakutkan, membosankan. Saya rasakan cikgu semuanya garang-garang. Selalunya, kalau terlampau takut saya tidak tahu apa2 pun yang saya belajar waktu itu dan hanya memikirkan nak cepat habis dan seterusnya balik rumah. Walaupun begitu, tak berani pulak nak ponteng sekolah, sebab takde alasan nak bagitau abah. Lagipun, nanti akan banyak kerja sekolah yang tertunggak dan akan dimarahi cikgu pulak. Saya paling takut kena marah kerana selalunya ia akan memalukan diri dan meninggalkan luka yang dalam buat diri ini.
Kenangan sekolah selalunya tidak suka untuk saya ingati dan jika diberi peluang kedua untuk saya kembali lalu mengubah jalan ceritanya, tidak mahu lagi saya tempuhi. Saya tidak mahu mengulanginya kerana ia kelam dan suram serta bimbang saya tidak menjadi seperti diri saya hari ini.
Tapi hari ini, tidaklah terlalu indah sehinggakan saya mahu ia kekal selama-lamanya. Kekal indah itu, adalah syurga selayaknya, kerana realiti hidup dunia yang hanya "indah sementara". Syukur padaMu ya Allah, atas kurniaanMu.. Biar apapun, segalanya telah ditetapkan sebagai yang terbaik buat diriku. Pengajaran, sebagai anugerah pelajaran. Tekanan dan kesempitan sebagai "latihan" kehidupan.
Ampunilah diriku yang sentiasa lalai ini ya Allah
3.08am
11 ogos 2008
ikan-nemo.blogspot.com
1 comment:
ops...
maaf sebab mungkin menimbulkan kekeliruan...
pertama... minta apa yang dihajat dikabulkan.. itu sahaja.. apa jua hajat yang kita ada.. asalkan ia hajat yang baik..
kedua...
ia adalah pesanan sahaja.. bukan untuk nemo sahaja.. tapi untuk semua...
sebab apa yang saya perhatikan, terlalu ramai yang suka forwardkan email yang belum pasti kesahihannya terutamanya yang melibatkan soal akidah, atau menyentuh peribadi sesiapa...
contohnya, apabila kita memperoleh email dari sesiapa, pastikan kesahihannya dahulu sebelum forwardkan. Bimbang akan timbul unsur fitnah dan ilmu yang salah disebar-sebarkan tanpa usul periksa...
maaf kalau membuatkan nemo salah faham.
wallahua'lam
Post a Comment