Wednesday, August 6, 2008

Adakah anda benar2 sudah 'turun padang'?

Idea yang baik dan menarik!

Itu komen saya, setelah membaca cadangan tersebut. Tahniah kepada kepada yang mengutarakan idea.

"tabung seringgit mahasiswa untuk rakyat" dicadangkan oleh seorang blogger aktivis mahasiswa ini patut dilihat salah satu cara untuk mahasiswa "turun padang" dalam menyumbang.

Mahasisiwa, tugasnya bukan hanya untuk dirinya semata2. jika ia fikir begitu, maka ia hidup dalam sia2, asyik dan tenggelam dalam dunianya. Rugilah kerana tidak menyumbang kerana ia adalah sebahagian dari hidup.

Tolonglah kepada yang memerlukan. Orang yang susah tidak senang untuk meminta. Kadang-kadang mereka perlu dicari. Itulah pentingnya mahasiswa untuk dekat dengan masyarakat. Bantuan yang tidak sia-sia ini secara langsung akan memberikan "kredit" kepada "mahasiswa" itu sendiri.

Ingin saya kongsikan satu cerita dimana satu keluarga yang kesesakan sumber kewangan. Tak cukup untuk membeli keperluan asas harian, iaitulah diantaranya barang makanan untuk hari-hari yang seterusnya dalam beberapa minggu pada bulan tersebut. Dicari dan diminta sesiapa yang yang terdekat untuk sedikit bantuan pinjaman kewangan pada waktu itu. Tanya kepada jiran tetangga kerana mereka adalah lebih dekat dan rapat untu membantu, namun masing-masing juga mempunyai masalah yang sama. Tanya kepada sanak saudara, juga hampa.

Kemudian, datang salah seorang dari anaknya memberi cadangan supaya memohon bantuan kewangan dari pusat zakat (kalau tak silap)dari sebuah kawasan di negeri tersebut. Ayahnya menolak.Namun tiada sebab yang jelas diberikan. Anaknya yang memahami perasaan"malu" ayahnya untuk meminta itu memujuk lagi supaya pergi juga untuk memohon bantuan kewangan. "Cuba sahaja, kalau-kalau dapat sebab sekarang ni memang dah tersesak sangat, kita dah tiada sumber lain". Bila dah tiada pilihan ayahnya akur sahaja kepada cadangan itu.

Esoknya, mereka pergi ketempat tersebut untuk memohon bantuan. Pada masa yang sama ada seorang lelaki bersama anaknya datang ke tempat yang sama. Lagaknya macam orang senang, juga memohon bantuan, untuk anaknya yang akan memasuki IPTA.

keluarga yang terdesak ini menunggu giliran untuk ke kaunter. setelah tiba dikaunter dan selesai mengisi borang, pegawai yang bertugas tersebut pun berkata, "kami akan datang rumah encik, kalau pegawai kami lalu di kawasan tu"

lebih kurang begitulah bunyinya, yang membawa maksud mereka hanya akan datang "jika dan hanya jika" pegawainya lalu dikawasan tersebut. Bila pegawai tu nak lalu? Allah sahaja yang mengetahui..

statement yang pelik. Saya yang mendengar hanya menggelangkan kepala.

kisah ini berlaku pada tahun lepas, dan anda nak tahu bila pegawai itu datang ke rumah pemohon tersebut?? Hanya beberapa minggu yang lepas. Dekat setahun dah. saya mendapat info, pegawai yang datang tu pun bersikap nak tak nak je buat kerja. Siap perli-perli lagi. Aduh, ada jugak orang macamni. Tunggulah nanti soalan-soalan Allah tentang amanah dan tanggugjawab anda! Dimanakah silapnya?

Lalu saya berfikir, kalaulah saya ada duit..dan mula menanamkan cita-cita untuk menjadi orang kaya yang diharapkan dapat membantu bagi yang memerlukan. Realiti manusia, jika tidak tahu, mereka tidak faham. Orang yang senang tidak memahami orang yang susah. Semua orang akan mengatakan mereka tak cukup duit. Tak cukup duit nak beli kereta?tak cukup duit nak melancong? nak jalan2? tak cukup duit nak beli barang baru? itu "tak cukup" duit orang senang, kalau orang susah?? mereka bertarung untuk cari duit demi sesuap nasi.Fikirlah.

cadangan seperti ini sangat baik yang secara langsung dapat menyuntik rasa bertanggungjawab kepada "dunia kita" yang sebenar iaitu tidak hanya mencakupi "dunia mahasiswa" semata-mata yang selalunya tidak difahami oleh kebanyakkan mereka yang berada dunia diluar. Serta tidak mustahil dengan kepekaan front2 mahasiswa ini dapat mengusik hati2 mahasiwa yang selama ini bersikap "xpedulisme" untuk menyokong dan seterusnya menyertai mereka. Biarlah sedikit, tetapi "sedikit yang bermakna". jadilah bijak dengan melakukan kerja yang tak berat tapi membawa 1000 manfaat.
Ayuh!

ikan-nemo.blogspot.com

No comments: