Dah lama rasanya tak meng'update' blog ni. Tapi selalu jugak datang untuk menjenguk. Sihat ke tak blog ni. Tuannya agak kurang sihat 'mental' kebelakangan ni. Agak sibuk dengan tugasan seharian yang tidak pernah selesai. Habis satu, datang yang lain, habis satu datang yang lain, dan begitulah seterusnya.
Otak "jam teruk" semalam, lalu memaksa saya meluahkan segalanya kepada ibu yang tercinta, meluahkan segala-gala yang tersimpan.
Ibu saya bukanlah seorang pakar, yang hebat menganalisa pesakit minda, malah bukan juga Professor yang hebat merungkai masalah jiwa, mahupun seorang doktor. Tapi ubatnya cukup berkesan buat saya. Hanya sepatah dua kata, ia sudah cukup memberi seribu makna yang merungkai kekusutan jiwa.
Saya agak jarang meluahkan masalah untuk dikongsi, lebih suka memendam dalam diri. Oleh kerana itu juga pernah saya terfikir untuk menjadikan blog sebagai diari harian, tapi itu idea gila rasanya. Habisla kalau orang tahu siapa aku sebenarnya.
Minggu ni, antara minggu yang paling tension.
"Setiap masalah, pasti akan berlalu.." pesan mak.
Moga Allah memudah segalanya.. Saya juga doakan kepada sesiapa yang sedang tension sekarang :)
Terima kasih atas komen sahabat-sahabat mengenai artikel saya sebelum ini (Obama muslim?) Akan ada sambungan ceritanya nanti inshaAllah. Saya sangat menghargai sebarang komen, pandangan atau cadangan yang dilontarkan. Terima kasih banyak-banyak.
16 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment