Monday, September 10, 2012

Doa pagiku.

Isnin yang damai. Aku amat suka pada kata-kata ini..

--------


Di pagi yang damai ini, engkau yang merindukan kehidupan yang damai dan sejahtera, katakanlah ini sebagai kalimatmu sendiri …

Tuhanku Yang Maha Melapangkan,

Hari ini aku ingin menyederhanakan sikapku terhadap kehidupan, sehingga ringan hatiku dan lapang nafasku.

Hari ini aku akan menyikapi orang yang buruk hati dan keji mulutnya, sebagai tanda bahwa aku lebih mulia daripada mereka.

Hari ini aku akan menyikapi kesulitan sebagai perintah untuk meneguhkan mentalku dan meningkatkan kemampuanku.

Hari ini aku akan menyikapi kekecewaan sebagai tanda bahwa standarku tinggi dan aku hanya tinggal meningkatkan kesungguhanku untuk memulai lagi.

Hari ini aku akan meluaskan pintu maaf di hatiku, untuk menerima kesalahan orang lain sebagaimana aku ingin dimengerti saat aku salah.

Tuhanku Yang Maha Penyayang,

Mudahkanlah pekerjaanku, lancarkanlah rezekiku, indahkanlah cintaku, bahagiakanlah keluargaku, dan besarkanlah peranku bagi kebahagiaan sesama.

Aamiin


Mario Teguh.


------
Awan pagi yang mendung seperti memahami kesedihan hatiku..


nEmo
9.26am, 10 September 2012

Friday, September 7, 2012

Berkhalwat.

Hm.

Sudah lama saya tidak begitu aktif dengan facebook. Saya mulai rasa bosan dengannya.

Kemudian aktif bersama twitter dan sekarang sudah mulai hambar..

Saya tidak pasti mengapa. 

Saya mungkin akan terus mendiamkan diri dari twitter yang pada mulanya saya rasa begitu menarik. 

Mungkin puncanya sudah ramai orang yang saya kenali  mengikuti saya (follow) di twitter. Sudah tiada lagi privasi yang saya mahukan. Ianya sudah tidak seperti dahulu.

Saya tidak boleh menjadi diri saya. Saya cenderung menjadi orang lain. Ia adalah tidak menyeronokkan.

Dunia facebook dan twitter pelik bagi saya. Saya semakin tidak selesa dengannya. Penuh dengan perkara rumit yang tidak penting bagi saya sama sekali. Malah stres saya banyak dipengaruhi oleh laman ini. Serius. 

Ada orang mungkin mengatakan, ia adalah isu bagaimana kita sendiri yang mengawal diri.

Ya, benar.

Saya belum pandai mengawal diri. 

Jadi saya perlu melakukan sesuatu berkenaan dengannya.

Mungkin saya perlu berkhalwat beberapa ketika?

Selamat tinggal buat sementara...


nEmo
4.35pm, 7 Sept 2012

Monday, September 3, 2012

Permainan Yang Mustahil.


Hari ini terjumpa satu video yang super osem. Ya, insan ini hebat. Nasihatnya juga hebat. 

Ingin sekali mengulas berkenaan dengan video ini. Namun masa amat-amat membatasi. Pesanan beliau di dalam video ini sangat mirip dengan apa yang mentor saya selalu maklumkan. Wow. Resepi kejayaan orang yang luarbiasa sememangnya hampir sama!




Pesanan terakhir beliau buat membuat saya terkedu, yang amat.


"Pursue the game of the impossible.."


Saya bakal menjadi insan luarbiasa. Saya yakin. Saya pasti! InsyaAllah.

Cabaran?

Teringat kata-kata seorang teman, "Ala..naik basikal pun mencabar juga".. Hahaha. Ada benarnya.

Siapa mahu bersama saya? :) Saya doakan kalian lebih berjaya!


nEmo
12.24pm, 3 September 2012
Ini adalah di antara hari luarbiasa dalam hidupku.

Thursday, August 30, 2012

Kegilaan

Hari ini aku mencari satu kegilaan. 

Kegilaan? Ya. Gila. 

Gila itu bermaksud perkara yang luar dari normal (ini definisi aku sahaja)

Sebab?

Sebabnya aku mahu mengembalikan passion yang kian luntur dan hilang. 

Mesti rasa pelik sebab apa dengan mencari kegilaan kemudian dapat mengembalikan passion kan? Aku rasa aku sorang sahaja yang faham rasanya. Hahaha.

Ok, ok. Kalau nak faham, mohon maaf banyak-banyak sebab tidak berkesempatan nak explain di sini. Boleh rujuk Paper The Star di ruangan Starclassifieds bertarikh 28 Ogos. 

Sekarang aku memerlukan passion yang begitu jitu dan luarbiasa. Ini kerana aku sedang dalam mood menyiapkan satu proposal baru yang sangat penting. Neuron perlu disambung dengan banyaknya (eh betul ke fakta ni. Hentam saja)

Hari keserabutan yang mengembangkan minda. Pasti. 

Ada satu perkara yang dipesan mentorku. (ayatnya tidak tepat, cuma maksud sama)

"Yang paling penting bukan duit. Tapi skil. Bila kita ada semua skil yang penting, kita boleh melakukan apa sahaja. Malah, kita boleh mengajar orang yang lebih pandai dari kita. Jangan kejar duit, duit akan datang."


Hmm.. ayat tersebut boleh memberi gambaran bahawa duit sangat penting. Dan kita memerlukan duit dan walau bagaimanapun kita mesti mendapatkan duit. Cuma, ianya jangan dikejar.

Namun, duit itu bukan kepuasan hidup yang sebenar.

Jadi apa?

..


Mentor ku berpesan agar jadi jutawan yang dermawan. Agar dunia melihat muslim itu hebat, muslim itu mengubah dunia dan manusia sebenarnya hidup selama-lamanya walaupun mereka akan mati.

nEmo
9.16am
30 Ogos 2012 (3rd day Brunei)


Tuesday, August 28, 2012

Fokus.

Ramadhan sudah pergi. Aku masih rindu dan terus rindu.

Kini Syawal kembali.

Aku kembali ke Kota Batu setelah 2 minggu bercuti. Bercuti, rutin harianku berubah sama sekali. 

Daripada hari-hari di dalam pejabat berhawa dingin, jari hanya menyentuh keyboard menaip, bersama kertas-kertas, telefon dan mesin faks serta memenuhi mesyuarat dengan CEO / staf lalu kemudiaannya kepada rutin memotong bawang, masak memasak, sembang-sembang ringan dengan adik-adik dan segalanya bagi persiapan hari raya.

Setelah 2 minggu, aku kembali kepada kehidupan 'rutin' kerja. Serius. Aku menerima kejutan dan sekarang sedang mengalami masalah untuk mengembalikan fokus.

Fokus amat penting bagi memastikan kerja yang dilakukan diselesaikan dengan keadaan yang luarbiasa. Luarbiasa baik, luarbiasa cepat!

Sekarang ialah waktu pejabat dan adalah sangat osem aku menaip di blog ini (Special kes, ada kebenaran bos :p ) Oh biasa, aku akan merepek sekejap di sini untuk melepas cengkaman di minda.

Pulang ke KL, berkesempatan menemui teman baru. Banyak input berguna yang aku sempat cernakan dari diskusi itu (mungkin nanti akan dikongsikan disini memandangkan blog ini lama tidak di isi).

Sedang berusaha kuat untuk kembali fokus kepada kerja-ya. Ia merupakan perjuangan dalam senyap yang memerlukan kekuatan dan ketelitian.

All the best to me.

"No mountain was climbed without love for its summit."

nEmo
9.48am, 28 Ogos 2012 (1st day Brunei)

Friday, August 3, 2012

Mengumpul Doa Ramadhan

Malam ini sudah 15 Ramadhan.

Dan Tuhanku yang Maha Penyayang masih memberikan diri ku peluang untuk hidup, terus menerus mendapat oksigen percuma. Wahai Maha Pengasih, tiada nilai sayangMu..

Kira-kira lagi 40 minit azan manghrib akan berkumandang. Aku masih di pejabat, mengambil masa mengisi blog ini. Ya, blog ini adalah tempat mengisi rasa. Tapi, walau terlalu banyak cerita tentang dunia yang aku lalui, namun aku tidak punya kesempatan untuk mencatat semuanya.

Hari ini sedikit sedih. Perasaan berbaur. Hati terasa sunyi.

Ya, kegembiraan dan kesedihan merupakan pilihan. Namun, kadang-kadang aku jadi keliru pada ketika mana aku memilih kesedihan dan bilakah saatnya aku mencari kedamaian.

--------

Hari ini, aku mula mencatat doa kepada semua yang pernah aku kenali walaupun mereka pernah menyakiti.. Akan ku bacakan dengan penuh kasih serta mengharapkan keampunan dariNya, dan didoakan Allah memberikan yang paling baik dari kurniaNya kepada mereka semua.

Doa ini akan ku bacakan pada setiap malam dengan izin Allah bermula hari ini. Amin.

Ya Tuhan.. Hati ini sedang mendung kembali. Hadirkanlah diriku angin yang memikul jauh awan gemawan ini, sebelum gerimis mula merintih.

Wahai angin..sudilah bertandang menyapa diri, agar berlalu badai menanti.

Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.. Berikanlah kesempatan dan kemudahan yang luarbiasa kepada kami dalam meningkatkan ibadah kepadaMu..

Amin..amin..Amin.. Ya Rabb.

nEmo

Thursday, August 2, 2012

Y U NO

Y U No TERbangun sahur?

Mimpi yang kejutkan. Makan tak sempat, apatah lagi nak qiam.

2 minit kemudian mak call tanya dah bangun ke. Cakap dah bangun tapi tak sempat nak sahur sebab KL sudah subuh. Semalam adalah super extreme letih.

6.45 pagi bos sudah call tanya beberapa dokumen sebab beliau singgah ke pejabat untuk mengambilnya. Dia keluar rumah ke tempat program jam 6 pagi lagi. Aku mandi pun belum. 

Itula salah satu sebab aku belum boleh berjaya, jauh berbanding beliau.

-------

Bermula hari gila, Khamis 2 Ogos 2012.

Ini dinamakan stres yang postitif. Allah menyediakan peluang mendapat pahala melakukan perkara wajib sampai melelapkan mata.

Terpaksa mengarut di sini sekejap, supaya kepala rasa sedikit ringan.

Proposal yang banyak untuk di siapkan (konon banyak sangat..) dan perlu supervise staf mengenai kerja mereka. 

A big headache for me.

All the best to myself.

.............All you need is to be focus. AND focus. Super focus.


Saturday, July 14, 2012

Positif walau apa pun yang berlaku.

Hari ini hari sabtu. Sabtu minggu depan sudah 1 Ramadhan :)

Sekarang sedang tunggu Tuan Yusry menefon sama ada masih lagi terdapat kekosongan untuk saya menyertai kursus kendalian Chairman PTS Publication yang juga penerusi Tim Psikologi Kajian Hadis.

Lagi 10 minit. Minta-minta laa ada lagi kekosongan. Kursus ini nanti akan membincang teknik komunikasi persuasif Rasulullah saw yang begitu luarbiasa.

Ini ialah sebagai persediaan saya menjadi seorang Dato'. (Tak percaya? Hahahaha. Percayalah :P ) Ya, memang. Ramai yang terkejut apabila saya sebut cita-cita saya untuk mendapatkan title Dato' / Datuk pada pangkal nama hadapan saya. 

Dan saya yakin dengan izin Allah, saya akan mencapainya.

Terlalu banyak yang saya ingin lakukan bagi mengubah manusia menjadi manusia. Itu adalah di antara impian bagi merealisasikan cita-cita saya.

Positif! Ya, positif! ^^

Pesan mentor saya, "Doa itu dapat mengawal apa yang kita tidak boleh kawal"

Saya yakin, Allah akan memberikan yang terbaik dari yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Pesan mentor saya juga, apabila kita meletakkan keyakinan yang jitu untuk melakukan sesuatu / mahukan sesuatu, keseluruhan tindakan kita akan bergerak ke arah untuk merealisasikan apa yang kita hajati. Itulah yang dinamakan usaha.

Pesanan buat teman-teman yang ingin menjadi luarbiasa : Carilah mentor-mentor yang hebat, yangboleh membimbing kita menjadi hebat! Dan antara mentor yang paling utama untuk di cari ialah yang hatinya sentiasa menyintai akhirat.

Saya mendoakan kejayaan yang luarbiasa untuk semua! :)

nEmo