Alhamdulillah!
Hanya itu yang mampu diungkapkan.
"Allahuakbar. Memang Allah nak tolong kita.." mesej pagi semalam yang saya terima dari senior yang rapat dengan saya. Dia yang membantu kami pada malam deepavali haritu.
..............................................................
Dalam pukul 6.00pm saya dan seorang sahabat memulakan perjalanan ke KUIS untuk melawat adik saya disana. Kami hanya berdua, menaiki kereta. Perjalanan dimulakan agak lambat disebabkan sahabat saya baru pulang dari labnya. huhu. Hari ahad pun pegi lab.
"Saya rasa tak sedap hati la.." saya meluahkan kegusaran.
"kenapa..?"
"Entahla..."
kami singgah di pasaraya UO, yang berdekatan dengan Pantai Hillpark untuk membeli sesuatu buat adik di KUIS. Setelah selesai membeli, kami pun ingin menyambung perjalanan.
" Akak nak pegi mana?" tiba-tiba ada orang menyapa dari belakang.
"Boleh tak kalau saya nak tumpang.."
"Er.. Adik ni nak ke mana?" kami bertanya.
"Nak ke rumah pakcik di Wangsa Maju"
"Tadi tunggu kawan tapi dia ada masalah, tak jadi ambil saya"
"boleh tak tumpangkan saya?" Mukanya kelihatan cemas.
"Adik dah bagi tau mak ayah ke ni?"
"Bukan ape kami selalu kena tipu, tengok2 tolong orang lari dari rumah" huhu. saya cuba trik dia.
" Saya kena halau dari rumah.."
" Ayah saya halau saya. Dia tak mengaku saya ni anak dia"
"Semuanya pasal kes malam semalam"
"Oh? malam semalam kenapa?" kami bertanya.
"Em, boleh tak saya tumpang?"
"Saya takut ayah saya nampak saya kat sini.. nanti dalam kereta saya cerita, boleh tak?"
"Akak nak kemana?"
" Kami nak ke bangsar dulu, isi minyak, lepas tu nak ke Bangi, ada hal sikit.."
"Tak pela, nanti turunkan saya di Bangsar je.."
Kami memang curiga betul dengan budak ni. Betul ke apa yang dia bagitau ni. Ntah dia tipu aku ke. Ish..
"Saya sebenarnya kena cabul malam semalam.." Dia memulakan cerita, apabila kami bertanya kembali semasa di dalam kereta.
"Mak ayah saya dah tahu. Diorang halau saya dari rumah.."
"Sebelum ni pun memang saya ada buat kes, saya balik rumah lambat.."
"Mak ayah saya marah.."
"Macam mana boleh kena?"
"Saya keluar dengan kawan..Dia ajak jalan-jalan.."
"Pastu diorang buat perkara yang tak elok kat saya"
"Dah lama ke kenal kawan tu?" sahabat saya bertanya
"Baru seminggu.."
"Em, saya nak tanya rogol tu macam mana?"
aik, tetiba terasa pelik dengan soalan budak ni.
"Dia buat apa kat adik?" saya cuba bertanya.
"Seganla nak cerita.."
"Tak apa..cerita la, jangan malu.." saya berkata.
Selepas dia bercerita, saya berkata,
"Adik, ini bukan kes cabul, ini kes rogol.."
"Kena buat report ni"
"So, macam mana?" saya berbincang dengan sahabat saya
"Em, kita bawak dia terus ke KUIS dulu la, macam mana? sahabat saya memberi cadangan.
"Ok" saya bersetuju, memandangkan hari sudah lewat petang. Budak itu juga menyatakan persetujuannya untuk ikut bersama. Kami berbincang untuk menyelesaikan masalah ini. Kemudian, membuat keputusan untuk menghubungi seorang senior untuk memohon bantuan.
Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu, kami bersembang2 dengan adik tersebut tentang jalan cerita mengenai apa yang berlaku dengan lebih lanjut. Saya juga sempat menyoal tentang latar belakangnya sedikit sebanyak.
"Ayah solat tak" saya bertanya
"Tak pernah pun, mak ade la kadang2.."
"Awak solat tak? tahu tak macam mana nak solat?" saya bertanya lagi
"Tahu.. kadang2 je saya solat..tengokla, tak tentu"
" Mak pakai tudung tak?"
"Tak.."
hmm. No wander, saya dah agak. Ia perkara biasa sekarang..
Kami maghrib di KUIS, berjumpa adik saya dan mendengar ceritanya sepanjang minggu pertama dia berada disana. Alhamdullah, dia dah mula boleh beradaptasi dengan dunia barunya disini. Saya sangat gembira.
Setelah selesai Isyak dan kemudian makan, kami bertolak pulang ke KL.
"Tadi bincang macam mana?" saya bertanya kepada sahabat saya setelah dia menelefon senior untuk mendapatkan bantuan.
"Diorang akan tetapkan tempat nanti kat mana kita nak jumpa untuk berbincang" sahabat saya menjawab.
"Kita jumpa di AMJAL" mesej dari senior saya.
Kami tiba di kedai makan AMJAL kira2 jam 11.40 malam. Senior saya telah sampai dahulu bersama seorang sahabatnya, kak umi. Kak umi orang yang berpengalaman handle kes2 macam ni. Pertama kali kami berjumpa dengannya.
"Nak minum apa?" kak Umi bertanya
"Oh, tak pe kak kami dah minum dan makan kat KUIS tadi" saya menjawab
Mereka berdua mengenalkan diri kepada adik tersebut.
"Ok, mulakan cerita adik, apa yang berlaku malam itu.." kak Umi
Budak itu bercerita buat kali yang kedua. Kami hanya mendengar kronologi ceritanya kembali.
kali ini lebih detail.
"Ok, kita kena buat report malam ni jugak ya dik."
" kemudian ke hospital untuk medical checkup" kak umi memberikan cadangan.
"Sebelum tu, kita kena jumpa dengan famili dulu untuk berbincang.."
"Ni, mak ayah adik tahu tak?"
"Saya takut nak balik la kak.." cepat dia menjawab
"Takut ayah saya pukul"
"Xpe, kami ada, kita kena berbincang dulu dengan mak ayah adik, macam mana.."
"Akak tak kenal ayah saya macam mana.. Saya takut la kak"
"Esok boleh tak?" Dia menambah.
"Tak boleh. Adik kena malam semalam kan? Dah terlalu lambat ni. Takut bukti hilang"
"Tak pe jangan bimbang, kami ada.."
"Nanti bawak sekali pakaian yang adik pakai masa kejadian malam tu"
Rumahnya tidak jauh, tak sampai 10min perjalanan. Kami memberi salam dan kemudian kelihatan seorang wanita membuka pintu.
"Assalamualaikum kak.."
"Maaf, menganggu malam2 ni.."
"Em, kami datang nak berbincang sedikit mengenai anak akak..boleh tak kita berbincang sekejap? Kak umi memulakan bicara.
"Kenapa dengan dia?" wanita itu membalas.
"Kalau boleh izinkan kami masuk, kita bincang di dalam, boleh tak kak? kurang sesuai rasanya kita berbincang di luar ni..." Kak Umi cuba memaniskan kata.
Namun hampa, kami hanya bercakap di luar dalam keadaan gelap gelita. Hanya ada lampu dari pintu rumah. Kedengaran dentam demtum bunyi mercun sempena 'meraikan' malam sambutan deepavali. Ibunya hanya mendengar, kurang merespon. Tiada senyuman yang di hadiahkan kepada kami yang berniat membantu anaknya itu.. Kami menceritakan apa yang akan kami lakukan untuk membantu anaknya pada malam itu.. Puas memujuk, akhirnya ibunya itu memberi persetujuan. Kami memahami perasaanya wanita tersebut, yang mungkin terlalu marah akan anaknya itu. Tetapi, mak mana yang tak sayang anak, akhirnya dia akur dengan perancangan kami. Perbincangan kira2 40 minit itu berjalan lancar.
"Nak ikut ke?"kak umi bertanya.
"kami dah biasa, tak apa.."
"4, 5 jam lagi ni pun tak tentu setel ni.." dia menyambung.
"Tak apa kak, kami nak ikut, hehe" kami berdua menambah
kami bergerak terus menuju ke Balai Polis Pantai untuk membuat laporan.
Lama juga kami di sana, kira-kira dalam 1 jam lebih untuk membuat laporan. Ketika itu, balai lengang. Hanya ada seorang pegawai wanita dan 2 orang pegawai lelaki. Kelihatan juga banduan sedang tidur di atas simen di dalam lokap tidak berbaju. Dah lama benar saya tidak ke Balai rasanya, ada beberapa kali, tapi dah lama. Ketika itu saya masih di bangku sekolah rendah lagi, tak pasti sebab apa. Tetapi, inilah pertama kali datang untuk membuat laporan. Saya hanya memerhati prosedurnya satu per satu.
Kemudian pegawai polis wanita tersebut menelefon seseorang lalu mengarahkan kami kemudiannya ke IPK Kuala Lumpur (Ibu Pejabat Kontijen) untuk berjumpa dengan seseorang yang berpangkat ASP untuk di soal siasat lebih lanjut.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Saya dah mula rasa mengantuk. Kami bergerak ke IPK KL, dan sampai kira-kira 40 minit kemudiannya, kerana sesat mencari jalan. Biasala, jalan di KL memang berbelit2, kalau tahu senang, kalau tak tahu, memang pening. Saya dan kawan saya selalu je sesat, dan cari jalan ikut signboard semata2. Alhamdulillah, stakat ni berjaya mencari jalan pulang :)
Apabila sampai, kami terus ke kaunter untuk mengambil pas pelawat dan terus ke bilik ASP berkenaan. Pengalaman, pertama kali saya masuk ke tempat begini. Macamni rupanya, saya bermonolog sendirian. Sampai di bilik, ASP tersebut telah sedia.
"Kamu sorang je, yang lain tunggu di sini" tegas kata2nya.
Kami terus duduk di sofa, dengan telinga masing-masing terpasang mendengar soal siasat yang dijalankan. Ya Allah, garangnya ASP tu. Kalau saya dah siap menangis kat situ. Huhu, tu baru kat dunia. Dalam kubur nanti bagaimana??
Memang menakutkan. Suaranya keras, dari mula tadi pun saya tak perasan dia senyum. Sesuai mungkin dengan bidang kerjanya. Ini yang paling lama. Adik tersebut disoal siasat kira-kira dari pukul 3 pagi sehingga pukul 5 lebih. 2 jam lebih dia di soal, non-stop. Terlalu mengantuk menyebabkan saya kemudiannya tertidur sebentar di situ, cuma kadang2 tersedar terdengar suara ASP tersebut.
Kak umi beredar dahulu meninggalkan kami, kerana dia terpaksa ke tempat kerjanya di PPUM seawal jam 7 pagi. Kami terus menunggu sehingga selesai.
"Kerja mereka ni dah selesai. Mereka menemankan dan membantu kamu dari malam tadi hingga sekarang. Sekarang kamu pula kena tolong diri kamu"
"Nasib baik kamu jumpa orang yang betul, kalau tak bagaimana?? Kata ASP tersebut kepada adik itu.
"Pegawai kami dah di arahkan tunggu di HKL, nanti jumpa dia di sana. Dia akan menemankan adik sepanjang pemeriksaan di hospital"
kami bersalaman dan memohon izin pulang. ASP berkenaan mengucapkan terima kasih kepada kami di atas bantuan yang dihulurkan. Saat itu, akhirnya baru kami melihat dia tersenyum.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Allah memudahkan kerja kami sepanjang malam itu. Perjalanan diteruskan, kami terus menuju ke HKL untuk menghantar adik tersebut menjalani pemeriksaan. Sampai di sana, kami menunggu sebentar sehingga Lans Kopral berkenaan sampai. Apabila sampai, dia kemudiannya terus melihat surat laporan yang di bawa dan terus membacanya. Mukanya serius sekali. Kami hanya mendiamkan diri, menunggu.
"Siapa ***?" Dia memanggil nama adik itu.
"Saya" adik itu menjawab.
"Yang lain2 ni siapa?" dia bertanya
"Ini kawan saya"
"Mak ayah kamu tak datang?"
"Tak.."
"Semua UM ke"? Dia melihat kepada kami bertiga yang semuanya memakai jaket dan sweater berlambang UM
"A'ah" serentak menjawab
"kamu ****?" Tanya dia kepada saya sambil melihat jaket yang tertulis nama sebenar saya.
"Saya macam pernah nampak kamu la.."
Tapi tak pasti di mana.." Dia menambah.
Saya mengangguk dan hanya tersenyum. Pelanduk 2 serupa agaknya. huhu, saya belum pernah buat apa2 kes lagi ya! Jaket PMI yang saya pakai ni, memang selalu jadi "kontroversi". Hehe. kami bersalaman dan memohon izin pulang, dan meninggalkan adik tersebut bersama lans kopral itu di hospital. Selesai subuh di HKL, kami mencari gerai untuk breakfast, dan pulang kerumah.
Kelmarin 2 orang lelaki yang terlibat telah pun berjaya ditahan polis di rumah masing-masing di sekitar KL. Yang mengejutkan saya, mereka juga memang telah lama di buru kerana terlibat dengan banyak kes jenayah seksual. Adik berkenaan pula, inshaAllah akan ke Baitul Ehsan untuk pemulihan dirinya.
Syukur, Alhamdulillah.
Allah pasti bantu jika kita ikhlas di jalanNya.
6.57am
31 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com
4 comments:
salam `alek....adik tu kene follow up sbb environment agk susah utk memulihkanny...skdr pdpt atas pglmn...:-)
saya tak tahu nak ckp apa...sedih sangat.
Ummi tuh, ummi rose yang jaga rumah perlindungan tuh ker?
akak tu, bukan umi rose.huhu
Post a Comment