Baru-baru ini, saya menguruskan sebuah jemputan dari persatuan mahasiswa universiti tempatan.
Mereka menjemput salah seorang tim saya untuk menjadi panel untuk sebuah forum.
Setelah tarikh dipersetujui, saya memohon untuk wakil mereka menghantar surat. Sebelum itu, saya sudah mengagak mereka (pelajar yang terlibat) tidak mengetahui prosedur bagaimana menjemput penceramah, ataupun tetamu bagi sesebuah program.
Aduh. Ia adalah perkara asas. Tambahan pula mereka di dalam unit perhubungan awam. Oh, ia agak mengejutkan.
Di dalam telefon, saya berkata, "Cikpuan boleh menghantarnya kepada kami melalui faks, emel atau pun pos. Yang mana mudah bagi cikpuan."
"Oh, emel boleh ya?"
"Ya, boleh." Sambil saya berfikir, saya mahu lihat bagaimana rupanya surat apabila dihantar nanti. -.-"
Beberapa hari kemudiannya, saya menerima emel yang bertajuk "Surat Jemputan".
Saya terus membukanya.
Wah! Seperti yang dijangkan, mereka menghantarnya di dalam salinan microsoft words .
Dan alangkah terkejutnya apabila saya menerima draf surat!
Ya draf.
Surat tersebut, tanpa penandatangan dan tiada kepala surat (letterhead).
Saya terus sahaja call pelajar tersebut.
"Cikpuan, terima kasih banyak-banyak, kami sudah menerima surat jemputan. Akan tetapi, mohon maaf kerana surat tersebut tidak lengkap."
Dia menjawab, "Oh.."
"Surat jemputan ini tidak valid oleh kerana ianya tiada letterhead dan tiada penandatangan."
"Cikpuan perlu melengkapkan kembali dan menghantarnya kepada kami."
............
Pening saya. Huhuhuhu.
No comments:
Post a Comment