Pesan mentor saya.
"If you want to fly, don't hang around with chicken, because chicken can't fly."
Ia sentiasa terngiang-ngiang di kepala saya sejak akhir-akhir ini.
Ya, saya mahu terbang tinggi, tinggi.. bersama helang dan awan.
Saya tidak boleh bersama-sama ayam oleh kerana mereka tidak dapat terbang tinggi, adapun hanyalah ke dahan-dahan pokok ketika mahu tidur.
Pada ketika ini, saya hampir tidak percaya di mana saya berada kini. Jauh. Teramat jauh bezanya dengan diri saya yang dahulu. KepadaNya segala puji pujian. Alhamdulillah.
Saya sedang merancang sesuatu yang gila, yang akan mengubah lanskap Malaysia. Itu janji saya. Dan saya akan memilih sesiapa yang layak dan mampu untuk berada di sekeliling saya untuk bergerak bersama.
Saya tidak berhenti memesan kepada diri.. Sabar. Gigih. Jangan berputus asa. Jangan jemu. Jangan kalah. Dan tiada kesilapan walaupun sedikit.
Ya Tuhanku. Janjiku padaMu adalah untuk menegakkan agama suci ini. Aku yang hina ini memohon jalan penerang dan jalan kemudahan yang luarbiasa yang tidak pernah terlintas di hatiku, yang tidak pernah terdetik di mindaku.
Aku sentiasa berdoa, berusaha dan menjadi 'gila' menanti saat yang amat luarbiasa itu.
Ya Tuhanku..Kurniakanlah kami dengan kefahaman para Nabi, Hafalan para rasul dan juga ilham para Malaikat yang hampir dengan Mu. Amin, amin Ya Rabb.
1 comment:
lovely post................
delinte
Post a Comment