Thursday, August 28, 2008

='( jangan berkecil hati

Adik saya mengatakan, saya ni terlalu sensitif. sikit-sikit pun terasa. sikit-sikit pun nak sedih..
~huhu.klau sedih orang tak perasan pun~

benarkah begitu?

Saya tidak meminta apa-apa balasan dan tidak meminta bagaimanakah sepatutnya saya dilayan.
biarlah. saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat setiap orang, namun maafkan saya,kerana saya hanya insan biasa.. saya berusaha untuk tidak sesekali mengutamakan diri sendiri dan sentiasa membantu serta menggembirakan orang lain.. tapi maafkanlah saya jika saya sering kali tidak mampu.. jika salah, tegurlah..dengan jalan yang baik, supaya dapat dibetulkan kesilapan ini.

maafkanlah saya, kerana saya hanya insan biasa..

ya Allah.. ampunilah diri yang sentiasa tidak lekang dari dosa ini

27 ogos 2008
3.06pm
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, August 25, 2008

apa itu MERDEKA?

Otak saya macam kurang berfungsi seminggu dua ni. Lebih selesa menjadi pemerhati kepada "kekeruhan semasa". Mencari sesuatu supaya dapat menilai segala yang ada dengan minda, jiwa dan diri yang MERDEKA.

Merdeka? oh, dah nak dekat rupanya. Hampir terlupa dek beriringan kedatangannya dengan bulan puasa. Mungkin ramai juga dari kita yang tidak ambil kisah tentangnya. Hmm, mungkin tidak penting bagi mereka. Ia hanyalah annual event. biasalah..tiap2 tahun mesti sambut punya

kenapa best bila merdeka?
haha..dapat cuti la!
ha! malam ambang merdeka ada konsert live! tak dapat pegi, kat TV pun ada!
dapat tengok pesta bunga api kat KLCC!
ada lagi, dapat join perarakkan. pagi tu, kat dataran merdeka pun ada event. Best jugak

Ok, jom tune 180 darjah pulak:
malam tu, kita boleh jalankan agenda da'wah. Ini salah satu peluang yang tidak boleh disia-siakan. Buat praktikal, bukan hanya teori yang dicanang2!

Teringat masa kecil, saya seronok betul bila dapat cuti. dapat join perarakkan.. tengok jugak konsert live kat TV tu dan saya memang exited dapat tengok bunga api!

itu dulu..

sekarang? membosankan...

Pesta "pembakaran duit" secara besar-basaran itu saya lihat tiada makna.. Apa kaitannya dengan MERDEKA??

Konsert itu, saya lihat khusus buat orang yang tidak merdeka jiwanya. Tidak berjaya menyuntik "semangat" MERDEKA buat lautan manusia yang menghadirinya..
Perarakan pula dilihat hanya untuk seronok-seronok

Malah, malam yang dilihat sebagai pesta da'wah besar-besaran tidak berkesan agendanya akibat perancangan yang kurang baik. Akhirnya saya hanya rasa bosan kerana tak banyak benda yang dapat dilakukan..


Entahlah.. Mungkin ramai antara kita yang melahirkan kegembiraan pada HARI ITU kerana ia ulang tahun HARI MERDEKA bukan kerana KITA MERDEKA..!

Apa yang penting? Penghayatan atau sekadar sambutan "ingatan"? hmm..mungkin benar jika ada yang mengatakan sambutan merdeka kini hanya pada kibaran bendera semata..

2.51pm
25 ogos 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, August 11, 2008

bersyukurlah

Me, Myself and I. Ini ialah blog biasa, daripada insan yang biasa yang tidak mahu menjadi biasa-biasa. Saya hanyalah insan biasa dari sekolah harian biasa, dengan persekitaran yang "biasa" lalu meneruskan pengajian seperti orang biasa tetapi sentiasa mencari peluang untuk menjadi insan yang luar biasa.

Dari saya kecil hingga remaja, saya seorang yang sangat pasif, tidak mempunyai ramai kawan, tak ramai kenalan, pendiam dan hanya akan bercakap dengan orang yang rapat sahaja. Saya tidak suka ke sekolah. Sekolah adalah tempat yang menakutkan, membosankan. Saya rasakan cikgu semuanya garang-garang. Selalunya, kalau terlampau takut saya tidak tahu apa2 pun yang saya belajar waktu itu dan hanya memikirkan nak cepat habis dan seterusnya balik rumah. Walaupun begitu, tak berani pulak nak ponteng sekolah, sebab takde alasan nak bagitau abah. Lagipun, nanti akan banyak kerja sekolah yang tertunggak dan akan dimarahi cikgu pulak. Saya paling takut kena marah kerana selalunya ia akan memalukan diri dan meninggalkan luka yang dalam buat diri ini.

Kenangan sekolah selalunya tidak suka untuk saya ingati dan jika diberi peluang kedua untuk saya kembali lalu mengubah jalan ceritanya, tidak mahu lagi saya tempuhi. Saya tidak mahu mengulanginya kerana ia kelam dan suram serta bimbang saya tidak menjadi seperti diri saya hari ini.

Tapi hari ini, tidaklah terlalu indah sehinggakan saya mahu ia kekal selama-lamanya. Kekal indah itu, adalah syurga selayaknya, kerana realiti hidup dunia yang hanya "indah sementara". Syukur padaMu ya Allah, atas kurniaanMu.. Biar apapun, segalanya telah ditetapkan sebagai yang terbaik buat diriku. Pengajaran, sebagai anugerah pelajaran. Tekanan dan kesempitan sebagai "latihan" kehidupan.

Ampunilah diriku yang sentiasa lalai ini ya Allah

3.08am
11 ogos 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Wednesday, August 6, 2008

Adakah anda benar2 sudah 'turun padang'?

Idea yang baik dan menarik!

Itu komen saya, setelah membaca cadangan tersebut. Tahniah kepada kepada yang mengutarakan idea.

"tabung seringgit mahasiswa untuk rakyat" dicadangkan oleh seorang blogger aktivis mahasiswa ini patut dilihat salah satu cara untuk mahasiswa "turun padang" dalam menyumbang.

Mahasisiwa, tugasnya bukan hanya untuk dirinya semata2. jika ia fikir begitu, maka ia hidup dalam sia2, asyik dan tenggelam dalam dunianya. Rugilah kerana tidak menyumbang kerana ia adalah sebahagian dari hidup.

Tolonglah kepada yang memerlukan. Orang yang susah tidak senang untuk meminta. Kadang-kadang mereka perlu dicari. Itulah pentingnya mahasiswa untuk dekat dengan masyarakat. Bantuan yang tidak sia-sia ini secara langsung akan memberikan "kredit" kepada "mahasiswa" itu sendiri.

Ingin saya kongsikan satu cerita dimana satu keluarga yang kesesakan sumber kewangan. Tak cukup untuk membeli keperluan asas harian, iaitulah diantaranya barang makanan untuk hari-hari yang seterusnya dalam beberapa minggu pada bulan tersebut. Dicari dan diminta sesiapa yang yang terdekat untuk sedikit bantuan pinjaman kewangan pada waktu itu. Tanya kepada jiran tetangga kerana mereka adalah lebih dekat dan rapat untu membantu, namun masing-masing juga mempunyai masalah yang sama. Tanya kepada sanak saudara, juga hampa.

Kemudian, datang salah seorang dari anaknya memberi cadangan supaya memohon bantuan kewangan dari pusat zakat (kalau tak silap)dari sebuah kawasan di negeri tersebut. Ayahnya menolak.Namun tiada sebab yang jelas diberikan. Anaknya yang memahami perasaan"malu" ayahnya untuk meminta itu memujuk lagi supaya pergi juga untuk memohon bantuan kewangan. "Cuba sahaja, kalau-kalau dapat sebab sekarang ni memang dah tersesak sangat, kita dah tiada sumber lain". Bila dah tiada pilihan ayahnya akur sahaja kepada cadangan itu.

Esoknya, mereka pergi ketempat tersebut untuk memohon bantuan. Pada masa yang sama ada seorang lelaki bersama anaknya datang ke tempat yang sama. Lagaknya macam orang senang, juga memohon bantuan, untuk anaknya yang akan memasuki IPTA.

keluarga yang terdesak ini menunggu giliran untuk ke kaunter. setelah tiba dikaunter dan selesai mengisi borang, pegawai yang bertugas tersebut pun berkata, "kami akan datang rumah encik, kalau pegawai kami lalu di kawasan tu"

lebih kurang begitulah bunyinya, yang membawa maksud mereka hanya akan datang "jika dan hanya jika" pegawainya lalu dikawasan tersebut. Bila pegawai tu nak lalu? Allah sahaja yang mengetahui..

statement yang pelik. Saya yang mendengar hanya menggelangkan kepala.

kisah ini berlaku pada tahun lepas, dan anda nak tahu bila pegawai itu datang ke rumah pemohon tersebut?? Hanya beberapa minggu yang lepas. Dekat setahun dah. saya mendapat info, pegawai yang datang tu pun bersikap nak tak nak je buat kerja. Siap perli-perli lagi. Aduh, ada jugak orang macamni. Tunggulah nanti soalan-soalan Allah tentang amanah dan tanggugjawab anda! Dimanakah silapnya?

Lalu saya berfikir, kalaulah saya ada duit..dan mula menanamkan cita-cita untuk menjadi orang kaya yang diharapkan dapat membantu bagi yang memerlukan. Realiti manusia, jika tidak tahu, mereka tidak faham. Orang yang senang tidak memahami orang yang susah. Semua orang akan mengatakan mereka tak cukup duit. Tak cukup duit nak beli kereta?tak cukup duit nak melancong? nak jalan2? tak cukup duit nak beli barang baru? itu "tak cukup" duit orang senang, kalau orang susah?? mereka bertarung untuk cari duit demi sesuap nasi.Fikirlah.

cadangan seperti ini sangat baik yang secara langsung dapat menyuntik rasa bertanggungjawab kepada "dunia kita" yang sebenar iaitu tidak hanya mencakupi "dunia mahasiswa" semata-mata yang selalunya tidak difahami oleh kebanyakkan mereka yang berada dunia diluar. Serta tidak mustahil dengan kepekaan front2 mahasiswa ini dapat mengusik hati2 mahasiwa yang selama ini bersikap "xpedulisme" untuk menyokong dan seterusnya menyertai mereka. Biarlah sedikit, tetapi "sedikit yang bermakna". jadilah bijak dengan melakukan kerja yang tak berat tapi membawa 1000 manfaat.
Ayuh!

ikan-nemo.blogspot.com

Tuesday, August 5, 2008

Xde Tajuk

sedihla..

Entah. Saya tidak tahu mengapa..

sebab minggu konvo kut..mungkin.

Semester ni, banyak teman kenalan sudah tidak berada disini. Semuanya telah bertebaran, kembali pulang ke kampung halaman. Meraka pulang setelah merantau mencari bekalan buat perjuangan hidup. Saya doakan agar kalian disirami keberkatan.

Saya rindukan kenalan2 sekolah. Walaupun tak banyak kenangan yang tersimpan dalam memori yang sementara ini, namun ingin sekali pertemuan itu berlaku. Dimanakah kalian semua berada agaknya? Moga sentiasa dalam redha Allah.

Benarlah setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Namun,ia juga hanya sementara

Saya nak balik. Rindukan mak, abah, adik2..
Maafkan saya atas segalanya