Sudah lewat petang.
Saya berniat pada awalnya mahu berjalan-jalan dengan adik ke suatu tempat yang berdekatan dengan rumah. Saya mahu membawanya makan di tempat yang dia suka. Oh ya, saya memang suka makan di luar, akan tetapi hanya tempat-tempat yang terpilih sahaja, tempat yang berjaya mengurut ego saya. Walaupun saya suka makan diluar di atas faktor kesibukan kerja, saya amat amat suka memasak sendiri. Ia jauh lebih murah (yang pastinya), penyediaan yang lebih bersih dan lebih sedap! ^^, Ya, saya suka memasak, akan tetapi adik saya jauh lebih handal, mengalahkan saya di dalam bidang ini :D
Oh, back to the topic.
Dia pulang ke rumah dahulu T__T Dan saya masih di pejabat. Di waktu saya sedang menaip post ini, sang matahari sudah pun meninggalkan kaki langit. Hanya meninggalkan sisa-sisa cahayanya yang mencantikkan kaki langit senja.
Seorang diri di pejabat. Saya stres pelu pulang lewat, kerana plan asal adalah untuk pulang awal. Oh!
Esok ada program di pejabat. Kursus pendek bagi pembangunan trainer. Saya turut serta kerana ilmu yang mahal ini saya perolehinya dengan percuma oleh kerana terlibat di dalam tim penganjur. Oleh itu, saya pulang lewat bagi memastikan semuanya berjalan dengan luarbiasa lancar esok pagi.
Dan kini, dihadapan komputer, setelah penat pulang dari sebuah tempat yang berdekatan dengan pejabat. Cek yang dimasukkan ke dalam akaun sudah clear. Saya perlu bahagi-bahagikan kepada mak dan adik adik. Ketika ini, rasa gembira berbaur sedih. Hari ini, berjalan sambil merenung awan.
Baru saya benar-benar mengerti kini, apa tugas dan tanggungjawab seorang ayah. Beban yang terpikul saya rasakan amat berat. Saya tidak mampu sebenarnya. Saya tidak mampu. Saya kerap memberitahu diri saya bahawa saya sangat bertuah.. Entah bagaimana kekuatan itu datang untuk saya menanggung beban yang saya rasakan tidak mungkin sama sekali saya dapat pikul..
Selesai kesana kemari, mak call di handphone. Saya tahu sebab panggilan itu. Dan fikiran saya bercampur baur, apa yang mahu dimaklumkan kepadanya nanti. Saya sedang memikirkan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya, yang pada masa yang sama saya juga tersepit. Oh susahnya.. Saya akan sedih apabila orang disekeliling saya sedih. Ia suatu perasaan yang sulit untuk diterangkan mengapa. Saya tidak tahu. Saya tidak ada jawapannya.
Dan untuk memotivasikan diri lewat petang ini, saya menghadiahkan sesuatu buat diri ^^,
Ia ubat untuk saya gembira walaupun sementara.
Baik, saya bersedia menyambung kerja~!
p/s: Doakan saya selamat pulang ke rumah!
No comments:
Post a Comment