Hari ini aku mula hadir ke kelas untuk mengajar setelah lebih kurang sebulan tidak hadir. Tidak hadir kerana cuti sekolah dan faktor kesihatan. Kasihan budak-budak itu, dan aku juga risau kerana tidak sempat menghabiskan silibus pelajaran. Dilema sebenarnya, sama ada untuk meneruskan mengajar atau tidak. Ada teman-teman juga meminta aku terus sahaja berhenti, tidak berbaloi kata mereka. Ibu juga berkata begitu. Nasihatnya agar aku fokus, buat satu kerja sahaja.
Aku masih berfikir..
Aku sendiri terasa begitu berat hati meninggalkan mereka. Oh, tiba-tiba teringat suara dari belakang minta diasingkan emosi, perasaan dengan nilaian fikiran waras. (Ya, ya..baiklah T____T )
Tempat itu bakal meninggalkan seribu satu kenangan. Seribu warna kecerian yang memenuhi hari-hariku.. Adakah hari-hari itu dapat diganti dan berulang lagi? Aku tidak pasti. Namun, jika aku yang menciptanya sebelum ini, pasti langsung tidak mustahil ia bakal tercipta lagi.
Usai sahaja kelas hari ini, laju sahaja berjalan keluar dari sekolah tanpa sempat berjumpa sahabat-sahabat lama bertanya khabar berita. Aku rindu mereka, mungkin mereka juga. Seperti biasa, budak-budak menjerit-jerit memanggilku, bersalam, bertanya khabar. Rindu teacher kata mereka. Oh tidak. Itu pujukan namanya. Sekali lagi. Itulah sihir mujarab yang terus memaku hati agar tidak membuat keputusan itu. Huhu.
Tetapkan keputusan. Istikharahlah.
Berjalan meniti waktu yang pasti berpenghujung.
nEmo.
No comments:
Post a Comment