Wednesday, August 17, 2011

Sunyi

Kini.. Blog ini kiranya ialah tempat luahan rasa hati. Rasa sunyi, sedih, perasaan sering bercampur baur. Aku tidak seperti apa yang dilihat orang. Tabah, cekal penuh inspirasi. Hakikatnya, aku tidak begitu..

Tatkala hati terguris dan perlu dipendamkan.

Tatkala hati kosong dan perlukan pengisian.

Tatkala hati sunyi dan perlukan peneman.

Tatkala hati sedih dan perlukan sokongan.

Tatkala hati gundah dan perlukan perhatian.

Aku masih mencari makna yang jelas mengenai semua ini..


Melihat masa hadapan dengan perasaan yang begitu berat untuk digendong. Ia begitu halus untuk dinilai untuk dicari jalan-jalan pengesan.

Oh. Aku benar-benar rindukan segala-galanya. Dan, hanya coretan disini sahaja sebagai peluah rasa..

nEmo :'(

Thursday, June 30, 2011

Hari Sekolah

Hari ini aku mula hadir ke kelas untuk mengajar setelah lebih kurang sebulan tidak hadir. Tidak hadir kerana cuti sekolah dan faktor kesihatan. Kasihan budak-budak itu, dan aku juga risau kerana tidak sempat menghabiskan silibus pelajaran. Dilema sebenarnya, sama ada untuk meneruskan mengajar atau tidak. Ada teman-teman juga meminta aku terus sahaja berhenti, tidak berbaloi kata mereka. Ibu juga berkata begitu. Nasihatnya agar aku fokus, buat satu kerja sahaja.

Aku masih berfikir..

Aku sendiri terasa begitu berat hati meninggalkan mereka. Oh, tiba-tiba teringat suara dari belakang minta diasingkan emosi, perasaan dengan nilaian fikiran waras. (Ya, ya..baiklah T____T )

Tempat itu bakal meninggalkan seribu satu kenangan. Seribu warna kecerian yang memenuhi hari-hariku.. Adakah hari-hari itu dapat diganti dan berulang lagi? Aku tidak pasti. Namun, jika aku yang menciptanya sebelum ini, pasti langsung tidak mustahil ia bakal tercipta lagi.

Usai sahaja kelas hari ini, laju sahaja berjalan keluar dari sekolah tanpa sempat berjumpa sahabat-sahabat lama bertanya khabar berita. Aku rindu mereka, mungkin mereka juga. Seperti biasa, budak-budak menjerit-jerit memanggilku, bersalam, bertanya khabar. Rindu teacher kata mereka. Oh tidak. Itu pujukan namanya. Sekali lagi. Itulah sihir mujarab yang terus memaku hati agar tidak membuat keputusan itu. Huhu.

Tetapkan keputusan. Istikharahlah.




Berjalan meniti waktu yang pasti berpenghujung.

nEmo.

Monday, June 20, 2011

..

Masih kaku fikir bergerak. Jari jemari juga seperti tidak mahu laju membantu.

Terasa begitu sayu bila terpaksa sendiri..

Bingung kini.

Mencari yang bisa memahami, membantu menguatkan hati. Oh, begitu kelam jiwa kini. Ya Tuhan, hanya kepadamu tempatku mengadu memohon pertolongan..

Monday, June 13, 2011

Hari ini

Hari hari kesedihan.

Kesedihan yang amat payah untuk diluahkan. Perit untuk ditelan. Dan ia juga pahit untuk disimpan dan akan terus beku dalam hati..

Aku mohon padaMu ya Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui untuk diberikan kekuatan untuk diri ini terus berdiri dan terus melangkah.

Oh Tuhan. Hanya padaMu, hanya padaMu. Hanya padaMu aku memohon segala-galanya.


nEmo

Wednesday, June 8, 2011

Mula mencatat, bagi mengembalikan.

Kenangan dulu kerap bermain di fikiran hari ini. Mungkin gelora fikir dan emosi tidak sekata lantas semuanya kerap kali hadir, dan ia mengimbas begitu banyak peristiwa silam.

Diri ini melihat adik yang tidak pernah rengang, setiap ketika bersamaku. Melihat jauh ke dalam jiwanya, ternyata masih begitu banyak perkara yang aku belum mengerti tentang dirinya. Lantas teringat pula kepada adinda yang jauh di mata, masih belajar dan tidak jauh beza umurnya dari diriku. Berbeza benar. Mereka berdua ini ku kira unik, dan merupakan teman 'gaduh'ku semasa kecil. Kerap kali tersenyum sendirian teringatkan kisah mereka bersamaku. Aku rindukan kenangan dulu. Ya amat rindu.

Teringat pula akan adik bongsu dirumah yang umurnya baru sahaja menjangkau 3tahun bulan ini. Rinduku padanya kerap kali terubat apabila mendengar suara celotehnya dari telefon yang direbut dari mak. Dia memang begitu. Mak hanya membiarkan sahaja dia berceloteh. Banyak yang ingin dikatakannya yang mana semuanya maklumat yang sama pada setiap kali dia bercakap melalui telefon denganku. Layan sahaja :)

Di saat menaip coretan ini, guruh saling menyambut cahaya kilat di luar pejabat. Mungkin jika di kampung halaman ketika ini, aku akan duduk bersama mak dan adik berbual-bual di tepi tingkap mengenai kisah kami semua semasa kecil. Menghirup bau hujan di kampung amat segar dan menenangkan. Di kota seperti ini tidak mudah bagiku merasa nikmat itu lagi.

Ah, aku perlu pulang mengubat jiwa ini. Rindu rindu itu semakin menggangguku.

Sepi disini setelah berpisah dengan teman-teman lama. Mendiamkan diri, memanggil hati tatkala ia lari.

Aku mahu pulang...!


nEmo
Learning Station @ Pejabat Yang Best

Adakah, Apakah. Bagaimanakah. Gilakah. (Huh?)

Saat menconteng di blog ini adalah ketika fikiran dan jiwa agak bercelaru.

Ketika timbunan kerja bertimpa-timpa, aku suka hati buang masa di sini :D

Oh. Aku mahu bercuti. Cuti, cuti, cuti! Bukan sebab bosan dengan kerja, bukan sebab tension dengan bos atau rakan sekerja, tetapi aku rasakan aku sebenarnya sudah menzalimi diri sendiri.. Ya, zalim terhadap diri. T_____T (Oh, maafkan aku wahai diri!)

Fokus kerja tak kira masa, pergi pagi-pagi buta, balik bila matahari dah tenggelam. Kadang-kadang bintang pun sudah 'say Hi'. Mimpi kerja, makan kerja, mandi kerja, mata kerja, semua kerja @_@ Apakah.

Semua ini adalah pilihan. Benar. Pilihan.

Aku boleh memilih dengan mengatur dan menguruskan diri dengan lebih baik dengan melaksanakan kerja-kerja ini semua tanpa menzalimi diri dengan sedikit aturan yang seimbang. (Ya, ya, ya baiklah.. -___-" )

" Rehat! Sakit pun nak kerja." Ya, aku ammmaaaaaaaattt MEMERLUKAN bebelan orang lain mungkin, baru boleh berfikir.

Baiklah,baiklah.

(Masih belum hilang resah hati dan jiwa yang bercelaru. Ya Allah, tenangkanlah. T_T . Bye! perlu sambung kerja!)

p/s: Ini adalah pertama kali aku buat post di blog ketika berada di pejabat ini. Sekian.




nEmo
*____*

Sunday, May 8, 2011

Setelah sekian lama.

Setelah beberapa hari menyelongkar kembali artikel-artikel lama di blog, terasa kembali ingin menulis. Sungguh, terasa kaku jari jemari ini menaip kembali di sini.

Kini, saya kembali mencari fokus, memikirkan kembali tentang diri. Ya, apa sebenarnya yang saya mahukan dalam hidup ini. Kelemahan saya yang kerap kali diulangi adalah dengan meletakkan orang lain adalah lebih utama dari diri sendiri. Apa yang saya mahu dan tindakan yang dilakukan kadang-kadang langsung tidak seiring. (-.-")

Kadang-kadang mungkin perlu juga dipejamkan mata dan dipekakkan telinga dengan kata-kata yang tidak mendorong jiwa. Hmm..mungkin sementara ini.

Tiba-tiba kembali terasa rindu kepada teman lama dimana kami berkongsi cerita, dan cita-cita yang gila. Mungkin ia sedikit gila pada normal manusia. Namun sekali tidak pada kami.

Sekarang teman-teman baru muncul. Mereka unik tetapi tidak pelik. Ia lantas mengingatkan diri ini tentang diri yang 'dulu'. Saya ingin kembali dan saya akan kembali.

Oh! Masa depan menanti diri ini. Engkau bakal Mencipta sejarah!


 

Bai~!

p/s: Sudah mencuri masa untuk menyiapkan kerja lain dengan menconteng blog ini. Inilah yang dinamakan 'cari pasal!' :P

Sunday, March 27, 2011

U-turn. Fokus.

Sudah lama tidak menulis.. (Owh, sudahla. Skrip lama masih kembali. Engkau lama tidak update, itu yang engkau kata. Haha. Okay, fine. Ia langsung tak lawak)

Terlalu banyak perkara yang berlaku. Kadang-kadang seperti ku kira agak privasi untuk dicoretkan sesuatu disini mengenai semuanya. Jadi, mendiamkan diri dan bercuti dari berblog merupakan satu pilihan yang agak best buat masa kini. =D

Aku mahu cuba benda baru. Berani buat apa yang aku minat demi mengejar cita-cita. Gila atau gila-gila? Itu tidak penting. Berani sahaja!

Buat masa kini, akan dihiraukan semua kata-kata yang tidak membina dan mengumpul semua bisikan motivasi dalam apa jua bentuk sekalipun. Fokus, focus, focus. Impian perlu dikejar kerana aku yakin hidup ini hanya sekali supaya aku tidak menyesal di kemudia hari. Saat-saat yang berlalu pasti tidak akan kembali.

Bila dirasakan diri sudah mula menjauhi diri yang original, aku perlu buat U-turn. Hiraukan yang lain, kerana potensi diri bukan di situ.

Musafir perlu diteruskan, walau dengan apa cara kerana hidup manusia memang unik setiap satunya. Mustahil untuk sama.

Cuma satu. Keredhaan Allah perlu menjadi arah tuju.


 

27 Mac 2011

Membina semangat, kerana engkaulah harapan!

Monday, March 14, 2011

Prinsip

Prinsip adalah seperti pagar yang menghindarkan diri dari jatuh ke longkang yang dalam.

SK