Sunday, April 26, 2009

saya dah update blog

Lama tidak menulis sesuatu di sini. Banyak benda nak tulis, tapi semuanya hanya berlegar di otak, jari kaku menaip. Bukan ape, malas pun satu hal, selain idea banyak yang tersangkut. Betapa teruknya diri ini.huhu

Hari ini merupakan hari terakhir pesta buku di PWTC berlangsung. Sedih, kerana tak dapat nak pergi meronda-ronda buat kali yang ke-2, selepas gagal mengawal diri untuk tidak ke pesta buku pada hari ke3 ia berlangsung. Pada hari itu, saya sudah TERbeli 8 buah buku. Nasib baik la semua hanya sekitar seratus lebih je. Rasanya kalau bawa RM 1000 pun, boleh langsai dalam satu hari.

Ini ada senarai buku2 yang dah TERbeli;
  1. Travelog tarbiah, Rindu Bau Pohon Tin: Hasrizal Abdul Jamil
  2. Muhammad SAW, Putera Lembah Bakkah: Zuraimi Ismail.
  3. Novel Sejarah Islam, Salahudin Ayubi: Abdul Latip Talib.
  4. Novel Sejarah Islam, Tariq: Abdul Latip Talib.
  5. Terapi Solat Tahajud: Mohammad Salleh
  6. Bidadari Dari Timur: Tuan Sabariah Tuan Ishak
  7. Religion of the world, Judaism: Sue Penny
  8. The Wanted killer: Ann Rule

Jumlah buku ini, sangatlah sedikit jika dibandingkan orang2 lain yang jauh lebih banyak. Dengki jugak bila tengok or
ang lain membeli buku dengan rakus sekali, haha. Mana taknya, satu booth pun dia dah beli banyak gila, tak tau lagi di booth2 yang lain. Takpe, lain kali duit akan disimpan awal2 untuk aktiviti membeli belah di pesta buku tahun depan.

Sekarang, saya sedang "memaksa" diri mencuri sebanyak mungkin masa supaya buku2 tersebut dapat dihabiskan secepat mungkin. Habis yang ni, yang baru akan di beli, haha. Penderaan diri ini dilakukan adalah antara gara2 tercabar oleh adik sendiri yang berusia 14tahun yang hanya mengambil masa 2 hari membaca 1 buku yang saya habiskan dalam masa 2 minggu! Fuh, tercabar..lalu mula la diri ini mempertahan diri, dengan memberi alasan dia tak banyak kerja lain nak dibuat. haha. Alasan.. Cuba untuk membiasakan diri dengan buku2 yang agak ringan dahulu, sebelum kepada buku2 yang lebih berat pengisiannya. Jeles tengok orang baca buku yang best2 yang stakat ni saya masih belum mampu menghadamnya.

Setelah menelusuri beberapa buku, akhirnya saya dapat mengesan penyakit yang menyinggah diri ini. Ya, akhir-akhir ini seolah2 saya telah tenggelam lemas dengan masalah. Masalah, sifatnya selesai satu, yang lain pasti datang. Kehidupan saya jadi kucar kacir kerananya lalu menyebabkan iman menurun dengan mendadak. Saya benar2 lemas. Akhirnya penambahan ilmu pada diri mencerahkan saya kepada jalan-jalan sebab mengapa saya hidup. Sekarang, makin jelas tujuan itu walaupun musafir pencarian diri yang sebenar masih belum berhenti.

Kali ini, saya benar2 mahu tenggelam dengan dunia ilmu. Menyelam sehingga puas merentasi lautan kehidupan yang sebenar.

Saya cabar diri sendiri.

"sifu2" sekalian, terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar anda. Harap jangan jemu nak nasihat trainee2 anda yang selalu degil dan malas ini. Hehe




Menanti Zuhur
27 April 2009
ikan-nemo.blogspot.com


2 comments:

Ahmad Ashraf said...

salam nemo,

bguslah suka membaca, mula2 kita start yang ringan, mane tahu tahun depan dapat bace buku2 yang berat kan, apepon tahniah,

sy stuju pendapat mengatakan bawa seribu pon bleh habis, sy sendiri ada beberapa buku lg nak beli, tp x cukup pitih....

papepon salam perkenalan.....

Anonymous said...

"saya dah update blog"

Harapan agar komen saya ini muncul dan tidak hilang begitu sahaja. Banyak kali dah komen tapi hampa, ia tidak dipaparkan.