Aku budak kampung.haha
Itulah sebenarnya asal diri ini.Lahir di rumah bersambut bidan, membesar..kemudiannya hingga ke zaman sekolah menengah, semuanya di kampung. Teringat zaman dulu2, rasa rindu sangat. Main congkak atas tanah guna biji kelapa sawit sebab biji getah takde, main jengket2 [haha, tu bahasa tempat saya, nama teng2 lebih femes :p], main "polis santri" [xpasti ejaan dia macam mana :p], main 'tuju kasut", 'tuju tin", main sorok2 tengahari rembang =D, tangkap menangkap "ikan lawan" [lebih femes dgn panggilan ikan gapi]..macam2.. Kenangan di waktu zaman kanak2 memang best. Cuma satu benda, orang semua panjat pokok, saya sorang tinggal kat bawah, sebab gayat :p
Rindunya zaman tu..Antara hobi masa zaman kanak2 dulu yang paling best ialah memancing ikan!! Masa yang paling sesuai untuk pancing ikan waktu pagi dan petang. Kalau petang tu dalam pukul 5 camtu pegi la cari cacing. Mula2 sekali operasi cangkul menyangkul di belakang rumah dilakukan. Pancing x beli. Semua buat sendiri. Beli mata kail yang kecil [yang biasanya untuk ikan puyu], tali tangsi dalam semeter, pastu batang pancing cari je kat mana2 rumpun buluh. Tak sampai 10minit siap satu batang pancing yang sedia untuk digunakan! =D Biasanya saya ni reti memancing je, umpan suruh orang lain yang letakkan, sebab geli nak letak cacing tu kat mata kail. Cara untuk meletakkan cacing di mata kail agak mengerikan, jadi malas nak cite kat sini. Hmm, saya pun x pasti berapa banyak cacing yang telah dikorbankan sepanjang kami menjalankan aktiviti ini. Takziah kepada mereka L
Kalau musim banjir lagi best. Hehe. Musim pasang " taut". Orang2 bandar mesti xpenah dengan perkataan ni :p meh nak eksplen. " Taut" ni macam memancing la jugak, Cuma tali pancing tu pendek je, dalam 30cm pun dah cukup. Pastu, nak ikat tali tangsi kat mata kail pun ada teknik tau [dah lupa cara2 dia :p], kalau x nanti tinggal pancing je, mata kail tu hilang entah kemana, ikan tu bawak lari (-.-). "taut" ni biasanya kita pacakkan je pancing tu kat tepi air, biarkan mata kail yang siap berumpan kira2 10cm dalam air. Then selesai! Letak petang esok pagi, cek =D biasanya dalam 6 hingga 7 batang taut sekali letak dalam satu-satu masa di tempat yang berbeza2. Oh ye, umpan dia ialah perut ayam. So, tidak berlaku pembaziran disini, kita recycle apa yang boleh, hehe. Biasanya pagi2 sesudah subuh dah pegi tengok "taut2" tu, hehe, sebab exited punya pasal. Keli adalah ikan yang biasanya akan kena taut2 ni, ada jugak ikan haruan, dan sesekali kura2..adeh. kadang labi2 pun ada. Ha, ni satu lagi "makhluk" yang jarang2 didengari oleh2 orang2 bandar. Barangkali ada yang xpenah dengar ada benda ni, selain dari cerita P.Ramlee dulu2 :p opps, terbebel lebih pulak, hehe basically beza yang utamanyanya satu je, pancing kena pegang dan tunggu sampai dapat ikan, tapi taut ni tinggalkan je.. jadi, jimat masa, jimat tenaga :pTadi masa ke pasar pagi [mengumpulkan bekalan dapur untuk seminggu], saya seolah2 terkejut tengok ada sorang pak cik ni dia jual cendawan kukur. Harini baru tau dia ada nama alternative iaitu cendawan kukur sebenarnya, haha, sebab saya kenal benda tu sebagai kulat kayu je sebelum ni. Kat rumah dulu2 selalu la mengutip cendawan ni terutama masa musim hujan. Rumah saya memang dekat dengan Bukit Larut, yang sememangnya kawasan yang paling lembap di semenanjung, jadi cendawan ni xde musim, ada je sepanjang masa :p Cuma sejak kebelakangan ni dah kurang sebab dia xde medium nak tumbuh [xde kayu2 reput]. Kat rumah biasanya sayur2 xpayah beli pun, kangkung kutip je kat belakang rumah. Pucuk paku, pucuk ubi, pucuk mengkudu semua boleh makan. Cili, daun kari, daun pandan, semua tanam je.. sampai saya pernah sebut kat kawan, dulu tak pernah teringin nak "beli rambutan", tapi sekarang kalau nampak kat mana2 tempat yang jual rambutan, terasa terliur pulak..huhu.Mungkinkah aku sudah menjadi orang Bandar? Haha, soalan yang lawak sekali. "Apa habaq orang KL? Bila balik.." sorang pakcik bertanyakan khabar saya setelah lama tak bersua. "Baik, Alhamdulillah..sampai malam tadi" menjawab sambil berfikir..aku ni dah bukan orang sini ke?haha =D
Sememangnya ada perbezaan kehidupan dulu2 dan sekarang, semestinya ada perbezaan kehidupan di Bandar dan di kampung, dan semestinya sangat berbeza kehidupan sewaktu berada di zaman kanak-kanak dan alam dewasa. Zaman berbeza dan berubah. Sedar atau tidak pengalaman menjadikan kenangan yang indah [walaupun ada ketikanya pahit] yang dirakamkan sebagai nikmat yang sangat perlu disyukuri kerana segalanya diberi TANPA diminta.Alhamdulillah =)
5 comments:
salam...
suke giler entry ni...teringat zaman dolu2 masa akak kecik...budak kampung jugok kawe ni. hehe... bace atikel ni, teringin pulak rasanye nak menulis dan mengimbau kenangan masa zaman kawe kecik dulu...hehe..memang best!
p/s: Tapi kalau korang dgr full story tentang kisah kehidupan nemo ni, korang mmg akan kagum giler! saye kagum giler...sape dapat dia memang untung.susah nak cari gadis mcmni zaman skang..hahaha
hahahaha.gile la akak buat promotion =D
salam ukuwah, penulisan kisah kehidupan yang mantap dan penuh emosi ni.boleh jadi pengarang oooo..teruskanlah dengan karya-karya agung...boleh jadi pedoman kepada kita semua
" hayati sabda Rasullulah SAW, 'orang yang gagah diantar kamu ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula ialah orang yang memberikan maaf sedangkan ia berkuasa membalasnya."
salam ukuwah, penulisan kisah kehidupan yang mantap dan penuh emosi ni.boleh jadi pengarang oooo..teruskanlah dengan karya-karya agung...boleh jadi pedoman kepada kita semua
" hayati sabda Rasullulah SAW, 'orang yang gagah diantar kamu ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula ialah orang yang memberikan maaf sedangkan ia berkuasa membalasnya."
salam ukhwah.
owh?penuh emosi ke penulisan di atas?hehe.
Terima kasih atas komen anda.
Post a Comment