Friday, September 12, 2008

Obama Muslim?? (updated)

Kelmarin, tika asyik saya melayari internet semasa di makmal computer jabatan kimia di fakultiku, tiba-tiba ada orang menyapa..


"hi"
Sambil tersenyum aku membalas tegurannya, "hi.."
Oh, warga asing rupanya, nampak macam warga afrika. Master's student kot, lalu aku kembali mengadap monitor komputer..

"How are you?" dia bertanya.
"Oh, I'm fine. Thank you.."aku membalas. Ramah pulak dia ni. Tak pernah-pernah orang asing tanya khabar aku sebelum ni pun. Aku kenal dia ke? Hm, macam tak kenal je, tak kot.

Aku melihat dia membelek-belek komputer disebelahku yang tak hidup-hidup dari tadi.

"I think it's not work. I've tried before" aku cuba memberitahunya.

"Oh, I see.." sambil tu, dia terus sahaja memicit-micit CPU dan butang ON pada monitor komputer itu. Tak sampai seminit, komputer tu boleh je menyala. Adeh..tadi tak nak pulak dia hidup, tak tengok betul-betul kot. Jadi terpaksalah sahabat aku yang sorang lagi tu tadi cari tempat lain yang dah sememangnya penuh..

"Master's student?" aku cuba berkenalan dengannya sambil nak cuba-cuba memahirkan diri berbahasa inggeris. Dah la grammer tunggang-langgang, boleh ke aku ni. Ah, belasah je!

"Oh, yes.."
"On what course?" aku kembali bertanya.
"Biochemistry.." dia menjawab sambil memandang ke arahku sambil tersenyum, kemudian kembali menaip sesuatu.

"Muslim?" Aku bertanya lagi.
"Christian.."
dia membalas sambil menggelengkan kepala.

"Catholic? protestant..or.."
"oh, I am Catholic.." dia cepat menjawab, sedang aku tak sempat nak menghabiskan ayat pertanyaan.

"oo..I see."
"Where do you come from?"

"I am from South Africa.." dengan muka yang gembira dia menjawab.

Hm..aku berfikir sesuatu.. Bila lagi aku nak cuba da'wah orang ni. Dah join kelas Bro Shah pun, bukan dengan Bro shah je, siap dengan anak-anak buah dia yang senior pun aku dah berguru.. takkan nak tunggu berguru dengan Zakir Naik kot baru nak start..? bila aku nak buat praktikal ni..

Alamak..banyak dah lupa la. adeh.. ha, itula kesannya kalau tak amal. (dilarang meniru amalan ini dirumah)

Aku memberanikan diri untuk mula bertanya lagi
"Em..can you tell me about your religion?"

Dia memandang ke arah ku dengan muka yang terkejut
"Are you serious?" dia bertanya.

Eh, pelik ke aku tanya macam tu.
"Yes, i'm serious.. Why??" aku rasa pelik dengan soalan tu, tapi tak la tunjukkan mimik muka bahawa aku terasa pelik dengan soalan dia yang macam tu, tak sopan pulak rasanya.

"You are muslim and ask me about my bible?" matanya tepat memandang mukaku. Dia teruja dengan soalan itu agaknya. Haha. itu adalah antara teknik untuk mula berda'wah, iaitu dengan kita dahulu yang mula bertanya tentang agama mereka.

“You are the first muslim I ever met that asks me like this!”
"Oh, I am so surprise! I'm so surprise! " berulang kali dia menyebut perkataan itu. Semacam tak percaya katanya, bahawa aku bertanya mengenai agama yang dianutinya.

"I like to know about your religion" aku menambah.

"I have bible, New King James version and also have friends who are expert about bible too.." aku mula berkongsi cerita. kelihatan mukanya yang semakin teruja

"I also learn about other religion like buddhism and hinduism.."
"Do you have Quran?" aku mula bertanya kembali kepadanya

"Yes, Yes, I have Quran and I have read it!"

Aku menanti apakah perkara yang pertama skali akan dia kongsikan denganku mengenai agamanya. Akhirnya dia memulakan cerita. Ya, seperti yang aku agak dia mulakan ceritanya mengenai Jesus. Aku biarkan sahaja dia asyik bercakap, bercerita mengenai agamanya. Bro Yusri ada pesan, selalunya kita ajak dia sembang2 dulu mengenai agamanya..biarkan dia cerita semua yang dia nak cerita. Dia pesan jugak supaya nanti bawa dia jumpa dengan Bro Shah atau pun Bro Lim, itu lebih baik katanya.

Aku agak suka melihat dan mengkaji manusia iaitu mengenai sifat-sifat mereka. Hmm, orang yang aku jumpa ini agak unik padaku.

"I will replace Obama soon" dia berkata kepadaku dengan bersungguh-sungguh. Caranya kelihatan sungguh yakin dengan apa yang diungkapkan.

Eh, betul ke budak ni? aku berfikir sendirian.
Ala, ketika Obama menyatakan cita-cita dia nak ganti presiden Amerika suatu hari nanti pun orang tak percaya. Masa tu pun dia student lagi. Tapi, cuba tengok kat mana dia sekarang? Segala-galanya tak mustahil! Banyak cerita yang dia ceritakan kepadaku menunjukkan bahawa dia seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Dia juga banyak memberi nasihat kepadaku supaya mesti sentiasa berada atas dari orang lain dalam segala sudut. Katanya kalau orang sekarang di kaki bukit, kita dah mesti kena ada di atas bukit. Kalau orang lain dah kat atas, kita mesti lagi atas. Biarkan, jangan hiraukan apa orang cakap, katanya. Pernah beberapa bulan yang lalu dia dipanggil oleh menteri atau perdana menteri negaranya (aku pun dah lupa yang mana) untuk bertemu dengan perdana menteri Malaysia. Ketika adalah kunjungan lawatan wakil dari Afrika Selatan ke Malaysia. Dia menyatakan bahawa dia berkesempatan berdialog dengan dengan pemimpin Malaysia itu.


”I’ll wait for that” jawapan ku ringkas kepada kenyataannya untuk berada di tempat Barrack Obama sekarang, sambil memikirkan, kalaulah dia ni islam, mesti lagi hebat.


”I want to tell you something”

“You know, I see all muslims don’t care about politics..”


Ish, macam tak betul je.

Tanpa membuang masa terus aku balas,

“Ok, let me rephrase your statement first..”

“I think what you mean is about malays right? I don’t think that is true, because I care about politics”


“I see all muslims in my country like that..” dia menyambung dan terus membebel dan bercerita tentang pentingnya politik. Dia ni memang banyak cakap orangnya. Aku pula terus mendengar.


”Hope you are open minded..” dia menyoal untuk mendapatkan kepastian

”Yes, sure.. I am open minded” jawabku.


“I see, malays are lazy and don’t have knowledge” .

“They don’t know how to speak in english” terus terang dia berkata.

“Indians and Chinese can speak well” dia menambah..


Dalam diam aku macam setuju dengan katanya. Aku pasti apa yang dikatakannya adalah sekadar pemerhatiannya kepada golongan mojoriti, kerana itulah kebanyakannya yang dia jumpa.


”I think Indians will rule this world 1 day” dia menambah.

Aku masih diam, tidak bertanya apakah sebabnya dia menyatakan demikian. Membiarkan dia terus bercerita.


“Chinese cannot rule Malaysia

“Yes you can see they monopoly the economy, but their mind are closed!” sambil berkata demikian dia menujukkan aksi tangan yang menutup telinga, kemudian menambah’

“They cannot accept new things..!”


Sambil ketawa aku katakan,

“Haha.. I am in the middle..!”


Aku bukan la pure melayu, bukan juga pure India dan semestinya bukan cina. Masa awal-awal tu dia tanya kat aku

“Are you Indian?”


“That’s my father. My mother is malay.”

“I am mix..” jawabku ringkas.


“So you?” dia tanya kembali, sambil cuba menggabungkan perkataan melayu dan India. Perkara ni, orang pun selalu tanya. Aku selalu jawab, entahla..letak la apa-apa pun..


Ada satu soalan cepu emas telah ditanya kepadaku.

”Ok, can I ask you something..”

“Yes, sure..” aku menjawab.


“If I tell you about my religion, and proof to you about the right thing, will you follow me?


Killer question!

Aku diam sebentar. Aku terfikir 2 benda, antara soal pembatalan iman atau trik da’wah.


”Yes”

Dengan bersahaja je aku jawab, sambil berfikir aku tipu dia je ni.huhu. Saja je nak tengok apa reaksi dia. Kalau tengah ramai-ramai orang aku kena soal dan bagi jawapan macam ni, memang mati la aku dibuatnya. Aku memang agak suka buat cubaan eksperiment yang pelik2 kadang2 tu (jangan tiru aksi ini dirumah)


Dia memang sangat terkejut! Haha, trik menjadi!


Tak pernah lagi katanya berjumpa orang yang open minded macam ni, katanya. Aku rasa banyak je, cuma dia mungkin selalu terjumpa orang yang salah.


Tapi, aku masih menunggu sesuatu untuk dia sebut. Tak pe sekejap lagi kot.hehe


Sedang dia asyik bercerita, tiba-tiba aku dapat tangkap sesuatu dari bicaranya,

”I don’t follow religion, I follow what God said” sambil jarinya menunding ke atas.


Wah, biar benar dia ni. Jalan Islam sudah terbuka baginya!


Dia kata lagi,

”I am open minded. If you can proof me anything that is more better, I will follow that”


Ya Allah, inilah perkataan yang aku tunggu tu!


Terus aku jawab,

“Good! that is scientific mind, you have scientific minded..!”

“Scientific mind always with proved, faith is not blind!” sangat gembiranya aku mendengar statementnya.


Teringat aku kepada ayat ini ketika melayari alam maya,

"Dalam tarbiyah kampus, tiba masanya kamu memburu orang-orang cerdik dan genius.".


Aku amat bersetuju dengan kata-kata ini, dan impianku ingin sekali membawa orang-orang yang hebat yang tidak tahu islam, kenal kepada keindahan islam. Aku membayangkan Prof Aga, pensyarah kelasku yang aku kira antara yang berharga di bumi UM itu islam, Prof Khoo Kay Kim islam.. Ha, Barrack Obama juga islam, Vladimir Putin juga Islam! Semestinya orang islam akan nampak hebat, kerana islam itu telah hebat.

Jadi apa tanggungjawab kita?


Ya, kita cari orang muda.

Siapa bakal ganti tempat Obama, aku fikir dia akan jauh lebih hebat jika kita dapat bawa dia kenal islam. Siapa bakal ganti tempat Putin, kita kenalkan dia dengan islam! Siapa bakal ganti pemimpin Malaysia? Kita juga mesti berusaha supaya dia jadi muslim yang sebenar-benar muslim.


Aku pesan kepada diriku, kamu mesti tingkatkan diri dengan ilmu kalau mahu sebarkan islam. Mesti berdisiplin, pesan ustaz Hasrizal, supaya kita suka untuk buat apa yang kita tak suka demi masa depan. Variasi ilmu itu penting, kerana contoh terbukti pada ilmuan islam silam yang ternyata hebat kerana menguasai pelbagai cabang ilmu.


Jadi apa tanggungjawabku?


Da’wah.. kerana aku masih ingat soalan-soalan yang diajukan Bro Shah kirit semasa di dalam kelasnya.. Aku masih ingat segalanya ketika kami diperkenalkan tentang tanggungjawab kepada non-muslim yang masih belum selesai.. iaitu yang mana, telah Rasulullah jalankan dalam sepanjang hidup baginda. Itulah antara sunnah yang paling besar, yang kebanyakkan kita tinggalkan, kata Bro Shah.

Aku bertanya pada diri ini, sejauh mana aku menyebarkan islam semenjak aku mula diberikan perkhidmatan bekalan oksigen tanpa bil ini...?


Tambahan:

takut tak dapat jawab soalan non-muslim? sila baca di sini

penulis ini merupakan salah seorang dari sifu saya yang telah memperkenalkan saya kepada "dunia da'wah" buat non-muslim.


10.30 am

12 September 2008

Ikan-nemo.blogspot.com

Monday, September 8, 2008

Siang Ramadhan, Malam September

”siang ramadhan, malam september”

Saya pinjam ayat tu dari perasmi program ramadhan PMAPIUM . Tersenyum kami semasa mendengar beliau menyebutnya Kerana, ia macam ”kena” dengan realiti semasa.


Hehe..kepada pembaca, saya berikan anda peluang untuk menafsir sendiri maksudnya yang boleh anda fikir-fikirkan. Sudi-sudikanlah mencoret sesuatu di ruang komen yang telah tersedia. (maaf, ruangan komen di blog ini pemalu, saya x tahu bagaimana untuk mengeluarkannya. kalau nak komen, kena klik pada tajuk artikel dahulu)


------------------------------------------------


Ya Rahman..

Hadiah dariMu telah tiba..

Berikanlah peluang ini untuk kami memanfaatkan ia dengan sebaiknya

Dengan harapan, kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Wahai Maha Penyayang

Ku mohon juga supaya ditenangkan hati-hati ini dengan kedatangannya..

Supaya, segala nikmat itu dapat kami hayati dengan penuh gembira

Buatkanlah jiwa-jiwa ini sentiasa merinduiMu..

Rindu pada kekasihMu..

Tidak sekali-kali jemu berjihad kerana agamaMu!

Kami mohon padaMu ya Allah.

Supaya kami sentiasa konsisten pada jalanMu


Kami mohon padaMu ya Allah

Jauhkanlah kami dari siksa nerakaMu serta segala perkara yang mendekatkan kami kepadanya..serta dekatkanlah kami dengan syurgaMu serta segala amalan2 yang mendekatkan kami kepadanya..

Hidup jihad,

Syahid matlamat

Permudahkanlah jalan bagi kami,

kerana, hanya padaMu kami memohon dan bergantung harap..

1.42 am

6 September 2008/ 6 Ramadhan 1429H

Ikan-nemo.blogspot.com


Thursday, August 28, 2008

='( jangan berkecil hati

Adik saya mengatakan, saya ni terlalu sensitif. sikit-sikit pun terasa. sikit-sikit pun nak sedih..
~huhu.klau sedih orang tak perasan pun~

benarkah begitu?

Saya tidak meminta apa-apa balasan dan tidak meminta bagaimanakah sepatutnya saya dilayan.
biarlah. saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat setiap orang, namun maafkan saya,kerana saya hanya insan biasa.. saya berusaha untuk tidak sesekali mengutamakan diri sendiri dan sentiasa membantu serta menggembirakan orang lain.. tapi maafkanlah saya jika saya sering kali tidak mampu.. jika salah, tegurlah..dengan jalan yang baik, supaya dapat dibetulkan kesilapan ini.

maafkanlah saya, kerana saya hanya insan biasa..

ya Allah.. ampunilah diri yang sentiasa tidak lekang dari dosa ini

27 ogos 2008
3.06pm
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, August 25, 2008

apa itu MERDEKA?

Otak saya macam kurang berfungsi seminggu dua ni. Lebih selesa menjadi pemerhati kepada "kekeruhan semasa". Mencari sesuatu supaya dapat menilai segala yang ada dengan minda, jiwa dan diri yang MERDEKA.

Merdeka? oh, dah nak dekat rupanya. Hampir terlupa dek beriringan kedatangannya dengan bulan puasa. Mungkin ramai juga dari kita yang tidak ambil kisah tentangnya. Hmm, mungkin tidak penting bagi mereka. Ia hanyalah annual event. biasalah..tiap2 tahun mesti sambut punya

kenapa best bila merdeka?
haha..dapat cuti la!
ha! malam ambang merdeka ada konsert live! tak dapat pegi, kat TV pun ada!
dapat tengok pesta bunga api kat KLCC!
ada lagi, dapat join perarakkan. pagi tu, kat dataran merdeka pun ada event. Best jugak

Ok, jom tune 180 darjah pulak:
malam tu, kita boleh jalankan agenda da'wah. Ini salah satu peluang yang tidak boleh disia-siakan. Buat praktikal, bukan hanya teori yang dicanang2!

Teringat masa kecil, saya seronok betul bila dapat cuti. dapat join perarakkan.. tengok jugak konsert live kat TV tu dan saya memang exited dapat tengok bunga api!

itu dulu..

sekarang? membosankan...

Pesta "pembakaran duit" secara besar-basaran itu saya lihat tiada makna.. Apa kaitannya dengan MERDEKA??

Konsert itu, saya lihat khusus buat orang yang tidak merdeka jiwanya. Tidak berjaya menyuntik "semangat" MERDEKA buat lautan manusia yang menghadirinya..
Perarakan pula dilihat hanya untuk seronok-seronok

Malah, malam yang dilihat sebagai pesta da'wah besar-besaran tidak berkesan agendanya akibat perancangan yang kurang baik. Akhirnya saya hanya rasa bosan kerana tak banyak benda yang dapat dilakukan..


Entahlah.. Mungkin ramai antara kita yang melahirkan kegembiraan pada HARI ITU kerana ia ulang tahun HARI MERDEKA bukan kerana KITA MERDEKA..!

Apa yang penting? Penghayatan atau sekadar sambutan "ingatan"? hmm..mungkin benar jika ada yang mengatakan sambutan merdeka kini hanya pada kibaran bendera semata..

2.51pm
25 ogos 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, August 11, 2008

bersyukurlah

Me, Myself and I. Ini ialah blog biasa, daripada insan yang biasa yang tidak mahu menjadi biasa-biasa. Saya hanyalah insan biasa dari sekolah harian biasa, dengan persekitaran yang "biasa" lalu meneruskan pengajian seperti orang biasa tetapi sentiasa mencari peluang untuk menjadi insan yang luar biasa.

Dari saya kecil hingga remaja, saya seorang yang sangat pasif, tidak mempunyai ramai kawan, tak ramai kenalan, pendiam dan hanya akan bercakap dengan orang yang rapat sahaja. Saya tidak suka ke sekolah. Sekolah adalah tempat yang menakutkan, membosankan. Saya rasakan cikgu semuanya garang-garang. Selalunya, kalau terlampau takut saya tidak tahu apa2 pun yang saya belajar waktu itu dan hanya memikirkan nak cepat habis dan seterusnya balik rumah. Walaupun begitu, tak berani pulak nak ponteng sekolah, sebab takde alasan nak bagitau abah. Lagipun, nanti akan banyak kerja sekolah yang tertunggak dan akan dimarahi cikgu pulak. Saya paling takut kena marah kerana selalunya ia akan memalukan diri dan meninggalkan luka yang dalam buat diri ini.

Kenangan sekolah selalunya tidak suka untuk saya ingati dan jika diberi peluang kedua untuk saya kembali lalu mengubah jalan ceritanya, tidak mahu lagi saya tempuhi. Saya tidak mahu mengulanginya kerana ia kelam dan suram serta bimbang saya tidak menjadi seperti diri saya hari ini.

Tapi hari ini, tidaklah terlalu indah sehinggakan saya mahu ia kekal selama-lamanya. Kekal indah itu, adalah syurga selayaknya, kerana realiti hidup dunia yang hanya "indah sementara". Syukur padaMu ya Allah, atas kurniaanMu.. Biar apapun, segalanya telah ditetapkan sebagai yang terbaik buat diriku. Pengajaran, sebagai anugerah pelajaran. Tekanan dan kesempitan sebagai "latihan" kehidupan.

Ampunilah diriku yang sentiasa lalai ini ya Allah

3.08am
11 ogos 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Wednesday, August 6, 2008

Adakah anda benar2 sudah 'turun padang'?

Idea yang baik dan menarik!

Itu komen saya, setelah membaca cadangan tersebut. Tahniah kepada kepada yang mengutarakan idea.

"tabung seringgit mahasiswa untuk rakyat" dicadangkan oleh seorang blogger aktivis mahasiswa ini patut dilihat salah satu cara untuk mahasiswa "turun padang" dalam menyumbang.

Mahasisiwa, tugasnya bukan hanya untuk dirinya semata2. jika ia fikir begitu, maka ia hidup dalam sia2, asyik dan tenggelam dalam dunianya. Rugilah kerana tidak menyumbang kerana ia adalah sebahagian dari hidup.

Tolonglah kepada yang memerlukan. Orang yang susah tidak senang untuk meminta. Kadang-kadang mereka perlu dicari. Itulah pentingnya mahasiswa untuk dekat dengan masyarakat. Bantuan yang tidak sia-sia ini secara langsung akan memberikan "kredit" kepada "mahasiswa" itu sendiri.

Ingin saya kongsikan satu cerita dimana satu keluarga yang kesesakan sumber kewangan. Tak cukup untuk membeli keperluan asas harian, iaitulah diantaranya barang makanan untuk hari-hari yang seterusnya dalam beberapa minggu pada bulan tersebut. Dicari dan diminta sesiapa yang yang terdekat untuk sedikit bantuan pinjaman kewangan pada waktu itu. Tanya kepada jiran tetangga kerana mereka adalah lebih dekat dan rapat untu membantu, namun masing-masing juga mempunyai masalah yang sama. Tanya kepada sanak saudara, juga hampa.

Kemudian, datang salah seorang dari anaknya memberi cadangan supaya memohon bantuan kewangan dari pusat zakat (kalau tak silap)dari sebuah kawasan di negeri tersebut. Ayahnya menolak.Namun tiada sebab yang jelas diberikan. Anaknya yang memahami perasaan"malu" ayahnya untuk meminta itu memujuk lagi supaya pergi juga untuk memohon bantuan kewangan. "Cuba sahaja, kalau-kalau dapat sebab sekarang ni memang dah tersesak sangat, kita dah tiada sumber lain". Bila dah tiada pilihan ayahnya akur sahaja kepada cadangan itu.

Esoknya, mereka pergi ketempat tersebut untuk memohon bantuan. Pada masa yang sama ada seorang lelaki bersama anaknya datang ke tempat yang sama. Lagaknya macam orang senang, juga memohon bantuan, untuk anaknya yang akan memasuki IPTA.

keluarga yang terdesak ini menunggu giliran untuk ke kaunter. setelah tiba dikaunter dan selesai mengisi borang, pegawai yang bertugas tersebut pun berkata, "kami akan datang rumah encik, kalau pegawai kami lalu di kawasan tu"

lebih kurang begitulah bunyinya, yang membawa maksud mereka hanya akan datang "jika dan hanya jika" pegawainya lalu dikawasan tersebut. Bila pegawai tu nak lalu? Allah sahaja yang mengetahui..

statement yang pelik. Saya yang mendengar hanya menggelangkan kepala.

kisah ini berlaku pada tahun lepas, dan anda nak tahu bila pegawai itu datang ke rumah pemohon tersebut?? Hanya beberapa minggu yang lepas. Dekat setahun dah. saya mendapat info, pegawai yang datang tu pun bersikap nak tak nak je buat kerja. Siap perli-perli lagi. Aduh, ada jugak orang macamni. Tunggulah nanti soalan-soalan Allah tentang amanah dan tanggugjawab anda! Dimanakah silapnya?

Lalu saya berfikir, kalaulah saya ada duit..dan mula menanamkan cita-cita untuk menjadi orang kaya yang diharapkan dapat membantu bagi yang memerlukan. Realiti manusia, jika tidak tahu, mereka tidak faham. Orang yang senang tidak memahami orang yang susah. Semua orang akan mengatakan mereka tak cukup duit. Tak cukup duit nak beli kereta?tak cukup duit nak melancong? nak jalan2? tak cukup duit nak beli barang baru? itu "tak cukup" duit orang senang, kalau orang susah?? mereka bertarung untuk cari duit demi sesuap nasi.Fikirlah.

cadangan seperti ini sangat baik yang secara langsung dapat menyuntik rasa bertanggungjawab kepada "dunia kita" yang sebenar iaitu tidak hanya mencakupi "dunia mahasiswa" semata-mata yang selalunya tidak difahami oleh kebanyakkan mereka yang berada dunia diluar. Serta tidak mustahil dengan kepekaan front2 mahasiswa ini dapat mengusik hati2 mahasiwa yang selama ini bersikap "xpedulisme" untuk menyokong dan seterusnya menyertai mereka. Biarlah sedikit, tetapi "sedikit yang bermakna". jadilah bijak dengan melakukan kerja yang tak berat tapi membawa 1000 manfaat.
Ayuh!

ikan-nemo.blogspot.com

Tuesday, August 5, 2008

Xde Tajuk

sedihla..

Entah. Saya tidak tahu mengapa..

sebab minggu konvo kut..mungkin.

Semester ni, banyak teman kenalan sudah tidak berada disini. Semuanya telah bertebaran, kembali pulang ke kampung halaman. Meraka pulang setelah merantau mencari bekalan buat perjuangan hidup. Saya doakan agar kalian disirami keberkatan.

Saya rindukan kenalan2 sekolah. Walaupun tak banyak kenangan yang tersimpan dalam memori yang sementara ini, namun ingin sekali pertemuan itu berlaku. Dimanakah kalian semua berada agaknya? Moga sentiasa dalam redha Allah.

Benarlah setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Namun,ia juga hanya sementara

Saya nak balik. Rindukan mak, abah, adik2..
Maafkan saya atas segalanya

Thursday, July 31, 2008

Konvo'08

Next week minggu konvo di UM.

Sedih pulak rasanya bila kebanyakan yang 'seangkatan' akan turut berkonvo nanti. Saya pulak tahun depan la nampaknya jika dipanjangkan umur, InshaAllah, sekali dengan gang2 yang senasib :)

Di kesempatan ni, nak wish selamat bergraduasi buat semua warga UM, khususnya kepada semua sahabat-sahabat saya kenali, sorang yang di rumah baru Hillpark dan sorang lagi yang payah nak jumpa sebab sibuk sangat kat Cheras tu :) serta tidak lupa juga buat semua ahli keluarga PMIUM yang telah menamatkan pengajian di bumi UM ni. Ha, bagi yang menyambung Master pulak, selamat kembali ke sini, hehe

Selamat menempuh alam baru, mungkin juga dunia baru dengan kerja-kerja harian yang baru :)

Student fakulti Sains akan bergraduasi pada khamis ini, sesi petang. Sebelah pagi, student APIUM kalau tak silap yang semuanya bertempat di DTC. Yang lain-lain tak tahu pulak bila, huhu

Ok, jika berpeluang kita jumpa disana nanti, ye.. Gud luck to all of you

Monday, July 28, 2008

Bioteknologi vs GMF??

Sesuatu yang wujud itu ada baik buruknya. Cumanya, adakah "baik" lebih banyak dari “buruknya” ataupun sebaliknya. Saya amat bersetuju dengan kenyataan bahawa bioteknologi ini banyak baiknya, dan JUGA banyak buruknya. Baiknya, sudah tentu dapat dilihat daripada faedahnya yang dapat membantu dalam pengubahsuaian kualiti produk makanan yang membawa manfaat kepada manusia. Sebagai contoh, penghasilan golden rice yang membantu rakyat afrika dan penciptaan tomato yang terubah ciri genetiknya, yang membantu sayuran itu lebih tahan lama supaya tidak cepat busuk bagi mengelakkan kerugian. Ia bermanfaat dalam urusan import export yang memerlukan masa yang panjang dalam operasi penghantaran.

Seperti yang diketahui, Genetically Modified Food (GMF) ini dicipta khas dengan tujuan untuk menghasilkan makanan yang bermutu dan berkualiti tinggi, dengan ciri buah yang lambat masak disamping rintang kepada kepada seranga serangga dan penyakit. Selain itu, ada juga yang dihasilkan bagi melawan serangan serangga perosak dan virus perosak tanpa perlu menggunakan racun serangga dan tahan kepada semburan racun rumpai. Dan sudah tentu, dari sudut yang lain, GMF akan memberikan kelebihan ekonomi kepada negara yang menjadi pioneer kepada kepada industri ini dan sekutunya.

Sebagai seorang environmentalist, saya lihat kelebihan yang dibawa oleh GMF telah membuka ruang kepada masalah jangka panjang alam sekitar. Mungkin ramai yang tidak mengetahui ataupun menjangka bahawa ia turut memberi kesan kepada alam ini? Sekarang, kita leka menjana ekonomi serta asyik dalam mengaut keuntungan tetapi dalam sedikit masa lagi, segala-galanya berubah. Anda ingin tahu mengapa?

Implikasi terhadap perkembangan GMF ini secara langsung akan mengembangkan pengembangan terhadap tanaman GM, iaitu tanaman yang telah termodifikasi kandungan bahan genetiknya. Ini adalah akibat daripada manipulasi genetik hidupan melalui proses kejuruteraan genetik terhadap stuktur DNAnya. Kesan daripada semua ini lahirlah ”pencemaran bio” .

Pencemaran bio tidak zahir kelihatan. Kesannya tidak cepat muncul. Lalu, ia merupakan satu virus yang amat berbahaya pada masa akan datang. Virus ini akan dilihat seolah-olah mustahil untuk dihapuskan dalam jangka masa yang singkat, dan yang pastinya ia akan mewujudkan penyakit yang sukar diubat.

Kesan daripada struktur genetik yang telah terubah akan melahirkan banyak implikasinya terutamanya kepada spesies (jenis) hidupan yang telah diubahnya. Mudahnya, seperti ini, kita ambil betik GM sebagai contoh. Pokok ini boleh mengalami proses pendebungaan dengan pokok betik semulajadi. Pendebungaan diantara keduanya akan menghasilkan buah betik GM. Generasi daripada biji-biji betik ini akan merebak secara berterusan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Lama kelamaan kita akan kehilangan spesies semulajadi pokok betik ini atau dalam erti kata lain ciptaan asal Allah telah terubah akibat daripada proses pendebungaan ini. Semestinya usaha untuk mengembalikan yang asli amat sukar dilakukan walaupun dengan memusnahkan kesemua tanaman GM ini.

Kenapa kita perlu risau jika sudah tiada spesies semulajadi?

Pendebungaan secara rambang yang terjadi secara semulajadi akan mengakibatkan perubahan kepada struktur genetik kepada generasi berikutnya. Kualiti buah yang terhasil tidak dapat dikenalpasti kedudukannya. Adakah ia lebih baik ataupun sebaliknya? Pendebungaan secara rambang, kualiti hasilnya juga akan jadi ’pelbagai ragam’. Setuju?
Jadi, lama-kelamaan spesies asal yang tentunya yang paling baik diciptakan Tuhan akan hilang. Kemungkinan untuk selama-lamanya.

Jika kita mengambil contoh jagung pula bagaimana? Saintist telah melaporkan pada November 2001, telah berlaku pencemaran gen asing terhadap jagung jenis asli akibat daripada penanaman jagung GM di Mexico. Kesan daripada kejadian ini, menyumbang kepada masalah potensi kepada kepupusan dan memberi ancaman kepada keselamatan makanan. Jagung ialah tanaman utama serta lambang kepada budaya kepada masyarakat asli Mexico. Dapatkah anda membayangkan kesan seterusnya?

I ni belum dibincangkan lagi kesan-kesan lain yang wujud, seperti risiko terhadap rantaian ekologi contohnya, yang mana satu spesies kupu-kupu yang mati sebelum sempat terbang ke tempat lain setelah menghisap madu daripada tanaman GM serta kerugian yang berlipat kali ganda yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha pertanian tanaman GM akibat daripada tanaman mereka yang bermasalah. Salah satunya adalah akibat peningkatan terhadap penggunaan racun serangga akibat daripada penanaman GM yang didakwa mampu mengurangkan penggunaan racun.

Pernah juga saya dengar semasa perbincangan di dalam kelas saya yang mencadangkan kewujudan spesies ikan yang mampu hidup dikawasan sungai yang kotor lalu ia juga dapat membantu secara langsung untuk pemulihan semulajadi kualiti air sungai tersebut. Ia adalah cadangan yang amat baik dan pada saya ia juga tinggi risikonya. Pertama, bagaimana kita dapat memastikan spesies yang ’dicipta’ ini berjaya dan benar-benar mampu membantu? Seterusnya, adakah kita dapat memastikan exotic species ini untuk tidak bercampur dengan spesies hidupan akuatik lain yang seterusnya akan memusnahkan ekosistem sungai semulajadi akhirnya? Tiada jawapan yang pasti..

Inilah penyakitnya..

Prevention, always better than cure.