Saturday, June 16, 2012

I just don't know what to put here..

Setelah 5 bulan tidak pulang ke kampung. Saya akan pulang hari ini.. Akhirnya.

Fikiran saya sedikit celaru. Tidak tahu apa yang berlaku. 

Kini, masih di pejabat. Jam sudah menunjukkan waktu 5 petang. Dan saya masih berfikir adakah mahu diteruskan juga perjalanan ke puduraya yang hiruk pikuk dan kemudiannya meninggalkan Kuala Lumpur buat sementara waktu.

Saya tidak tahu mengapa saya amat bingung...

Saya menaip tulisan ini dengan genangan air mata.

Saya tidak pasti apa yang mahu saya luahkan di sini.

Hati ini terlalu merindukan banyak perkara.. 

Saya ke bilik air..melihat cermin. Air mata berguguran lagi ketika membayangkan senyuman setiap adik-adik yang menanti di rumah... Ketujuh-tujuh mereka akan saya temui esok jika masih berkesempatan.

Air mata berguguran lagi membayangkan saya tidak lagi dijemput abah apabila pulang nanti.... 

Dan air mata berlinangan lagi apabila saya teringatkan mentor kehidupan saya yang terlalu banyak memberi kebaikan buat saya, akan tetapi saya tidak mungkin dapat membalasnya..

Dan hati ini bertambah pilu mengingatkan pesanan pesanan Sang Murabbi Ustaz Yahya Othman.. Insan mulia yang tidak pernah ku bersua..namun dirinya terlalu mulia untuk dipandang oleh mataku yang hina.

Allah.. Ya Tuhanku.

Aku tidak tahu mengapa jiwa ini begitu perit saat ini.

Aku ingin seseorang memegang tanganku dan melihat jauh ke dalam mataku lalu membisikkan.. semuanya akan berakhir dengan baik.. semuanya akan berakhir..semuanya akan selesai..

Aku tidak sabar bertemu dengan Mu wahai Tuhanku Yang Maha Penyayang.

Monday, June 11, 2012

Pesan Mentor.

Seorang sifu yang saya kagumi sentiasa berpesan pada saya,

Jangan tinggal menyebut doa ini setiap hari..

"Ya Allah ya Tuhan kami.. Kurniakanlah kami kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul dan ilham para malaikat yang hampir denganMu.."

Beliau selalu memulakan apa-apa majlis atau sesi latihan (training) dengan doa ini walaupun meeting ringkas dengan staf. 

Saya kira rahsia kegilaan beliau antaranya ialah dengan mengamalkan doa ini.

.................................................................................................

"Sesungguhnya doa itu itu dapat mengawal apa yang kita tidak boleh kawal."



Catatan: Doa-doa yang hebat banyak terdapat di dalam Al-Mathurat. Selamat mengamalkannya! ^^

Saja-saja



One of the best form Jason Mraz

Dedicated special for me, Huda and Ija =)


..........................................................................



Friday, May 4, 2012

Jumaat Ini Datang Lagi

Hari ini mengingatkan saya kepada arwah abah. Pagi jumaat yang hening, beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..

Saya banyak mendiamkan diri hari itu. Berfikir dan berfikir tentang masa depan, apa yang bakal saya lakukan untuk menguruskan segala-galanya bermula saat itu..

........................................

Dan hari ini, setelah beberapa bulan. Pagi jumaat datang kembali.

Bos menelefon ke pejabat dan saya menerima satu berita gembira.

Allah membuka peluang kepada saya untuk saya capai cita-cita yang saya ingin capai semenjak dari zaman perubahan diri saya bermula. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji buat Mu.

^^,

Saya berjanji akan menjadikannya sesuatu yang terbaik, dengan izinMu ya Allah. Aku mohon keizinan dari Mu.

p/s : Akan bersambung~! (Rasanya saya selalu tulis perkataan bersambung, tapi belum sambung-sambung hingga sekarang. HAHA. InsyaAllah, saya akan sambung! ^^,)


- The Power Of Believe - 

4 Mei 2012, 9.44 am


Wednesday, May 2, 2012

Vision Board

Semalam saya memikirkan untuk memulakan projek Vission Board saya. Projek ini bakal menjadikan seseorang itu luarbiasa yang mana dia akan mencapai apa yang dicita-citakannya dengan izin Allah.

Saya sedang berusaha mengumpulkan kekuatan ke arah itu, dan perkara yang paling penting untuk dimulakan pada ketika ini ialah Vission Board.

..............................

Mood tiba-tiba berfikir, tapi tak sempat untuk menghabiskan penulisan!

p/s : Nanti saya sambung~!

2 Mei 2012, 9.55 pagi

Monday, April 30, 2012

Being Me

Sekali lagi.

Saya telah deactivate akaun facebook saya! Yay! (By the way, ianya tidak bukan sesuatu yang menyeronokkan -.-)

Saya perlu buat begitu untuk kebaikan diri oleh kerana kegagalan saya mengawal emosi dan fokus saya disebabkan beberapa gangguan di facebook.

(Terganggu dengan apa? Ok fine. Malas nak jawab soalan tu sebenarnya sebab nanti kena tulis macam kena buat satu bab buku. huhuhu.)

Dengan limpahan kerja yang datang mendadak saya perlu berusaha mengekalkan fokus ke tahap yang maksimum supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat dari due date yang sepatutnya.

Teringat soalan saya kepada bos yang menyebabkan saya tidak akan bertanya soalan itu lagi kepadanya.

"Bila tuan mahukan ini? " Sambil menunjukkan tugasan yang perlu saya siapkan.

Sambil tersenyum, beliau memandang saya dan menjawab ringkas, "Semalam."

Gulp.
...
..
.

"Ok tuan!!' Tersengih dan menjerit dalam hati. HAHA

Okay, done with my bebelan petang. 

Masa menyambung hobi!

Bye~! ^^

p/s : adik saya mesti pelik sebab saya katakan saya sibuk, tetapi sempat lagi membebel di sini. Ini adalah tempat dimana saya akan neutralkan semula apa yang tak betul di kepala sebenarnya ~__~


Thursday, April 26, 2012

Siapa yang bersalah

Baru-baru ini, saya menguruskan sebuah jemputan dari persatuan mahasiswa universiti tempatan.

Mereka menjemput salah seorang tim saya untuk menjadi panel untuk sebuah forum. Setelah tarikh dipersetujui, saya memohon untuk wakil mereka menghantar surat.  Sebelum itu, saya sudah mengagak mereka (pelajar yang terlibat) tidak mengetahui prosedur bagaimana menjemput penceramah, ataupun tetamu bagi sesebuah program.

Aduh. Ia adalah perkara asas. Tambahan pula mereka di dalam unit perhubungan awam. Oh, ia agak mengejutkan.

Di dalam telefon, saya berkata, "Cikpuan boleh menghantarnya kepada kami melalui faks, emel atau pun pos. Yang mana mudah bagi cikpuan."

"Oh, emel boleh ya?"

"Ya, boleh." Sambil saya berfikir, saya mahu lihat bagaimana rupanya surat apabila dihantar nanti. -.-"

Beberapa hari kemudiannya, saya menerima emel yang bertajuk "Surat Jemputan".

Saya terus membukanya. Wah! Seperti yang dijangkan, mereka menghantarnya di dalam salinan microsoft words .

Dan alangkah terkejutnya apabila saya menerima draf surat!
Ya draf.
Surat tersebut, tanpa penandatangan dan tiada kepala surat (letterhead).

Saya terus sahaja call pelajar tersebut.

"Cikpuan, terima kasih banyak-banyak, kami sudah menerima surat jemputan. Akan tetapi, mohon maaf kerana surat tersebut tidak lengkap."

 Dia menjawab, "Oh.."

"Surat jemputan ini tidak valid oleh kerana ianya tiada letterhead dan tiada penandatangan."

"Cikpuan perlu melengkapkan kembali dan menghantarnya kepada kami."

 ............

 Pening saya. Huhuhuhu.

Thursday, April 19, 2012

If You Want To Fly

Pesan mentor saya.

"If you want to fly, don't hang around with chicken, because chicken can't fly."

Ia sentiasa terngiang-ngiang di kepala saya sejak akhir-akhir ini.

Ya, saya mahu terbang tinggi, tinggi.. bersama helang dan awan.

Saya tidak boleh bersama-sama ayam oleh kerana mereka tidak dapat terbang tinggi, adapun hanyalah ke dahan-dahan pokok ketika mahu tidur.

Pada ketika ini, saya hampir tidak percaya di mana saya berada kini. Jauh. Teramat jauh bezanya dengan diri saya yang dahulu. KepadaNya segala puji pujian. Alhamdulillah.

Saya sedang merancang sesuatu yang gila, yang akan mengubah lanskap Malaysia. Itu janji saya. Dan saya akan memilih sesiapa yang layak dan mampu untuk berada di sekeliling saya untuk bergerak bersama.

Saya tidak berhenti memesan kepada diri.. Sabar. Gigih. Jangan berputus asa. Jangan jemu. Jangan kalah. Dan tiada kesilapan walaupun sedikit.

Ya Tuhanku. Janjiku padaMu adalah untuk menegakkan agama suci ini. Aku yang hina ini memohon jalan penerang dan jalan kemudahan yang luarbiasa yang tidak pernah terlintas di hatiku, yang tidak pernah terdetik di mindaku.

Aku sentiasa berdoa, berusaha dan menjadi 'gila' menanti saat yang amat luarbiasa itu.

Ya Tuhanku..Kurniakanlah kami dengan kefahaman para Nabi, Hafalan para rasul dan juga ilham para Malaikat yang hampir dengan Mu. Amin, amin Ya Rabb.

Tuesday, April 3, 2012

Mendoakan.

Ada seorang teman berkongsikan cerita kepada saya. Ia sebuah cerita hati.

Teman istimewanya sudah lama tidak mengirimkan khabar oleh kerana beliau berada di luar kawasan. Beliau menjalankan tugas sebagai seorang penyiasat di Thailand bagi menyelesaikan satu kes jenayah berat.

Saya juga terkejut apabila dikhabarkan itu tugasnya.

Kerja sebagai penyiasat sangat sulit dan membahayakan. Nyawa umpama gelas di penjuru meja. Tertepis sedikit, jatuh dan pecah berderai ke lantai.

Oh.. Ianya perasaan yang rumit. Saya hanya mendengar.

Dan secara tiba-tiba hari ini temannya itu menghubungi. Di hospital. Teman rapatnya yang ingin menyelamatkan beliau, terkena tembakan di kaki. Kaki harus dipotong serta merta.

Temannya itu, sedang diburu oleh kumpulan terbabit untuk dibunuh. Dan beliau berpesan, jika ada apa-apa yang berlaku ..... T___T

---------------

Saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya berdoa.

Mentor saya pernah menyebut | "Doa itu dapat mengawal apa yang kita tidak boleh kawal."