Friday, May 4, 2012

Jumaat Ini Datang Lagi

Hari ini mengingatkan saya kepada arwah abah. Pagi jumaat yang hening, beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..

Saya banyak mendiamkan diri hari itu. Berfikir dan berfikir tentang masa depan, apa yang bakal saya lakukan untuk menguruskan segala-galanya bermula saat itu..

........................................

Dan hari ini, setelah beberapa bulan. Pagi jumaat datang kembali.

Bos menelefon ke pejabat dan saya menerima satu berita gembira.

Allah membuka peluang kepada saya untuk saya capai cita-cita yang saya ingin capai semenjak dari zaman perubahan diri saya bermula. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji buat Mu.

^^,

Saya berjanji akan menjadikannya sesuatu yang terbaik, dengan izinMu ya Allah. Aku mohon keizinan dari Mu.

p/s : Akan bersambung~! (Rasanya saya selalu tulis perkataan bersambung, tapi belum sambung-sambung hingga sekarang. HAHA. InsyaAllah, saya akan sambung! ^^,)


- The Power Of Believe - 

4 Mei 2012, 9.44 am


Wednesday, May 2, 2012

Vision Board

Semalam saya memikirkan untuk memulakan projek Vission Board saya. Projek ini bakal menjadikan seseorang itu luarbiasa yang mana dia akan mencapai apa yang dicita-citakannya dengan izin Allah.

Saya sedang berusaha mengumpulkan kekuatan ke arah itu, dan perkara yang paling penting untuk dimulakan pada ketika ini ialah Vission Board.

..............................

Mood tiba-tiba berfikir, tapi tak sempat untuk menghabiskan penulisan!

p/s : Nanti saya sambung~!

2 Mei 2012, 9.55 pagi

Monday, April 30, 2012

Being Me

Sekali lagi.

Saya telah deactivate akaun facebook saya! Yay! (By the way, ianya tidak bukan sesuatu yang menyeronokkan -.-)

Saya perlu buat begitu untuk kebaikan diri oleh kerana kegagalan saya mengawal emosi dan fokus saya disebabkan beberapa gangguan di facebook.

(Terganggu dengan apa? Ok fine. Malas nak jawab soalan tu sebenarnya sebab nanti kena tulis macam kena buat satu bab buku. huhuhu.)

Dengan limpahan kerja yang datang mendadak saya perlu berusaha mengekalkan fokus ke tahap yang maksimum supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat dari due date yang sepatutnya.

Teringat soalan saya kepada bos yang menyebabkan saya tidak akan bertanya soalan itu lagi kepadanya.

"Bila tuan mahukan ini? " Sambil menunjukkan tugasan yang perlu saya siapkan.

Sambil tersenyum, beliau memandang saya dan menjawab ringkas, "Semalam."

Gulp.
...
..
.

"Ok tuan!!' Tersengih dan menjerit dalam hati. HAHA

Okay, done with my bebelan petang. 

Masa menyambung hobi!

Bye~! ^^

p/s : adik saya mesti pelik sebab saya katakan saya sibuk, tetapi sempat lagi membebel di sini. Ini adalah tempat dimana saya akan neutralkan semula apa yang tak betul di kepala sebenarnya ~__~


Thursday, April 26, 2012

Siapa yang bersalah

Baru-baru ini, saya menguruskan sebuah jemputan dari persatuan mahasiswa universiti tempatan.

Mereka menjemput salah seorang tim saya untuk menjadi panel untuk sebuah forum. Setelah tarikh dipersetujui, saya memohon untuk wakil mereka menghantar surat.  Sebelum itu, saya sudah mengagak mereka (pelajar yang terlibat) tidak mengetahui prosedur bagaimana menjemput penceramah, ataupun tetamu bagi sesebuah program.

Aduh. Ia adalah perkara asas. Tambahan pula mereka di dalam unit perhubungan awam. Oh, ia agak mengejutkan.

Di dalam telefon, saya berkata, "Cikpuan boleh menghantarnya kepada kami melalui faks, emel atau pun pos. Yang mana mudah bagi cikpuan."

"Oh, emel boleh ya?"

"Ya, boleh." Sambil saya berfikir, saya mahu lihat bagaimana rupanya surat apabila dihantar nanti. -.-"

Beberapa hari kemudiannya, saya menerima emel yang bertajuk "Surat Jemputan".

Saya terus membukanya. Wah! Seperti yang dijangkan, mereka menghantarnya di dalam salinan microsoft words .

Dan alangkah terkejutnya apabila saya menerima draf surat!
Ya draf.
Surat tersebut, tanpa penandatangan dan tiada kepala surat (letterhead).

Saya terus sahaja call pelajar tersebut.

"Cikpuan, terima kasih banyak-banyak, kami sudah menerima surat jemputan. Akan tetapi, mohon maaf kerana surat tersebut tidak lengkap."

 Dia menjawab, "Oh.."

"Surat jemputan ini tidak valid oleh kerana ianya tiada letterhead dan tiada penandatangan."

"Cikpuan perlu melengkapkan kembali dan menghantarnya kepada kami."

 ............

 Pening saya. Huhuhuhu.

Thursday, April 19, 2012

If You Want To Fly

Pesan mentor saya.

"If you want to fly, don't hang around with chicken, because chicken can't fly."

Ia sentiasa terngiang-ngiang di kepala saya sejak akhir-akhir ini.

Ya, saya mahu terbang tinggi, tinggi.. bersama helang dan awan.

Saya tidak boleh bersama-sama ayam oleh kerana mereka tidak dapat terbang tinggi, adapun hanyalah ke dahan-dahan pokok ketika mahu tidur.

Pada ketika ini, saya hampir tidak percaya di mana saya berada kini. Jauh. Teramat jauh bezanya dengan diri saya yang dahulu. KepadaNya segala puji pujian. Alhamdulillah.

Saya sedang merancang sesuatu yang gila, yang akan mengubah lanskap Malaysia. Itu janji saya. Dan saya akan memilih sesiapa yang layak dan mampu untuk berada di sekeliling saya untuk bergerak bersama.

Saya tidak berhenti memesan kepada diri.. Sabar. Gigih. Jangan berputus asa. Jangan jemu. Jangan kalah. Dan tiada kesilapan walaupun sedikit.

Ya Tuhanku. Janjiku padaMu adalah untuk menegakkan agama suci ini. Aku yang hina ini memohon jalan penerang dan jalan kemudahan yang luarbiasa yang tidak pernah terlintas di hatiku, yang tidak pernah terdetik di mindaku.

Aku sentiasa berdoa, berusaha dan menjadi 'gila' menanti saat yang amat luarbiasa itu.

Ya Tuhanku..Kurniakanlah kami dengan kefahaman para Nabi, Hafalan para rasul dan juga ilham para Malaikat yang hampir dengan Mu. Amin, amin Ya Rabb.

Tuesday, April 3, 2012

Mendoakan.

Ada seorang teman berkongsikan cerita kepada saya. Ia sebuah cerita hati.

Teman istimewanya sudah lama tidak mengirimkan khabar oleh kerana beliau berada di luar kawasan. Beliau menjalankan tugas sebagai seorang penyiasat di Thailand bagi menyelesaikan satu kes jenayah berat.

Saya juga terkejut apabila dikhabarkan itu tugasnya.

Kerja sebagai penyiasat sangat sulit dan membahayakan. Nyawa umpama gelas di penjuru meja. Tertepis sedikit, jatuh dan pecah berderai ke lantai.

Oh.. Ianya perasaan yang rumit. Saya hanya mendengar.

Dan secara tiba-tiba hari ini temannya itu menghubungi. Di hospital. Teman rapatnya yang ingin menyelamatkan beliau, terkena tembakan di kaki. Kaki harus dipotong serta merta.

Temannya itu, sedang diburu oleh kumpulan terbabit untuk dibunuh. Dan beliau berpesan, jika ada apa-apa yang berlaku ..... T___T

---------------

Saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya berdoa.

Mentor saya pernah menyebut | "Doa itu dapat mengawal apa yang kita tidak boleh kawal."

Friday, March 30, 2012

Hadiah buat diri

Sudah lewat petang.

Saya berniat pada awalnya mahu berjalan-jalan dengan adik ke suatu tempat yang berdekatan dengan rumah. Saya mahu membawanya makan di tempat yang dia suka. Oh ya, saya memang suka makan di luar, akan tetapi hanya tempat-tempat yang terpilih sahaja, tempat yang berjaya mengurut ego saya. Walaupun saya suka makan diluar di atas faktor kesibukan kerja, saya amat amat suka memasak sendiri. Ia jauh lebih murah (yang pastinya), penyediaan yang lebih bersih dan lebih sedap! ^^, Ya, saya suka memasak, akan tetapi adik saya jauh lebih handal, mengalahkan saya di dalam bidang ini :D

Oh, back to the topic.

Dia pulang ke rumah dahulu T__T Dan saya masih di pejabat. Di waktu saya sedang menaip post ini, sang matahari sudah pun meninggalkan kaki langit. Hanya meninggalkan sisa-sisa cahayanya yang mencantikkan kaki langit senja.

Seorang diri di pejabat. Saya stres pelu pulang lewat, kerana plan asal adalah untuk pulang awal. Oh!

Esok ada program di pejabat. Kursus pendek bagi pembangunan trainer. Saya turut serta kerana ilmu yang mahal ini saya perolehinya dengan percuma oleh kerana terlibat di dalam tim penganjur. Oleh itu, saya pulang lewat bagi memastikan semuanya berjalan dengan luarbiasa lancar esok pagi.

Dan kini, dihadapan komputer, setelah penat pulang dari sebuah tempat yang berdekatan dengan pejabat. Cek yang dimasukkan ke dalam akaun sudah clear. Saya perlu bahagi-bahagikan kepada mak dan adik adik. Ketika ini, rasa gembira berbaur sedih. Hari ini, berjalan sambil merenung awan.

Baru saya benar-benar mengerti kini, apa tugas dan tanggungjawab seorang ayah. Beban yang terpikul saya rasakan amat berat. Saya tidak mampu sebenarnya. Saya tidak mampu. Saya kerap memberitahu diri saya bahawa saya sangat bertuah.. Entah bagaimana kekuatan itu datang untuk saya menanggung beban yang saya rasakan tidak mungkin sama sekali saya dapat pikul..

Selesai kesana kemari, mak call di handphone. Saya tahu sebab panggilan itu. Dan fikiran saya bercampur baur, apa yang mahu dimaklumkan kepadanya nanti. Saya sedang memikirkan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya, yang pada masa yang sama saya juga tersepit. Oh susahnya.. Saya akan sedih apabila orang disekeliling saya sedih. Ia suatu perasaan yang sulit untuk diterangkan mengapa. Saya tidak tahu. Saya tidak ada jawapannya.

Dan untuk memotivasikan diri lewat petang ini, saya menghadiahkan sesuatu buat diri ^^,

Ia ubat untuk saya gembira walaupun sementara.

Baik, saya bersedia menyambung kerja~!

p/s: Doakan saya selamat pulang ke rumah!

Tuesday, March 27, 2012

Menentang Diri

Hari ini tiba-tiba terasa mahu jumpa orang dan kemudian memberitahunya :

"Boleh tolong saya?"

- Jika orang itu cakap boleh -

"Lempang muka saya sekali. Kemudian, sekali lagi."

- ....... (Saya tidak pasti apa respon yang orang tersebut akan berikan.)


Falsafah hidup yang baru tercipta hari ini : Kebiasaan diri perlu ditentang untuk berjaya. Sedih? Takut? Perasaan itu perlu dilupuskan ketika ini. Lupuskan sama sekali.

Saya harus menentang diri sendiri untuk terus kehadapan

Friday, March 23, 2012

TIba-tiba rasa mahu update.

Sudah lama tidak update blog.

Sungguh..Saya amat merindui tempat ini. Tempat saya berkongsi semua rasa, bertanya pendapat dan segala-galanya. Ini bagai minda kedua, teman berbicara.

Hari ini saya terpaksa membuka semula apabila terasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri.

Oh. Kehidupan benar-benar berubah. Keseluruhan!

Kadang kadang saya tidak sabar menantika masa hadapan. Kadang-kadang rasa seperti tidak mahu, dan takut untuk melangkah walau setapak kehadapan.

Ya, saya bercita-cita mahu mengubah manusia. Ia bukan jalan mudah. Mungkin ada yang sinis memandang, 'mengubah dunia'? Haha! Wow. Ya saya sedang mengejar apa yang saya mahukan. Saya pasti dapat, saya padti akan mendapatkannya dengan izin Tuhan.

Saya mahu kongsikan segala-galanya disini. Segalanya tentang apa yang telah saya pelajari.

Lesson 1 :

Jadi manusia. Jadilah manusia, bukan makhluk lain. Manusia yang menjalani hidup seperti biasa.


Lesson 2 :

Berfikir dan berfikir. Fikir apa yang kita boleh lakukan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Jika kita senang, bantu orang. Beri pancing kepadanya, bukan ikan.


Lesson 3 :

Hidup dengan menghormati manusia lain. Walau siapapun mereka, mungkin mereka lebih jauh mulia dari kita. Menghormati orang, kita akan merendah diri. Memuliakan orang, kita akan rasa hinanya diri. Dan semestinya itu labih baik daripada menjadi sombong.


Bersambung...