Tuesday, January 22, 2013

Kecil hati. Yang benar hati besar.

Bismillah..

Mohon maaf kerana tulisan di bawah ini tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT)

Hari ini datang lewat ke pejabat. Kurang sihat. Sudah beberapa hari begini, cuma hari ini bertambah ok, Alhamdulllah.. Mak selalu call tanya, ok ke. Bimbang mak risau, so cakap okay saja.

Alhamdulillah bos tidak marah jika aku lambat sedikit. Best sangat sebab ada bos yang begitu bagus. Rasa macam, dalam seribu orang nak jumpa yang begini pun sangat susah. Ok, ini betul, saya tak tipu.

Oh satu lagi, tengah stres, sebab tu tulis sini. Selama ini tak sempat. Dan rasa bersalah sebab ini kan waktu kerja :( Tapi, kena tulis sesuatu juga sebab nak release. :( Kerja pun tak fokus jadinya.huhuuu


 Lama sangat tidak menulis. Aku rasa kena mula menulis kembali, menajamkan minda dan membetulkan ayat supaya jdi lebih baik.

Oh ya. Lari dari topik asal. 

Malas nak cerita sini sebenarnya T___T 

Tadi menggunakan telefon, dan berbual agak lama. Kata-katanya membuatkan hatiku terhiris. Eh memang rasa nak menangis pun. Tapi, cuba buat kool :(((

Okay memang saya ni hati tisu. Sikit-sikit nak sedih. 

Lantas yang menyebabkan aku relaks ialah, jika Rasulullah berada di tempatku sekarang, apakah yang baginda akan lakukan?

Dan aku pun terdiam. Fikir. Ya kan..?

Hmm.

So, sekarang aku kena mula balik buat kerja.

Ok, tulisan ini sebenarnya kurang sesuai untuk bahan bacaan umum (tapi letak umum sebab tak sempat sempat nak private kan, huhuh) So, ianya agak kurang manfaat sebenarnya, huhu.

Luahan hati yang memerlukan blog ini mendengar, walaupun dia tak kan cakap apa-apa.

Ok, malam ini pilih satu surah dalam Quran dan baca maksudnya. Mesti lebih tenang :)




Friday, January 18, 2013

Coretan

Lama tidak menulis.

Hanya coretan hati yang selalu dilukiskan di sini. 

Walau ia selalu bicara rahsia yang mungkin mendedah pekung di dada. Ku pilih, mana yang sesuai untuk dicerita. Ia adalah luahan rasa. Dari ku simpan, menjadi bahan yang menyakitkan.

...

Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi untuk diri sendiri sendiri di sini. Ya, ia bahan kenang kenangan di suatu hari nanti.

...

Ku cuba juga mencoret sesuatu, mencuru-curi kelapangan waktu. Ku pendamkan rasa hati yang menjerit..kadang-kadang menangis tidak henti. Kekuatanku kerap kali rapuh..luluh dipukul badai. Diriku hampir hanyur terkapai-kapai..Hanya Tuhan yang tahu.

Ya Allah. Langkah ku kini terasa perit. Aku mohon kekuatan..aku mohon kekuatan dari Mu..Bantulah diri ku yang bagai sendiri.. meredah ombak ganas yang tidak bertepi.

Hanya kepadaMu tempatku bergantung :'(

Hidup ini indah wahai hati, walau diri sedang mencari. Aku pasti. Aku pasti akan bertemu keindahan itu nanti.

"Sesungguhnya orang yang bersabar itu tidak pernah rugi.."



Wednesday, January 2, 2013

2 Januari 2013

Assalamualaikum wbt

Hari ini berjalan ke pejabat dengan hati yang tersenyum.. Hehehe.

Merepek.

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 27. 

EH. WHAT. 27??!

Ingat masih 23 hari ini. Hahaha. 

----

Alhamdulillah. Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Saya masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah untuk terus hidup menghirup udara di dunia, diberi peluang untuk bertaubat dengan dosa-doa yang tidak terkira..diberi ruang untuk meningkatkan iman..sentiasa bersyukur kepadaNya. Ya Allah..terima kasih. Terima kasih..terima kasih.. Tiada yang mampu aku lakukan melainkan dengan memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas nikmatMu ini. Allah..

Tahun 2013.. Kelmarin 2012.

Ia hanyalah perubahan 2 kepada 3. Hakikatnya setiap saat sentiasa berubah. Tiada satu saat pun yang berhenti.

Jika ketika ini 2 Januari 2012, jam 8.51 minit 23 saat, ianya juga tidak akan berulang. 

Jika petang ini 2 januari 2012, jam 5.55 minit 55 saat (nombor cantik), ia juga tidak akan berulang. Siapakah akan peduli? :)

Tahun ini, fokus utama saya adalah pada kerjaya dan keluarga (2K). Saya memiliki terlalu banyak impian yang ingin dikotakan, dan impian utama saya adalah untuk melatih diri untuk sedaya upaya merealisasikan impian-impian orang lain yang menjadikan mereka berjaya.

--

Ok, terpaksa menyambung tulisan ini nanti oleh kerana sedang meminjam waktu pejabat. Hihi.

K, bai!~



nEmo
8.56 am, 2 Januari 2012, Hari luarbiasa.

p/s : Tulisan blog ini tidak sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT)

Wednesday, December 5, 2012

Dunia ini benar-benar fana..

Bismillah..

Ini hanya sekadar coretan hatiku yang ku catat bagi diriku sendiri..agar dapat ku baca dan renung kembali di saat aku akan menghargai saat ini.

Wahai hati yang sedang bersedih..

Wahai hati yang sedah merintih kepiluan..

Wahai hati yang sedang menahan luka yang perit.

Sesungguhnya engkau tidak pernah sekali sendiri.

Tuhan sedang melihatmu dengan penuh kasih.

Tuhan sedang merenungmu dengan penuh sayang.. Kerana itulah Dia memberimu ujian..


Monday, September 10, 2012

Doa pagiku.

Isnin yang damai. Aku amat suka pada kata-kata ini..

--------


Di pagi yang damai ini, engkau yang merindukan kehidupan yang damai dan sejahtera, katakanlah ini sebagai kalimatmu sendiri …

Tuhanku Yang Maha Melapangkan,

Hari ini aku ingin menyederhanakan sikapku terhadap kehidupan, sehingga ringan hatiku dan lapang nafasku.

Hari ini aku akan menyikapi orang yang buruk hati dan keji mulutnya, sebagai tanda bahwa aku lebih mulia daripada mereka.

Hari ini aku akan menyikapi kesulitan sebagai perintah untuk meneguhkan mentalku dan meningkatkan kemampuanku.

Hari ini aku akan menyikapi kekecewaan sebagai tanda bahwa standarku tinggi dan aku hanya tinggal meningkatkan kesungguhanku untuk memulai lagi.

Hari ini aku akan meluaskan pintu maaf di hatiku, untuk menerima kesalahan orang lain sebagaimana aku ingin dimengerti saat aku salah.

Tuhanku Yang Maha Penyayang,

Mudahkanlah pekerjaanku, lancarkanlah rezekiku, indahkanlah cintaku, bahagiakanlah keluargaku, dan besarkanlah peranku bagi kebahagiaan sesama.

Aamiin


Mario Teguh.


------
Awan pagi yang mendung seperti memahami kesedihan hatiku..


nEmo
9.26am, 10 September 2012

Friday, September 7, 2012

Berkhalwat.

Hm.

Sudah lama saya tidak begitu aktif dengan facebook. Saya mulai rasa bosan dengannya.

Kemudian aktif bersama twitter dan sekarang sudah mulai hambar..

Saya tidak pasti mengapa. 

Saya mungkin akan terus mendiamkan diri dari twitter yang pada mulanya saya rasa begitu menarik. 

Mungkin puncanya sudah ramai orang yang saya kenali  mengikuti saya (follow) di twitter. Sudah tiada lagi privasi yang saya mahukan. Ianya sudah tidak seperti dahulu.

Saya tidak boleh menjadi diri saya. Saya cenderung menjadi orang lain. Ia adalah tidak menyeronokkan.

Dunia facebook dan twitter pelik bagi saya. Saya semakin tidak selesa dengannya. Penuh dengan perkara rumit yang tidak penting bagi saya sama sekali. Malah stres saya banyak dipengaruhi oleh laman ini. Serius. 

Ada orang mungkin mengatakan, ia adalah isu bagaimana kita sendiri yang mengawal diri.

Ya, benar.

Saya belum pandai mengawal diri. 

Jadi saya perlu melakukan sesuatu berkenaan dengannya.

Mungkin saya perlu berkhalwat beberapa ketika?

Selamat tinggal buat sementara...


nEmo
4.35pm, 7 Sept 2012

Monday, September 3, 2012

Permainan Yang Mustahil.


Hari ini terjumpa satu video yang super osem. Ya, insan ini hebat. Nasihatnya juga hebat. 

Ingin sekali mengulas berkenaan dengan video ini. Namun masa amat-amat membatasi. Pesanan beliau di dalam video ini sangat mirip dengan apa yang mentor saya selalu maklumkan. Wow. Resepi kejayaan orang yang luarbiasa sememangnya hampir sama!




Pesanan terakhir beliau buat membuat saya terkedu, yang amat.


"Pursue the game of the impossible.."


Saya bakal menjadi insan luarbiasa. Saya yakin. Saya pasti! InsyaAllah.

Cabaran?

Teringat kata-kata seorang teman, "Ala..naik basikal pun mencabar juga".. Hahaha. Ada benarnya.

Siapa mahu bersama saya? :) Saya doakan kalian lebih berjaya!


nEmo
12.24pm, 3 September 2012
Ini adalah di antara hari luarbiasa dalam hidupku.

Thursday, August 30, 2012

Kegilaan

Hari ini aku mencari satu kegilaan. 

Kegilaan? Ya. Gila. 

Gila itu bermaksud perkara yang luar dari normal (ini definisi aku sahaja)

Sebab?

Sebabnya aku mahu mengembalikan passion yang kian luntur dan hilang. 

Mesti rasa pelik sebab apa dengan mencari kegilaan kemudian dapat mengembalikan passion kan? Aku rasa aku sorang sahaja yang faham rasanya. Hahaha.

Ok, ok. Kalau nak faham, mohon maaf banyak-banyak sebab tidak berkesempatan nak explain di sini. Boleh rujuk Paper The Star di ruangan Starclassifieds bertarikh 28 Ogos. 

Sekarang aku memerlukan passion yang begitu jitu dan luarbiasa. Ini kerana aku sedang dalam mood menyiapkan satu proposal baru yang sangat penting. Neuron perlu disambung dengan banyaknya (eh betul ke fakta ni. Hentam saja)

Hari keserabutan yang mengembangkan minda. Pasti. 

Ada satu perkara yang dipesan mentorku. (ayatnya tidak tepat, cuma maksud sama)

"Yang paling penting bukan duit. Tapi skil. Bila kita ada semua skil yang penting, kita boleh melakukan apa sahaja. Malah, kita boleh mengajar orang yang lebih pandai dari kita. Jangan kejar duit, duit akan datang."


Hmm.. ayat tersebut boleh memberi gambaran bahawa duit sangat penting. Dan kita memerlukan duit dan walau bagaimanapun kita mesti mendapatkan duit. Cuma, ianya jangan dikejar.

Namun, duit itu bukan kepuasan hidup yang sebenar.

Jadi apa?

..


Mentor ku berpesan agar jadi jutawan yang dermawan. Agar dunia melihat muslim itu hebat, muslim itu mengubah dunia dan manusia sebenarnya hidup selama-lamanya walaupun mereka akan mati.

nEmo
9.16am
30 Ogos 2012 (3rd day Brunei)


Tuesday, August 28, 2012

Fokus.

Ramadhan sudah pergi. Aku masih rindu dan terus rindu.

Kini Syawal kembali.

Aku kembali ke Kota Batu setelah 2 minggu bercuti. Bercuti, rutin harianku berubah sama sekali. 

Daripada hari-hari di dalam pejabat berhawa dingin, jari hanya menyentuh keyboard menaip, bersama kertas-kertas, telefon dan mesin faks serta memenuhi mesyuarat dengan CEO / staf lalu kemudiaannya kepada rutin memotong bawang, masak memasak, sembang-sembang ringan dengan adik-adik dan segalanya bagi persiapan hari raya.

Setelah 2 minggu, aku kembali kepada kehidupan 'rutin' kerja. Serius. Aku menerima kejutan dan sekarang sedang mengalami masalah untuk mengembalikan fokus.

Fokus amat penting bagi memastikan kerja yang dilakukan diselesaikan dengan keadaan yang luarbiasa. Luarbiasa baik, luarbiasa cepat!

Sekarang ialah waktu pejabat dan adalah sangat osem aku menaip di blog ini (Special kes, ada kebenaran bos :p ) Oh biasa, aku akan merepek sekejap di sini untuk melepas cengkaman di minda.

Pulang ke KL, berkesempatan menemui teman baru. Banyak input berguna yang aku sempat cernakan dari diskusi itu (mungkin nanti akan dikongsikan disini memandangkan blog ini lama tidak di isi).

Sedang berusaha kuat untuk kembali fokus kepada kerja-ya. Ia merupakan perjuangan dalam senyap yang memerlukan kekuatan dan ketelitian.

All the best to me.

"No mountain was climbed without love for its summit."

nEmo
9.48am, 28 Ogos 2012 (1st day Brunei)