Thursday, October 30, 2008

kejadian di malam DeEpavali (part 2)

Alhamdulillah!

Hanya itu yang mampu diungkapkan.

"Allahuakbar. Memang Allah nak tolong kita.." mesej pagi semalam yang saya terima dari senior yang rapat dengan saya. Dia yang membantu kami pada malam deepavali haritu.

..............................................................

Dalam pukul 6.00pm saya dan seorang sahabat memulakan perjalanan ke KUIS untuk melawat adik saya disana. Kami hanya berdua, menaiki kereta. Perjalanan dimulakan agak lambat disebabkan sahabat saya baru pulang dari labnya. huhu. Hari ahad pun pegi lab.

"Saya rasa tak sedap hati la.." saya meluahkan kegusaran.

"kenapa..?"

"Entahla..."

kami singgah di pasaraya UO, yang berdekatan dengan Pantai Hillpark untuk membeli sesuatu buat adik di KUIS. Setelah selesai membeli, kami pun ingin menyambung perjalanan.

" Akak nak pegi mana?" tiba-tiba ada orang menyapa dari belakang.
"Boleh tak kalau saya nak tumpang.."

"Er.. Adik ni nak ke mana?" kami bertanya.

"Nak ke rumah pakcik di Wangsa Maju"
"Tadi tunggu kawan tapi dia ada masalah, tak jadi ambil saya"
"boleh tak tumpangkan saya?" Mukanya kelihatan cemas.

"Adik dah bagi tau mak ayah ke ni?"
"Bukan ape kami selalu kena tipu, tengok2 tolong orang lari dari rumah" huhu. saya cuba trik dia.

" Saya kena halau dari rumah.."
" Ayah saya halau saya. Dia tak mengaku saya ni anak dia"
"Semuanya pasal kes malam semalam"

"Oh? malam semalam kenapa?" kami bertanya.

"Em, boleh tak saya tumpang?"
"Saya takut ayah saya nampak saya kat sini.. nanti dalam kereta saya cerita, boleh tak?"
"Akak nak kemana?"

" Kami nak ke bangsar dulu, isi minyak, lepas tu nak ke Bangi, ada hal sikit.."

"Tak pela, nanti turunkan saya di Bangsar je.."

Kami memang curiga betul dengan budak ni. Betul ke apa yang dia bagitau ni. Ntah dia tipu aku ke. Ish..

"Saya sebenarnya kena cabul malam semalam.." Dia memulakan cerita, apabila kami bertanya kembali semasa di dalam kereta.
"Mak ayah saya dah tahu. Diorang halau saya dari rumah.."
"Sebelum ni pun memang saya ada buat kes, saya balik rumah lambat.."
"Mak ayah saya marah.."

"Macam mana boleh kena?"

"Saya keluar dengan kawan..Dia ajak jalan-jalan.."
"Pastu diorang buat perkara yang tak elok kat saya"

"Dah lama ke kenal kawan tu?" sahabat saya bertanya

"Baru seminggu.."
"Em, saya nak tanya rogol tu macam mana?"

aik, tetiba terasa pelik dengan soalan budak ni.
"Dia buat apa kat adik?" saya cuba bertanya.

"Seganla nak cerita.."

"Tak apa..cerita la, jangan malu.." saya berkata.

Selepas dia bercerita, saya berkata,
"Adik, ini bukan kes cabul, ini kes rogol.."
"Kena buat report ni"

"So, macam mana?" saya berbincang dengan sahabat saya

"Em, kita bawak dia terus ke KUIS dulu la, macam mana? sahabat saya memberi cadangan.
"Ok" saya bersetuju, memandangkan hari sudah lewat petang. Budak itu juga menyatakan persetujuannya untuk ikut bersama. Kami berbincang untuk menyelesaikan masalah ini. Kemudian, membuat keputusan untuk menghubungi seorang senior untuk memohon bantuan.

Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu, kami bersembang2 dengan adik tersebut tentang jalan cerita mengenai apa yang berlaku dengan lebih lanjut. Saya juga sempat menyoal tentang latar belakangnya sedikit sebanyak.

"Ayah solat tak" saya bertanya
"Tak pernah pun, mak ade la kadang2.."

"Awak solat tak? tahu tak macam mana nak solat?" saya bertanya lagi
"Tahu.. kadang2 je saya solat..tengokla, tak tentu"

" Mak pakai tudung tak?"
"Tak.."

hmm. No wander, saya dah agak. Ia perkara biasa sekarang..

Kami maghrib di KUIS, berjumpa adik saya dan mendengar ceritanya sepanjang minggu pertama dia berada disana. Alhamdullah, dia dah mula boleh beradaptasi dengan dunia barunya disini. Saya sangat gembira.

Setelah selesai Isyak dan kemudian makan, kami bertolak pulang ke KL.
"Tadi bincang macam mana?" saya bertanya kepada sahabat saya setelah dia menelefon senior untuk mendapatkan bantuan.

"Diorang akan tetapkan tempat nanti kat mana kita nak jumpa untuk berbincang" sahabat saya menjawab.

"Kita jumpa di AMJAL" mesej dari senior saya.

Kami tiba di kedai makan AMJAL kira2 jam 11.40 malam. Senior saya telah sampai dahulu bersama seorang sahabatnya, kak umi. Kak umi orang yang berpengalaman handle kes2 macam ni. Pertama kali kami berjumpa dengannya.

"Nak minum apa?" kak Umi bertanya
"Oh, tak pe kak kami dah minum dan makan kat KUIS tadi" saya menjawab
Mereka berdua mengenalkan diri kepada adik tersebut.

"Ok, mulakan cerita adik, apa yang berlaku malam itu.." kak Umi
Budak itu bercerita buat kali yang kedua. Kami hanya mendengar kronologi ceritanya kembali.
kali ini lebih detail.

"Ok, kita kena buat report malam ni jugak ya dik."
" kemudian ke hospital untuk medical checkup" kak umi memberikan cadangan.
"Sebelum tu, kita kena jumpa dengan famili dulu untuk berbincang.."
"Ni, mak ayah adik tahu tak?"


"Saya takut nak balik la kak.." cepat dia menjawab
"Takut ayah saya pukul"

"Xpe, kami ada, kita kena berbincang dulu dengan mak ayah adik, macam mana.."

"Akak tak kenal ayah saya macam mana.. Saya takut la kak"
"Esok boleh tak?" Dia menambah.

"Tak boleh.
Adik kena malam semalam kan? Dah terlalu lambat ni. Takut bukti hilang"
"Tak pe jangan bimbang, kami ada.."
"Nanti bawak sekali pakaian yang adik pakai masa kejadian malam tu"

Rumahnya tidak jauh, tak sampai 10min perjalanan. Kami memberi salam dan kemudian kelihatan seorang wanita membuka pintu.
"Assalamualaikum kak.."
"Maaf, menganggu malam2 ni.."
"Em, kami datang nak berbincang sedikit mengenai anak akak..boleh tak kita berbincang sekejap? Kak umi memulakan bicara.

"Kenapa dengan dia?" wanita itu membalas.
"Kalau boleh izinkan kami masuk, kita bincang di dalam, boleh tak kak? kurang sesuai rasanya kita berbincang di luar ni..." Kak Umi cuba memaniskan kata.

Namun hampa, kami hanya bercakap di luar dalam keadaan gelap gelita. Hanya ada lampu dari pintu rumah. Kedengaran dentam demtum bunyi mercun sempena 'meraikan' malam sambutan deepavali. Ibunya hanya mendengar, kurang merespon. Tiada senyuman yang di hadiahkan kepada kami yang berniat membantu anaknya itu.. Kami menceritakan apa yang akan kami lakukan untuk membantu anaknya pada malam itu.. Puas memujuk, akhirnya ibunya itu memberi persetujuan. Kami memahami perasaanya wanita tersebut, yang mungkin terlalu marah akan anaknya itu.
Tetapi, mak mana yang tak sayang anak, akhirnya dia akur dengan perancangan kami. Perbincangan kira2 40 minit itu berjalan lancar.

"Nak ikut ke?"kak umi bertanya.
"kami dah biasa, tak apa.."
"4, 5 jam lagi ni pun tak tentu setel ni.." dia menyambung.

"Tak apa kak, kami nak ikut, hehe" kami berdua menambah

kami bergerak terus menuju ke Balai Polis Pantai untuk membuat laporan.

Lama juga kami di sana, kira-kira dalam 1 jam lebih untuk membuat laporan. Ketika itu, balai lengang. Hanya ada seorang pegawai wanita dan 2 orang pegawai lelaki. Kelihatan juga banduan sedang tidur di atas simen di dalam lokap tidak berbaju. Dah lama benar saya tidak ke Balai rasanya, ada beberapa kali, tapi dah lama. Ketika itu saya masih di bangku sekolah rendah lagi, tak pasti sebab apa. Tetapi, inilah pertama kali datang untuk membuat laporan. Saya hanya memerhati prosedurnya satu per satu.

Kemudian pegawai polis wanita tersebut menelefon seseorang lalu mengarahkan kami kemudiannya ke IPK Kuala Lumpur (Ibu Pejabat Kontijen) untuk berjumpa dengan seseorang yang berpangkat ASP untuk di soal siasat lebih lanjut.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Saya dah mula rasa mengantuk. Kami bergerak ke IPK KL, dan sampai kira-kira 40 minit kemudiannya, kerana sesat mencari jalan. Biasala, jalan di KL memang berbelit2, kalau tahu senang, kalau tak tahu, memang pening. Saya dan kawan saya selalu je sesat, dan cari jalan ikut signboard semata2. Alhamdulillah, stakat ni berjaya mencari jalan pulang :)

Apabila sampai, kami terus ke kaunter untuk mengambil pas pelawat dan terus ke bilik ASP berkenaan. Pengalaman, pertama kali saya masuk ke tempat begini. Macamni rupanya, saya bermonolog sendirian. Sampai di bilik, ASP tersebut telah sedia.

"Kamu sorang je, yang lain tunggu di sini" tegas kata2nya.
Kami terus duduk di sofa, dengan telinga masing-masing terpasang mendengar soal siasat yang dijalankan. Ya Allah, garangnya ASP tu. Kalau saya dah siap menangis kat situ. Huhu, tu baru kat dunia. Dalam kubur nanti bagaimana??

Memang menakutkan. Suaranya keras, dari mula tadi pun saya tak perasan dia senyum. Sesuai mungkin dengan bidang kerjanya. Ini yang paling lama. Adik tersebut disoal siasat kira-kira dari pukul 3 pagi sehingga pukul 5 lebih. 2 jam lebih dia di soal, non-stop. Terlalu mengantuk menyebabkan saya kemudiannya tertidur sebentar di situ, cuma kadang2 tersedar terdengar suara ASP tersebut.

Kak umi beredar dahulu meninggalkan kami, kerana dia terpaksa ke tempat kerjanya di PPUM seawal jam 7 pagi. Kami terus menunggu sehingga selesai.

"Kerja mereka ni dah selesai. Mereka menemankan dan membantu kamu dari malam tadi hingga sekarang. Sekarang kamu pula kena tolong diri kamu"
"Nasib baik kamu jumpa orang yang betul, kalau tak bagaimana?? Kata ASP tersebut kepada adik itu.
"Pegawai kami dah di arahkan tunggu di HKL, nanti jumpa dia di sana. Dia akan menemankan adik sepanjang pemeriksaan di hospital"

kami bersalaman dan memohon izin pulang. ASP berkenaan mengucapkan terima kasih kepada kami di atas bantuan yang dihulurkan. Saat itu, akhirnya baru kami melihat dia tersenyum.

Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Allah memudahkan kerja kami sepanjang malam itu. Perjalanan diteruskan, kami terus menuju ke HKL untuk menghantar adik tersebut menjalani pemeriksaan. Sampai di sana, kami menunggu sebentar sehingga Lans Kopral berkenaan sampai. Apabila sampai, dia kemudiannya terus melihat surat laporan yang di bawa dan terus membacanya. Mukanya serius sekali. Kami hanya mendiamkan diri, menunggu.

"Siapa ***?" Dia memanggil nama adik itu.

"Saya" adik itu menjawab.

"Yang lain2 ni siapa?" dia bertanya

"Ini kawan saya"

"Mak ayah kamu tak datang?"

"Tak.."

"Semua UM ke"? Dia melihat kepada kami bertiga yang semuanya memakai jaket dan sweater berlambang UM

"A'ah" serentak menjawab

"kamu ****?" Tanya dia kepada saya sambil melihat jaket yang tertulis nama sebenar saya.
"Saya macam pernah nampak kamu la.."
Tapi tak pasti di mana.." Dia menambah.

Saya mengangguk dan hanya tersenyum. Pelanduk 2 serupa agaknya. huhu, saya belum pernah buat apa2 kes lagi ya! Jaket PMI yang saya pakai ni, memang selalu jadi "kontroversi". Hehe. kami bersalaman dan memohon izin pulang, dan meninggalkan adik tersebut bersama lans kopral itu di hospital. Selesai subuh di HKL, kami mencari gerai untuk breakfast, dan pulang kerumah.

Kelmarin 2 orang lelaki yang terlibat telah pun berjaya ditahan polis di rumah masing-masing di sekitar KL. Yang mengejutkan saya, mereka juga memang telah lama di buru kerana terlibat dengan banyak kes jenayah seksual. Adik berkenaan pula, inshaAllah akan ke Baitul Ehsan untuk pemulihan dirinya.

Syukur, Alhamdulillah.
Allah pasti bantu jika kita ikhlas di jalanNya.

6.57am
31 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Tuesday, October 28, 2008

sound familiar?

"Akak terpaksa hadkan..sebab kalau jiwa akak kotor, macam mana nak didik adik2 usrah akak..? nak tuntut ilmu lagi..Nak dekat dengan Allah.. Macam mana nak buat benda2 tu kalau hati akak tak bersih?"

~kawal diri, demi syariat~

"Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja." (ust Hasrizal)

~hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan~

Hm, it is something for me actually. Sometimes i'm writing with a lot of reasons, but sometime not.huhu.

a)Maybe some of us will just take it for granted, maybe..
b)Maybe some will say, it is up to me la
c)Maybe some will say, i am not strong enough..
d)Maybe some will say, i agree!

e)and maybe some would say, hey, i cannot understand anything!

haha, i'm sorry for that ya! :)

question: which one is your answer? a, b ,c, d or e. hehe

12.22pm
29 October 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Monday, October 27, 2008

malam DEepaVali yang panjang

Saya belum sempat tidur dengan nyenyak malam tadi. Hanya sekejap2 terlelap ketika di IPK KL awal pagi tadi. Huh, habis la assignment masih ada yang belum disiapkan.

Semuanya gara-gara kejadian di UO petang semalam. Ada beberapa tempat menarik yang terpaksa menjadi singgahan saya dan beberapa orang sahabat sepanjang malam semalam.

di UO: sekitar 6.15 pm
di KUIS: sekitar 7.30pm
di AMJAL: sekitar 11.40 pm
di Balai Polis Pantai, KL: sekitar 12.45am
di IPK Kuala Lumpur: Sekitar 2.45am
di HKL: Sekitar 5.35am

dan akhirnya di kedai mamak untuk breakfast sekitar 7.35am, hehe

Nak tahu kenapa? nantila saya cerita. tengah pening dan mengantuk.. +_+

8.18am
27 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Sunday, October 26, 2008

Terakhir, yang bermakna

Semalam, telah selesai fieldwork saya yang terakhir pada semester ini, dan juga yang terakhir di sepanjang musafir saya dalam pencarian redha Ilahi, di bumi Universiti Malaya yang tercinta ini.

Saya yang pada awalnya kurang berminat di dalam bidang 'environment' akhirnya akur bahawa setiap yang telah ditentukan buat diri ini adalah pasti yang terbaik, walaupun kita tidak suka.
Kata-kata Bro Yusri masih terngiang-ngiang di telinga ini. "Kita kekurangan aktivis, pejuang yang memperjuangkan alam sekitar.."

Ya, benar. Kita banyak aktivis dalam memperjuangkan agenda lain, terutamanya politik, da'wah..kerana mungkin ramai yang melihat kepentingannya. Tetapi, kita mungkin terlepas pandang isu alam sekitar.

Alam? apa? alam sekitar?
ya, alam sekitar. Alam yang kamu tinggal ni..!Alam yang membekalkan oksigen untuk kamu bernafas setiap hari ni

Saya tidak pasti apa sebabnya, mengapa "kita" kurang peduli. Kurang ilmu? mungkin itu sebab utamanya, mengapa kita pandang enteng isu ini. Sebab tak tahu, jadi kurang ambil tahu

Oh, apa isunya? mungkin ada yang bertanya..
Biasala, dunia dah tak stabil. mana2 ada bencana..Tuhan nak tunjuk la tu..
Hah, lupa? memang manusia mudah lupa... Setiap yang berlaku itu, hasil dari tangan-tangan manusia juga. Allah tak bagi tiba-tiba, free je tanpa sebab. Manusia tak ingat, lalu hanya mengandaikan ia hanya kebetulan. Dah nak jadi, nak buat macam mana..

Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan sebenarnya sehinggakan tak tercatat disini. saya tidak tahu nak memulakannya bagaimana. Senarai masalah yang terlalu banyak dengan setiap cerita yang tiada berkesudahan, hampir tiada penyelesaian. 1001 persoalan. Kadang-kadang hampir bingung saya memikirkannya. Pening. Siapa yang peduli??

Ini tanggungjawabku! akhirnya, saya memujuk diri.. Ya, inilah medan perjuanganku.

Saya telah berjanji, degree yang diperolehi ini bukan tiket kerja saya nanti. Saya ingin sekali belajar kerana saya mahu ilmu. Ya, ilmu untuk memberi manfaat dan berbakti, bukan semata-mata hanya untuk kepentingan diri, bukan cari kerja semata-mata untuk hidup dan asyik buat duit untuk hidup sorang diri. Malangnya...sedihnya bila ilmu tidak diguna, degree yang dijadikan tiket, kemudian jadi sampah.. Lalu, banyak manusia berubah jadi robot yang ada nyawa, tapi tak mampu guna minda. Ya Allah, jauhkan aku dari ujian itu

Di Paya Indah Wetlands semalam, saya telah melihat bebanan tanggungjawab..

"Prof, saya rasa sangat malu apabila melihat negara2 yang islam kurang peduli isu2 seperti ini. Kita amat jauh ketinggalan.."

8.40am
26 Oktober 2006
ikan-nemo.blogspot.com

Thursday, October 23, 2008

Hijau!

Hijau..

Hijau.

daun.

Saya tidak pernah jemu memandang daun, sungguh indah.

Subhanallah, ia amat indah. Tiada ungkapan lain yang selayaknya.

Warna itu, sudah cukup memberikan ketenangan, warna yang memberikan kedamaian.. tenang dengan melihat alam semuladi, ciptaan langsung Allah.

Saya memang "fanatik" dengan tumbuhan. huhu, lebih baik kot dari fanatik kepada mana2 penyanyi2 yang tak tentu hala.

Saya amat2 menyukai tumbuhan. Walau ia hanya rumput, tak akan dilepaskan peluang memerhatikannya, hehe. Mungkin nanti jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, saya tak sabar untuk memiliki taman sendiri di halaman rumah. Mendengar kata-kata itu, ada sahabat yang mengingatkan agar tak jadi hutan belantara sudah la. Hmm..kesitu pulak diorang.


Hehe, sabtu ni saya akan ber'fieldtrip' :) untuk kursus biologi konservasi. Kali ni, fokus kepada tumbuh-tumbuhan, berbanding sabtu lepas ke Kuala Gandah, Pahang untuk mengkaji konservasi gajah yang dijalankan.

Tapi, minat terhadap hijau saya terbatas, tidak kepada haiwan yang berwarna hijau ini.maafla
10.31 pm
23 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Tuesday, October 21, 2008

apa nak jadi...?

Harini rasa macam takde mood nak lunch. Tapi lapar. Jom la makan kat kafe fakulti je, ajak temanku, semasa lepak2 di Dataran Sains.

"Pening kepala la.." rungutnya. Dia meluahkan keserabutannya kepadaku.

"Saya pula, tengah hilang fokus di saat timbunan kerja yang banyak" tambahku. "huh..saya pun pening la.."

"Ish, kenapa ramai pulak 'budak2' kat sini. Diorang singgah sini ke?" tanyaku ketika tengah nak pilih2 nak makan apa semasa di kafe.

"Ada lawatan sambil belajar kot.. Ha, nak makan apa ni?
"Jom, nasik lemak je la" temanku menambah

Orang lain breakfast nasik lemak, kami pulak lunch dengan nasik lemak harini. Takde mood nak makan nasik biasa.

Hm, sekali pandang macam budak sekolah agama, dua kali pandang macam budak sekolah harian biasa. Bisikku.

"Sekolah mane ek tadi?" Tanyaku

"Sekolah agama ******". Sekolah kat Kelantan". Jawab sahabatku.
Dia sempat melihat nama sekolah semasa bas sekolah tersebut melalui jalan di hadapan fakulti sains tadi. Sengaja ku tanya nak mendapatkan kepastian.

Kami berdua asyik memerhatikan mereka sambil makan. Dalam 20~25 orang semuanya. Jumlah lelaki dan perempuan hampir sama banyaknya. Dari mereka beratur mengambil makanan sehingga mereka duduk. Kelihatan kumpulan lelaki dan perempuan dengan kelompok masing2, cuma ada satu group ni yang duduk sekali, lelaki dan perempuan.

"Tengok tu.." kataku.
"Aah.." balas temanku yang sememangnya sedang melihat mereka ketika itu.

"Diorang tak segan ke?" tanyaku
"Budak zaman sekarang.."balas temanku

"Siap ada henset lagi"
"kalah henset saya tu.." aku berdialog sendirian. temanku hanya tersenyum.

Tiba2 seorang teman melintas, dengan kawan2nya, geng2 ecology.

"Saya kagum dengan dia"
"Dulu free hair, sekarang dah berpakaian perfect muslimah!" kataku

"Akhlak dia dah memang "baik" dari dulu.."
"Dalaman dah baik, luaran akan senang ikut.." jelas sahabatku.

Aku memang mengenali budak itu dari 1st year, kalau tak silap. Tapi tak la rapat.. Tup2, tahun 3 dia pakai tudung. Terkejut jugak mula2 tu. Transformation dia 180 darjah sebenarnya. Tudung dan pakaiannya cukup sempurna, bukan sekerat2. Maha Kuasa Allah, yang berkuasa membalikkan hati hamba2Nya. Syukur.

"Yang takut tu, luar macam baik..tapi dalam lain" temanku menambah.
"Teringat haritu masa jumpe sorang budak ni dengan kak wafa.. tudung on-off, rambut blonde. Tapi, dia kata, saya nak jadi macam akak" ceritanya

Aku terfikir, berfikir dan memikir. Semuanya berkisar dan berpusing2 tentang persoalan AKHLAK. Tiba2 terasa pening, berpusing2. Aku tengok nasik lemakku yang tak habis2 dari tadi. Asyik minum air je, mana nasik nak habis.

Tiba2 teringat pulak kat KUIS semalam sewaktu mendaftarkan adik disana. ada sorang fasi ni pakai purdah, lengkap bersarung tangan dan berstokin hitam dan berjubah. Dalam hatiku, takutnya aku dengan budak ni.huhu.

Dia membantu adikku mengangkat barang2 naik ke bilik. Sampai di atas, dia berkata kepada adikku, "adik, nanti pukul 3 kita kena berkumpul di masjid. Bawa telekung sekali, sebab nak stay di sana sampai tengah malam. Em, baju adik dah ok. Cuma tudung tu, elok dilabuhkan sikit"

Aku terdiam sekejap. Entah. Adikku pakai tudung bidang 60, dia suruh labuh lagi? kalau orang pakai tudung bidang 45, bagaimana la agaknya..?

Em. kat sini stokin wajib pakai ke? aku cuba bertanya.
"Ya, mesti pakai" jawabnya

"Handsock..?"Aku tanya lagi
"Yang tu kita sangat2 galakkan, tapi kami tak paksa.." jelasnya.

Segalanya bercampur2. Da'wah, akhlak, bagaimana nak ajak orang kepada islam, siapa nak ajak, kenapa nak ajak, bila nak ajak..macam2 la. Cerita2 itu, ada kaitannya yang menyebabkan saya pening.

Assignment
tak siap2 lagi ni, ha, ni pun pening

3.55 pm
21 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com

Thursday, October 16, 2008

T_T

Dah lama rasanya tak meng'update' blog ni. Tapi selalu jugak datang untuk menjenguk. Sihat ke tak blog ni. Tuannya agak kurang sihat 'mental' kebelakangan ni. Agak sibuk dengan tugasan seharian yang tidak pernah selesai. Habis satu, datang yang lain, habis satu datang yang lain, dan begitulah seterusnya.

Otak "jam teruk" semalam, lalu memaksa saya meluahkan segalanya kepada ibu yang tercinta, meluahkan segala-gala yang tersimpan.

Ibu saya bukanlah seorang pakar, yang hebat menganalisa pesakit minda, malah bukan juga Professor yang hebat merungkai masalah jiwa, mahupun seorang doktor. Tapi ubatnya cukup berkesan buat saya. Hanya sepatah dua kata, ia sudah cukup memberi seribu makna yang merungkai kekusutan jiwa.

Saya agak jarang meluahkan masalah untuk dikongsi, lebih suka memendam dalam diri. Oleh kerana itu juga pernah saya terfikir untuk menjadikan blog sebagai diari harian, tapi itu idea gila rasanya. Habisla kalau orang tahu siapa aku sebenarnya.

Minggu ni, antara minggu yang paling tension.
"Setiap masalah, pasti akan berlalu.." pesan mak.
Moga Allah memudah segalanya.. Saya juga doakan kepada sesiapa yang sedang tension sekarang :)

Terima kasih atas komen sahabat-sahabat mengenai artikel saya sebelum ini (Obama muslim?) Akan ada sambungan ceritanya nanti inshaAllah. Saya sangat menghargai sebarang komen, pandangan atau cadangan yang dilontarkan. Terima kasih banyak-banyak.

12.26pm
16 Oktober 2008
ikan-nemo.blogspot.com